BAB 23

18 1 0
                                    

LANGKAH kaki dibuka dan terus menuju ke katil yang menempatkan seorang lelaki yang tengah baring. Sesampai sahaja di tepi katil, Hanna menarik nafas lega. Lega bila lelaki di depannya sekarang nampak baik-baik sahaja.

"Darrell, kau tidur?" tanya Hanna penuh lembut apabila nampak Darrell memejamkan matanya. Langsung tak bergerak si lelaki ni. Sah masih dibuai mimpi!

Lengan Darrell pula dicucuk-cucuk. Hanna nak dengar suara Darrell. Dia tiba-tiba rindu walaupun Darrell ada di depan matanya. Nak keluarkan suara lagi, namun niatnya dibatalkan. Dia tak nak ganggu Darrell. Lagipun tadi doktor dah pesan. Jangan bagi pesakit stress atau banyak bergerak. Kerusi yang ada ditepi, Hanna duduk dekat sini. Diteliti pula muka Darrell dalam-dalam.

Lelaki ini memang kacak. Bisik hati kecil Hanna. Kemudian dia mengukir senyum.

"Lepas kita kahwin nanti, kau boleh tengok aku macam tu selalu. Tapi buat masa sekarang, tolong jangan tengok aku dengan pandangan yang macam tu." Suara yang tiba-tiba keluar dari mulut Darrell, membuatkan Hanna terkaku. kantoi sudah!

"Sorry," gumam Hanna perlahan. Darrell tergelak melihat reaksi Hanna.

Darrell terdiam beberapa saat selepas itu. Dia memandang Hanna dalam-dalam. "Sorry, darling. Depan kau, aku dah tunjukkan kelemahan aku."

Hanna menggeleng. Kelemahan apa? Sebab dia kena tikam dah kata lemah?

"Kau tak lemah, Darrell. Kau kuat. Kalau bukan sebab kau, mungkin aku yang masuk hospital..." Hanna mati kata. Betul juga. Mesti dia yang tengah duduk atas katil hospital sekarang ini kalau bukan sebab Darrell yang dah selamatkan dia.

"Thank you and I'm so sorry," kata Darrell lemah. Rasa perit lepas kena tikam tadi masih ada tapi takkan dia nak tunjuk lemah lagi depan Hanna? Memang tak lah!

Bang! Pintu dihempas begitu kuat. Ryan masuk tanpa amaran terus dia ketuk kepala Darrell.

"Aku tak sangka kau gila, Rell. Betul-betul gila! Kenapa yang tak bagitau aku awal-awal. Sibuk? Bullshit. Tengok! Kau dah ada dekat sini. Dekat hospital!" marah Ryan. Dia tak hiraukan Hanna yang suruh dia bertenang. Atiqah pula terus masuk dah suruh suami dia bersabar. Ryan mengeluh berat sebelum terus peluk Atiqah. Aik, menangis pula? Hanna hairan. Manja betul bila ada dekat isteri.

"Ryan, releks lah. Hanna dalam bahaya, mestilah aku kena tolong. Macam aku cakap masa tu, dah tugas aku kena lindungi Hanna." Tenang sahaja Darrell berbicara. Mungkin dah sihat bila kena ketukan kepala dari Ryan.

Ryan lap air mata dia dekat tudung Atiqah. Satu tamparan hinggap atas lengan Ryan. Kacau lagi tudung perempuan, memang kena lah.

"Aku bukan apa, Rell. Sekarang, orang-orang DIA memang kuat-kuat. Tak sama macam dulu. Kau kena panggil aku kalau ada apa-apa berlaku dekat Hanna ataupun-"

"Kau nak cakap yang aku lemah dari kau?" Satu kening terangkat. Mata pula tajam mencerlung ke arah Ryan.

"Tak! Aku-"

"Keluar." Sebaris kata itu sudah cukup membuat bulu roma Hanna naik. Aura Darrell memang lain.

Ryan mengunci mulut. Darrell kalau marah, memang seram! Tapi mestilah tak seseram isteri dia. Atiqah menarik tangan Ryan untuk keluar. Dah lama kawan dengan Darrell, mesti lah dia juga tahu dengan perangai Darrell itu. Ryan hanya akur. Hanna pula, baru je nak angkat kaki Darrell bersuara.

"Bukan kau, Hanna. Duduk." Terkaku terus tubuh Hanna. Tanpa melengahkan masa, dia terus duduk atas bangku. Hanna pandang Darrell dengan mengigit bibir.

"Dulu, aku dengan Ryan selalu berlawan. Itu rutin kitaorang setiap hari. Dan kau tahu? Aku tak pernah menang dari dia. After that, aku selalu mengelak dari dia. Walaupun kitaorang satu rumah, hampir setiap hari aku tak nak tengok muka dia. Sebab aku tahu, aku lemah. Aku takut Ryan benci aku sebab aku lemah. Aku bukan tandingan dia." Darrell mula buka cerita. Hanna setia mendengar.

"Orang-orang DIA selalu anggap aku lemah. Diaorang kalau nak cari pasal dengan Ryan, memang akan serang aku. Sebab diaorang tahu, kalau lawan dengan Ryan mereka takkan menang juga. Sama macam aku." Bibir Darrell mula naik.

"Aku pun tak faham kenapa orang-orang DIA selalu serang aku kalau nak cari pasal dengan Ryan. Aku ada terfikir, aku penting ke bagi Ryan? Takkan lah dia nak selamatkan aku yang lemah ni? Aku hanya layak jadi barang gelakkan dia je. Tapi, aku silap. Suatu hari, masa Ryan nampak aku kena serang, dia sangat marah sampaikan orang yang serang aku tu tak sedarkan diri sampai tiga hari. Ryan... Betul-betul sayangkan aku. Dalam hati dia, tak pernah pun dia anggap aku lemah. Dia cuma nak tolong aku jadi kuat. Dia tak pernah anggap aku jadi beban dia. Aku rasa bersalah sebab ingat dia bencikan aku sebab lemah." Darrell akhiri ceritanya dengan ketawa.

"Aku memang layak kena ketukan dia tadi. Memang padu! Abang aku memang kuat. Dia role model aku sampai bila-bila." Darrell pandang Hanna pula.

"Aku... Nak jadi kuat. Kalau dulu aku main-main sekarang aku betul-betul nak jadi kuat supaya boleh lindungi kau. Aku dah tak nak jadi lemah dan selalu nak harapkan Ryan. Aku juga ada buah hati. Aku kena lindungi dia. Jadi Hanna, izinkan aku lindungi kau?"

Bibir Hanna perlahan-lahan mengukir senyuman. Dia kemudian mengangguk. "Boleh. Tapi ada satu syarat yang kau tak boleh nak tolak."

"Apa?" Bagaikan menanti, Darrell tersenyum lagi.

"Izinkan aku untuk jadi isteri kau."

Kini, mereka ada dalam dunia mereka sendiri. Keadaan tiba-tiba hening. Darrell tak percaya. Hanna dah setuju?

Lagi, tatapan Darrell berubah. Senyuman pula makin mekar.

"We'll make a great future. I'm promise, future wife."

"Of course, future husband."




"TAK guna!" Badan lelaki yang sedang terbaring tidak sedarkan diri disepak begitu kuat. Nafasnya turun naik dek terlampau marah.

"Lemah! Lemah! Lemah!" Lagi sekali, tubuh itu disepak lagi. Perempuan yang ada dibelakang mereka hanya tersenyum sinis. Lolipop disua didalam mulut. Baginya, permandangan seperti ini sudah biasa dia hadap setiap hari.

"Aku tak sangka orang-orang kita lemah macam ni sekali. Satu orang pun tak boleh di harap!" Dia memicit dahinya yang terasa pening. Dia mula mengangkat muka menatap satu persatu muka bawahannya yang sekarang hanya menunduk daripada tadi.

“Sial! Semua plan aku tak menjadi sebab ada anak buah bodoh macam korang!” Suaranya ditinggikan lagi. Dia terus menunjuk semua orang yang ada di ruangan itu. Langsung tak rasa apa-apa menghina dan memaki orang-orang bawahan dia.

Perempuan itu perlahan mendekati lelaki bertopeng. Tangannya melingkar dileher sang lelaki.

"Sabar lah. Kau pun tahu kan? Sekarang ni dua-dua jantan tak guna tu ada orang tersayang mereka. Kita gunakan diaorang sampai kita dapat apa yang kita nak. Jangan risau. Kalau lepas ni orang-orang kita gagal juga..." Tangan diturunkan ke dada. Ditepuk berkali-kali. Senyuman bangga dia tujukan.

"Aku sendiri yang akan turun padang." Mata dikenyitkan. Lelaki bertopeng senyum puas.

"Bagus! Kau memang adik aku yang boleh diharap." Kepala si perempuan diusap lembut. Dalam hati, dia ketawa kecil. Perempuan itu bukan sebarangan orang. Boleh dikatakan dia selevel dengan Ryan. Bukan. Lebih kuat dari Ryan! Dia lebih dikenali dengan Perempuan Syaitan.

"Tapi aku tak nak sia-siakan kau dulu. Bagi diaorang terseksa, baru kau turun padang. Sekarang, panggil orang-orang terkuat kita. Raymond, Allison dan Jaguar. Kita kena bincang sebelum mulakan permainan." Air liur diludah ketepi. Dia mula mengorak langkah untuk keluar dari bilik ini.

Perempuan Syaitan tak ikut sekali, malah dia melihat tubuh kaku yang terbaring dilantai. Bau darah yang kuat membangkitkan nafsunya. Dia berjongkok. Darah diambil menggunakan jari telunjuk. Darah yang berwarna merah itu dia rasa sebelum meludah.

"Ewww! Tak sedap! Macam darah bangkai haiwan!" Mulut disapu penuh ganas. Jijik. Walaupun dia suka darah, tak bermakna semua darah dia suka. Kemudian, terbayang-bayang pula wajah Hanna. Dia pernah mencicip darah Hanna suatu ketika duhalu yang serta-merta menjadi kegemarannya sampai sekarang. Dia tidak sabar untuk berjumpa dengan Hanna lagi. Suatu hari nanti pastinya.

SHE'S HIS [OG]Where stories live. Discover now