BAB 7

22 4 0
                                    

Hanna POV

Mata perlahan-lahan dibuka. Jantung berdegup kencang apabila aku baru teringat yang aku kena culik. Kepala memang dah berpusing teruk. Rasa macam otak menari dalam kepala. Sakit sangat! Aku pun baru perasan kalau tangan dan kaki aku diikat di atas kerusi yang hampir roboh. Nasib kerusi ni masih boleh tahan berat badan aku, kalau tak dah lama aku berbaring atas lantai yang dipenuhi oleh debu, habuk, daun pun ada. Busuk pun busuk juga. Diorang ni kalau nak culik sekalipun, letaklah aku dekat tempat yang selesa macam katil hotel. Kalau tak pun at least sapu lah tempat ni bagi cantik. Letak sekali dengan pewangi bilik. Ini tak.

Aku berusaha untuk membuka ikatan ditangan, namun hampa. Selagi aku paksa untuk buka, selagi itulah ikatan ni makin kuat. Akhirnya aku mengalah. Nak menjerit, tapi mulut aku dah kena plaster siap-siap. Terpaksalah aku cari jalan lain untuk meloloskan diri.

"Ibu!"

Bayangan Noah melintas dalam fikiran. Aku baru teringat yang Noah kena culik sekali dengan aku. Aku lantas pusing kepala ke kiri dan ke kanan. Tapi aku langsung tak nampak Noah.

Budak tu okay ke?

Macam mana kalau diorang apa-apa Noah?

Pelbagai macam soalan bermain ni fikiran. Aku risau. Noah masih kecil tapi dah kena culik. Mesti dia trauma nanti. Nak tak nak aku terus menjerit. Nak terkeluar dah anak tekak aku ni. Walaupun suara tak setinggi masa mulut aku tak ditutup, tapi masih cukup untuk didengar satu ruangan yang aku kena ikat ni.

Tak sampai seminit, pintu usang yang bertentangan dengan arah aku, dibuka oleh seorang lelaki yang berpakaian hitam. Mask ada dimuka. Memang susah aku nak tengok muka dia, tak cam. Dia perlahan-lahan datang ke arah aku dengan lagak gaya seorang pembunuh profesional.

Dada berdebar hebat. Apa yang aku nak buat sekarang di situasi macam ini? Kenapa dia datang dekat dengan aku?

Hanya beberapa meter jarakku dengan jaraknya, dia mengangkat tangan dan plaster di mulut aku dibuka, kasar.

"Auch!"

Sakit siot. Tak boleh buka elok-elok ke? Lelaki itu aku pandang tak puas hati. Dia cuma tersenyum senget.

"Kau nak apa dari aku? Mana Noah?" aku cuba untuk beranikan diri walaupun aku tengah takut. Muka dikawal seperti tengah marah.

"Wow, you're brave enough. Don't you know that you are been kidnap right now?" dia tak menjawab soalan aku malah menanyakan soalan kembali. Kalau dah kena ikat macam tiada hari esok, sah-sah lah aku tahu kena kena culik sekarang ni.

"Speaking pulak mamat ni! Kalau dah melayu, melayu jelah! Trash!" aku meludahkan air liur dimukanya. Lelaki itu nak menggelak tapi tetap kena. Dia kemudian mengesat air liur aku yang telah menempel dimukanya.

PAP!
Aku kena tampar. Terasa perit di pipi belah kanan aku.

Chill lah bro! Takkan dengan perempuan kau nak kasar macam ni? Sah, dia belum kahwin.

"Kau asal?!" Dia menjerit.

"Tak, kau yang asal?! Asal culik aku?! Sekarang ni, macam Noah? Mana anak aku?!"

Lelaki itu terdiam. Dia kemudian ketawa.

"Your son? Then, i have a
reason to kill you."

Kill? Dia dah bunuh Noah?!

"Hei! Mana Noah?"

"Relex, bitch. He's fine."

Nafas aku turun naik. Penat menjerit macam orang gila. Tapi segila-gila aku, aku masih punya hati. Walaupun sekarang ni aku takut, tapi aku masih bersyukur sebab Noah selamat.

SHE'S HIS [OG]Where stories live. Discover now