BAB 25

17 1 0
                                    

RUANG tamu dan dapur meriah dengan suara-suara dari tetamu yang hadir. Untuk yang diluar pula, sudah disediakan khemah agar tidak terkena cahaya matahari. Pelbagai juadah disediakan. Ada juga ice cream sebagai pencuci mulut selain dari buah-buahan.

Darrell dan Hanna sekarang ada di balkoni rumah. Hanya menikmati masa berdua sebagai suami isteri yang sah. Walaupun, Hanna masih teragak-agak nak berdiri di samping suaminya.

"Hanna, kenapa berdiri jauh sangat, hmm? Meh sini." Darrell menghulurkan tangannya. Senyuman mekar di muka. Sungguh. Isterinya sangat cantik.

Teragak-agak Hanna nak menyambut huluran tangan Darrell. Namun, tak sempat dia nak sambut tangan si suami, Darrell terlebih dahulu tarik Hanna sampai dalam dekapannya. Terkejut Hanna dibuatnya. Tapi, pelukan Darrell sangat hangat. Tak mampu Hanna nak menolak. Lagipun tak salah di sisi agama, mereka sudah sah.

"Kau menyesal kahwin dengan aku?" Soalan diajukan kepada Hanna. Hanna terus angkat muka dan pandang Darrell tanpa riak apa-apa.

"Kau menyesal tak kahwin dengan aku?" Soalan dibalas soalan. Geram hati bila ditanya sebegitu bila dah kahwin. Kenapa tak tanya sebelum kahwin aje? Dah sah baru nak tanya.

Darrell tergelak melihat reaksi Hanna. Dia mengusap kepala Hanna lembut. Kemudian, kepala Hanna pula dijadikan tempat seperti tongkat bagi kepala dia.

"Tak. Aku tak pernah menyesal dengan keputusan aku. Ajak kau kahwin adalah keputusan terbaik aku," Kata Darrell, jujur. Teringat masa pertama kali dia jumpa Hanna. Ingatkan minah mana yang kurang ajar, eh rupanya bakal isteri sendiri.

"Darrell."

"Mmm?"

"Kalau suatu hari nanti kau cakap kau menyesal jumpa dengan aku, kahwin dengan aku, aku tak teragak-agak nak tumbuk muka kau, okey? Jadi jangan pernah sesekali cakap kau menyesal depan aku." Hanna bagi amaran awal-awal. Takut kalau andai suatu hari nanti Darrell cakap dia menyesal sebab kahwin dengan Hanna. Sebab Hanna tahu, diri dia dan Darrell dua-duanya dalam bahaya selagi DIA masih hidup. Kalau DIA dapat tahu Hanna dan Darrell dah kahwin, mungkin lagi besar cabarannya nanti. Bahkan lebih teruk dari biasanya.

Darrell tersenyum lagi. "Kena tumbukan isteri sendiri? Hmmm, garang!" Usik Darrell. Hanna buat muka. Ada-ada je suami dia ni.

"Janji. Aku tak akan cakap aku menyesal kahwin dengan kau. Macam yang aku cakap tadi, ajak kau kahwin adalah keputusan terbaik aku. No one can change my mind, sayang."

Lagi, panggilan sayang membuatkan jantung Hanna lemah. Dah lah sekarang mereka masih berpelukan. Bila nak habis tak tahu lah.

"Hanna, kau tak nak try panggil aku sayang ke? Abang ke baby ke?"

"Banyak lah cantik muka kau. Ada juga aku panggil kau pak cik." Hanna cuba sembunyikan senyuman dia.

"Uishhh, tak boleh tu. Tak sweet lah. Oh ya, kalau mulai sekarang kita ubah panggilan nak? Tak sedap lah orang dengar nanti. Baik kita bahasakan diri kita saya awak. Lagi sopan." kata Darrell
Belakang isteri diusapnya pula.

Bersaya-awak dengan Darrell. Gulp.

"Er... I'll try... someday maybe?"

"Arghhhh, My wife is so cute!" Pelukan dieratkan lagi.

"Cu..cute?!" Hanna terkejut dengan apa yang barisan dia dengar. Darrell sekarang dah tak cakap dalam hati. Hanna dah sah menjadi isterinya. Jadi tak salah kalau dia nak luahkan apa yang dia fikir.

"Yes, my wife is the cutest prettiest person ever life. I love you." Seketika dahi Hanna dikucup. Pipi Hanna pula sudah berubah warna. Ini kalau orang tengok, takkan dapat bezakan antara blusher dengan yang ori. Muka dirapatkan dengan dada Darrell. Ingin menyembunyikan mukanya yang merona merah. Darrell tergelak lagi.

SHE'S HIS [OG]Where stories live. Discover now