prolog

435 35 13
                                    

[[ cerita ini mengambil tempat di sebuah bandar, perkampungan dan juga pinggir bandar. ]]

Bagaimana agaknya rasa hidup tanpa bebanan? Adakah hidup tanpa bebanan itu akan lebih baik?

Hidup dengan penuh kasih sayang, hidup dengan bahagia tanpa masalah itu indah bukan?

Itulah yang sering dipersoalkan oleh dua orang kembar, Sunoo dan Sujin. Mereka adalah dua orang kembar yang sepatutnya datang daripada keluarga yang kaya... tapi tidak bahagia.

Mengapa?

Ayah mereka, Kim Yongdae tidak pernah peduli dan tidak mahu tahu menahu tentang hidup dua anak kembarnya ini.

Sejak mereka terlahir di dunia ini, ayah mereka sama sekali tidak pandang mereka berdua. Lebih-lebih lagi, ibu mereka telah pergi buat selamanya setelah melahirkan mereka berdua.

Jadi, Sunoo dan Sujin dijaga oleh datuk mereka, ayah kepada ayah mereka. Mujur saja datuk mereka ini penyayang orangnya.

Kim Yongdae, tidak menyukai kedua-dua kembar itu tanpa sebarang sebab bahkan dia tidak pernah bagi tahu sesiapa sebabnya.

Sejak kecil lagi, Sunoo dan Sujin jarang sekali berjumpa dengan ayah mereka. Mereka tinggal di perkampungan yang agak kecil di Daegu.

Namun, sewaktu mereka menginjak masuk ke alam remaja iaitu pada umur 19 tahun, mereka akan ke Seoul untuk menyambung pelajaran mereka. Sunoo dan Sujin mendapat tawaran untuk sambung belajar di Seoul.

Datuk mereka tidak pernah menghalang kehendak mereka berdua. Walaupun terkadang dia risau tentang mereka, dia tetap percaya dan yakin akan mereka.

Maka, bermulalah kehidupan mereka di Universiti Seoul yang penuh dengan cabaran dan rintangan.

Mengapa penuh dengan cabaran dan rintangan? Sunoo dan Sujin menyara diri mereka sendiri tanpa bantuan sesiapa.

Meminta bantuan datuk nya juga susah sebab datuknya sekadar berjualan di pasar dan wang itu hanya cukup untuk menampung keperluan seharian sahaja.

Jadi, Sunoo dan Sujin bekerja sambil belajar. Mereka tidak pernah berpisah pun bahkan tinggal serumah. Rumah yang mereka sewa di Seoul pun betul-betul sempit dan tidak selesa.

Kembar berdua ini bukan seperti manusia biasa yang lain dimana kedua-dua kembar ini boleh melihat makhluk-makhluk halus, bercakap dngn mereka, membaca personaliti orang dan banyak lagi.

Bukan setakat itu, Sujin sebagai perempuan juga mempunyai banyak masalah. Diganggu para lelaki, dibuli oleh orang-orang kaya dan dipandang rendah.

Kejadian yang paling menggerunkan adalah, Sujin pernah hampir dirogol oleh beberapa orang lelaki yang ada di tempat kerjanya. Mujur saja ketika itu, Sunoo sedar akan kehilangan Sujin dan dia tahu mana keberadaan Sujin.

Disebabkan itulah, Sujin trauma untuk berkawan dengan mana-mana lelaki. Sunoo juga melindunginya sepanjang masa.

Sejak dari hari itu, mereka sentiasa bersama-sama ke mana pun mereka pergi. Sunoo sentiasa membimbing tangan Sujin setiap kali mereka berjalan sama-sama.

.
.
.

Pertama sekali, aku nak minta maaf. Cerita ni mungkin membosankan sikit tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk buatnya lebih menarik. Oh ya, cerita ni ada banyak wataknya, harap para pembaca tidak bingung.

...
Jom saling bantu-membantu. Thanks 🥰🥰.

WHO IS THE KILLER? (02z + Sunoo)Where stories live. Discover now