15 |

87 11 9
                                    

Sujin's pov

Aku tersedar setelah beberapa minit. Kepalaku pening kerana terlalu lama digantung secara terbalik.

Degupan jantung ku agak perlahan, darah tidak mengalir dengan baik dan telingaku berdesing sebab otak tidak cukup oksigen.

Aku tidak tahu cara lepaskan diri.

Tapi, aku tahu keajaiban akan berlaku dan keajaiban itu akan berlaku... Sekarang.

"Oppa!! Oppa!! Sunoo oppa!! Sujin kat siniiiiii!!"
Jeritku sekuat hati walaupun suaraku hampir tidak mahu keluar.

• • •

Sunoo's pov

"Jay... Itu suara Sujin..."

"Macam mana Sujin boleh masuk ke dalam sana...?"

Aku tidak banyak cakap. Laju aku berlari ke dalam sana, mencari Sujin. "Sunoo shi... Tunggu kejap."

Jay mendahului ku setelah aku berhenti berjalan. Dia kemudian menyuluh ke bawah dan melihat ku.

"Ada jalan untuk ke arah bawah... Tunggu sini, biar aku dulu yang turun." Jay terus turun ke bawah dengan menggunakan tangga yang ada di situ.

Untuk ke sana, boleh dikatakan agak tinggi. "Sunoo shi, turun."

Aku segera turun dari situ, dengan hati-hatinya. "Sini gelap. Aku cuba cari suis dia dulu sebab ada lampu di sini."

Tidak sampai tiga saat, dia sudah menemukan suis lampu setiap terowong ini. Aku terkejut melihat jalan untuk masuk ke dalam.

Gelap.

"Oppaaaa!! Sunoo oppa!!"

Suara Sujin lagi. "Jayyy. Suara tu macam dekat." Jay angguk dan berjalan pergi. Aku ikutnya saja.

"Tempat ni berlumut..."

"Ni lah basement yang aku cakap kau."

"Kenapa kau tinggalkan Sujin di sini?"

"Aku ingat dia bukan jenis yang cepat curious dengan sesuatu benda." Jawabnya selamba. Aku nak marah tapi tak berani.

"Tapi kau tak patut tinggalkan Sujin tanpa bagi tau dia jangan jalan..." Aku tak sengaja, tak sengaja. Errr... Habislah aku.

"Jadi?" As expected. Memang itu jawapan dia. "Kalau aku jadi kau, aku sanggup keluar sendiri cari bantuan dan tinggalkan Sujin di satu tempat yang sunyi."

Aku hanya menggeleng dengar jawapannya yang tidak munasabah. Aku tidak mahu bersuara lagi.

"Op-oppaaa..." Suara tu semakin lemah. Aku risau. Aku masih bermain-main dengan jari-jemariku kerana risau.

Aku jadi tidak keruan lagi. Aku risau. "Sunoo sini..." Aku laju berlari ke arah Jay setelah Jay membelok ke kiri.

"Su- Sujin!"

Aku laju berlari masuk ke dalam untuk menolong Jay untuk lepaskan ikatan pada badan Sujin.

"Siapa buat macam ni dengan kau, Sujin?" Tanya ku sambil memeluk Sujin agar dia tak jatuh terus ke tanah.

WHO IS THE KILLER? (02z + Sunoo)Where stories live. Discover now