13 |

86 11 0
                                    

Sujin's pov

Aku melihat Jay berjalan pergi. Yes. Aku tau dia abang tiri kami, anak appa kami. How did I know about that? Atuk bagi tau.

But, I don't wanna talk about it.

Aku duduk diam dalam basement tu. Memeluk kaki ku. Sunoo oppa akan baik-baik sahaja, kan? Tidak lama selepas itu, aku dengar ada suara lelaki dan perempuan.

Tapi suara ni... Macam kenal jer.

"Messy gila tempat ni..."

"Entah lah pengetua kita tu..."

"Dia cakap kat bawah sana kan?"

"Haah..."

"Dalam tak tempat tu?"

"Rasanya dalam sebab, perlu pakai tangga ke sana. Tangga dia kecil-kecil..."

Aku yang bersembunyi di belakang kotak-kotak cuba mengintai kepada pemilik suara tu. Dalam diam, aku ambil gambar diorang.

Memang tempat ni agak gelap, tapi aku tak on flashlight waktu ambil gambar sebab nanti kalau nak tengok gambar tu aku ada cara dia sendiri.

Aku tak dapat nak tengok muka diorang sebab memang gelap. Tapi suara tu sangat-sangat familiar.

"Kalau saja aku mati tadi, entah lah..."

"Nasib baik tak mati."

"Bodoh. Entah apa lah yang pengetua kita nak sebenarnya."

"Jangan banyak cakap. Mari. Semua orang dah tunggu..."

Semua orang? Dalam basement ni? "Kau yakin kan takde siapa tau keberadaan basement ni?"

"Yer. Cik Arin, boleh jangan banyak cakap tak?"

Miss Arin?! Aku menutup mulutku selaju yang boleh sebab terkejut dengar nama miss Arin. Dia ditembak depan mata kami kot...

Dan orang tu aku bunuh- aku... Aku speechless. Mustahil. Atau, orang yang aku bunuh tu bukannya orang yang tembak Miss Arin?

Aku perlahan-lahan mengikuti mereka dari belakang. Sepertinya mereka sedang turun ke bawah mengikuti tangga-tangga kecil.

Suara mereka kedengaran bergema. Jadi, di bawah sana masih ada tempat persembunyian? Jay should know this. Aku mengeluarkan telefonku untuk menghantar pesanan kepada Jay.

"Oh..." Aku takde nombor dia.

Aku kemudian meninggalkan pesanan untuk Sunoo. Aku harap lepas jer dia baca ni, dia akan datang sini. Aku akan turun ke bawah untuk tengok apa yang ada kat situ.

"Oppa... Kalau oppa nampak pesanan ni, datang kat basement yang ada kat belakang padang sekolah. Lepas oppa masuk pintu masuk basement ni, oppa terus jalan depan dan oppa akan nampak tangga-tangga kecil. Turun ikut tangga tu. Kalau dah sampai, cari Sujin. Sujin takkan ke mana-mana, Sujin tunggu oppa..."

But, how if pesanan ni tak pun Sunoo sempat baca? How if telefon dia hilang? Ah- Aku tak peduli. Aku akan ikut turun.

.
.
.

WHO IS THE KILLER? (02z + Sunoo)Where stories live. Discover now