Author's pov
[keesokan harinya]
"Korang.... Bangun lah. Dah pukul 4 pagi ni. Kita kena jalan sekarang."
Jay mengejutkan mereka. "Mana Sujin? Sunoo? Mana diorang berdua?" Jay tambah terkejut dengan kehilangan mereka.
"Er..."
"Sunghoon!! Bangun! Jake kau kat mana?"
"Sini... Jap."
Sujin dan Jake datang bersama dari arah tandas. "Sujin? Mana Sunoo?" Tanya ku sambil berjalan ke arahnya.
"Sunoo? Sunoo oppa cakap nak ambil udara segar..."
"Tapi Taehyun pun takde... Siapa lepaskan Taehyun?" Ucap Sunghoon yang baru bangun. Dia tidur di kerusi sahaja.
Jay meraup wajahnya dan menyelak rambutnya ke belakang. Dia mula panik apabila Taehyun hilang.
"Dan korang kenapa keluar dari tandas sama-sama?" Tanya Sunghoon lagi.
"Sujin minta aku temankan dia..." Jawab Jake. "Jadi sekarang ni Sunoo dan Taehyun hilang?" Tanya Jay yang mula stress.
"Yer... Dah berapa lama Sunoo keluar, Sujin shi?" Jay perlahan-lahan mendekati Sujin.
"Kira-kira 20 minit yang lalu..."
"Jom cepat. Silap-silap Taehyun dah jumpa Sunoo..."
"Taehyun jahat sangat ke Jay?"
"Soalan apa yang kau tanya aku ni Jake? Dia sanggup buat apa jer untuk dapatkan Sujin. Kau rasa?"
"Damn... He's so pathetic."
"Let's go... Cepat. Sunghoon matikan monitor. Jake, pegang tangan Sujin."
"Jay! Peta tu hilang."
"Mwo?" Jay berhenti berjalan dan kembali ke dalam semula. "Bukan kau letak atas meja ke? Cuba cari... Mana lah tau jatuh."
"Takde..."
"Ni confirm Taehyun yang ambil..."
"Jay... Aku ada simpan peta yang sebenar..." Sujin tiba-tiba mengaku. "Peta sebenar..?" Jay dengan lajunya mendekati Sujin.
"Macam mana kau ada peta sebenar tu?"
"Aku jumpa kat basement..."
"Jadi kenapa tak cakap dari semalam?"
"Aku... Aku ragu-ragu sebab mana lah tau Taehyun akan ambil daripada aku dalam diam..."
"Mana? Kau pandai baca peta ke?"
"Pandai..."
"Kalau macam tu, kau yang jadi ketua..."
"Hah... Tapi Jay..."
"Go on... Mana nak pergi dulu?"
"Aku tak yakin Jay.."
Jake perlahan-lahan memegang bahu Sujin. "Jangan takut. Lagipun kami ada dengan kau." Sujin menatap Jake sambil menggigit bawah bibirnya. "Eung..."
YOU ARE READING
WHO IS THE KILLER? (02z + Sunoo)
Fanfiction|| completed || Dua orang kembar bernama, Sunoo dan Sujin yang boleh membaca personaliti seseorang malah boleh melihat pelbagai benda yang orang lain tidak boleh lihat. Mereka saling melindungi dan melengkapi. Lebih-lebih lagi, Sunoo sangat sayang a...