10 |

110 16 8
                                    

Jay's pov

12:49 tengah hari

"Aku penat lah duduk diam macam ni..." Keluh Sunghoon yang sudah berbaring di atas lantai, menghalang pintu.

"Bising siak kat luar. Tembak sana sini, jerit sana sini. Siapa lah agaknya pembunuh dia ni.?" Keluh Sunghoon lagi.

"Diamlah kau Sunghoon shi..." Tegur Sunoo. "Kitorang pun risau juga tapi diam jer." Marah Sunoo tapi dalam nada mengejek.

"Ape?! Kau tu memang lah diam. Aku ni yang tak boleh diam sebab aku stress ni..."

"Aku pun stress woii. Kau jangan bising, adik aku sakit ni..."

"Aku tak kisah. Aku nak bising juga..."

"YAAHHHH!" Jerit Sunoo.

"Dah lah oppa..." Rayu Sujin.

Aku hanya diam melihat mereka dan cuba memproses kejadian sekarang. Seperti yang appa cakap tadi, perkara ni mungkin perbuatan orang-orang besar.

Takde yang tahu siapa dalangnya tapi dia hantar dan arahkan banyak orang untuk bunuh semua target dia. Agak bodoh aku rasa sebab dia boleh jer kan bunuh semua orang tu. Hmmm. Pelik.

Appa cakap untuk jaga diri sendiri sahaja tapi bila aku cakap Sunoo dan Sujin ada sama-sama aku. Laju dia tukar topik.

"Kau jaga diri dan tengok-tengok kan kembar tu. Kau kena hati-hati dengan diorang. Diorang memang boleh baca fikiran orang dan tengok masa depan."

Hmmm. Bila difikirkan semula, kenapa appa risau juga pasal diorang? Appa sayang diorang kan?

Aku masih tak tau cerita sebenarnya. Aku hanya mahu tahu kalau diorang tahu aku abang tiri diorang, diorang nak terima ke tak.


Cermin setiap tingkap dewan kuliah itu dipecahkan oleh beberapa orang lelaki yang bertopeng. Mereka cuba memecah masuk ke dalam dewan kuliah ini.

"Tangkap kembar tu. Cepat !!" Jerit yang seorang. Aku laju membaling buku ke arah lelaki itu.

"Sunoo! Sujin! Lariiii! Sunghoon buka pintu tu..."

"Lari?? Kita semua?" Sempat lagi Sunghoon bertanya.

"Yerrr!!" Marah ku.


Sunoo's pov

Aku terkejut apabila salah seorang lelaki tu menyuruh untuk menangkap kami. Mereka cuba memecah masuk dewan itu.

Aku menarik tangan Sujin. Jake dan Sunghoon sudah membuka pintu.

Pistol yang ada pada Sujin, aku rampas dan pada waktu yang agak lama, aku berdiri mencari posisi yang terbaik untuk menembak salah seorang daripada mereka.

DAAASSS!

Satu das tembakan aku lepaskan ke arah seorang lelaki tersebut. Jay juga sama. Dia menembak mereka satu persatu dengan pistol yang ada padanya.

WHO IS THE KILLER? (02z + Sunoo)Where stories live. Discover now