09 |

92 12 5
                                    

Jake's pov

"Jay! Kau bunuh dia kenapa?!" Aku bukan main terkejut dengan perbuatannya. Belum sempat kami bertanya mahupun memastikan identiti lelaki itu, Jay dah bunuh.

"Dan dari mana kau dapat pisau tu?" Tanyaku.

"Aku simpan..."

"Kau ni kan... Buat aku takut."

"At least aku lindungi kau..." Katanya yang mencari-cari benda dalam poket lelaki tu.

Aku masih tidak percaya Jay dapat mengelar leher lelaki itu selaju yang mungkin. Padahal dia berjalan di hadapan lelaki itu tadi.

"Tengoklah... Aku rasa semua yang ditugaskan untuk bunuh orang ada benda ni..." Katanya sambil menghulurkan satu kad kecil berwarna kuning.

"Kalau betul lah banyak di antara mereka yang nak bunuh pelajar-pelajar kat sini, habislah..."

"Dah jom..."

Kami berlari sambil tunduk di bahagian koridor. Sunoo terus membuka pintu untuk kami.

"Jay!? Knp tangan kau ada darah?"

"Aku bunuh orang kat bawah sana. Dia ada bawa pistol juga."

"Ni... Ada kad kuning kat poket dia."

Sujin yang menahan rasa sakit perutnya hanya melihat kad itu. Kenapa mukanya semakin lesu?

"Sakit kau makin teruk ke?" Tanyaku kepadanya. Dia cuma angguk. Aku dengan pantas duduk mencangkung di sebelahnya dan menghulurkan ubat itu.

Dia terus mengambil ubat itu dan menelannya bersama air. "Thanks."

"Jay..." Panggil Sunoo. Jay melihatnya dengan pandangan yang menakutkan. "Phone kau berbunyi tadi... Phone kau pun Jake."

Aku terus berjalan mendekati meja tempat aku letak telefon tadi.

"Nae appa..." Jay mungkin menelefon ayahnya terus. Aku masih menunggu balasan daripada appa dan eomma.

Tiada.

Mereka mungkin tidak peduli denganku ya? Takpe lah. "Sujin, sini phone kau. Aku tolong cas kan..."

Sunoo laju menghulurkan telefon berwarna biru kepadaku. "Ni fon dia..." Katanya. Sunoo duduk di samping Sujin dan Sujin terlelap di atas bahu Sunoo.

"Kami ada ambil bun dan air. Kalau lapar, makan lah..." Kataku sambil mengambil satu plastik bun vanilla dan mula memakannya.

Masih tidak ada apa-apa pengumuman. Sampai bila kami akan ada di sini. Sunghoon, Kai dan Taehyun mana agaknya...

"YAAAHHH!! Buka pintu ni..." Jerit Sunghoon dari luar. Dia seorang diri.

Aku tanpa teragak-agak terus membuka pintu untuknya. Sunghoon dengan lajunya masuk ke dalam dan menutupnya semula dengan kuat sekali.

"Kenapa ni?" Tanya aku yang terkejut melihatnya. "Kau tak dengar ke bilik sebelah bising?" Muka panik Sunghoon ketara menunjukkan bahawa dia sangat takut sekarang ni.

WHO IS THE KILLER? (02z + Sunoo)Where stories live. Discover now