17 |

91 11 23
                                    

Sunoo's pov

"Hello ladies and gentlemen or should I just call everyone as 'stupid people'? HAHAHAHAHAHA. I said, do not trust anyone. Hmm, malangnya semua pelajar di kampus ni sangat-sangat bodoh dan penakut. I watched every of you so I know where are you right now. Don't ever think of running. Ohh, I think I should tell this. Tidak ada sesiapa pun di antara kamu yang akan dapat keluar dengan selamat..."

Gelak dia, gelak yang meraihkan kemenangan. I hate those. "Itu bukan suara yang sama ke?"

"Pengetua?" Jawabku. "Haah..."

"Selamat datang anak-anak. Selamat datang ke neraka. I think, that's all. Goodbye."

Aku dan Sujin yang masih dalam ruangan di basement ini, terkedu serta bingung. Aku berdiri sambil menarik tangan Sujin. "Jom, keluar dari tempat ni."

Sujin cuma angguk. Sesampainya kami di bahagian tangga, aku suruh Sujin dulu naik. "Oppa, jangan terlalu jauh dengan aku."

"Nae. Jangan risau."

"Oppa kejap... Telefon aku."

"Telefon?"

Aku melihat gelagat Sujin yang berlari terkedek-kedek. Sekembalinya Sujin, kami naik ke atas.

Setiba saja kami di atas, kami perlu keluar dari tempat ni betul-betul. Tapi di luar hujan, tidak.

"Oppa... Hujan." Rungut Sujin melihat ku dengan pandangan yang nak tak nak untuk keluar dari tempat ni.

"Kita tunggu dulu hujan tu berhenti." Sujin angguk. "Kita duduk sini dulu... Kalau ada yang nak kacau kita, oppa akan lindungi kau."

"Sujin pun kuat juga oppa..." Aku senyum dan mengusap kepalanya.

"Pengumuman tu tadi... Kita tak tau kalau itu pengetua atau orang lain." Ucap ku tiba-tiba. "Itu bukan pengetua... Suara dia lain."

"Hm... Apa sebenarnya sebab berlakunya benda ni kat kampus ni? Takkan diorang nak jadikan kita eksperimen."

"Tak tau lah oppa. Sujin penat. Oppa pun pasti penat."

"Ya, oppa penat. Oppa nampak pelajar bunuh diri depan oppa tadi."

"Hah?"

"Orang yang tangkap kita tu... Oppa, Jake dan Sunghoon di bawa ke tempat yang tinggi. Bangunan yang usang dekat padang sana. Nama lelaki tu Haruto kalau tak silap. Dia bunuh diri lepas Jay psiko-psiko kan dia."

"Jay?"

"Eung... Oppa rasa, Jay dalam diam pun ada kebolehan macam kita tapi mungkin dia lain sikit."

"Entahlah oppa. Sujin malas nak fikir. Sujin pentingkan diri sendiri jer sekarang. Aku nak lindungi diri sendiri dan oppa jer."

Aku terdiam seketika. Cuba memikirkan jawapan. "Oppa pun tak tau nak cakap apa. Oppa cuma terfikir keselamatan Sujin jer. Kalau oppa tak dapat keluar, at least Sujin dapat."

Dengan lajunya Sujin menarikku sehinggakan aku terduduk di hadapannya. "Apa yang oppa cakap tadi?"

"Mian... Oppa tak sengaja."

"Ani... Sujin tak boleh terima oppa cakap macam tu..." Air matanya keluar. Kedua-dua tangannya masih menggenggam baju ku di bahagian dada. "Jangan cakap macam tu lagi."

Sujin melepaskan bajuku perlahan dan masih menatap ku. Aku yang terduduk di atas tanah, terkedu tidak tahu ingin berkata apa. Kemarahan Sujin dapat dilihat menerusi matanya.

Walaupun tempat ini gelap sedikit, aku masih dapat nampak wajahnya. Suara Sujin bergema dalam basement ini.

"Mianhae Sujin ah..."

WHO IS THE KILLER? (02z + Sunoo)Where stories live. Discover now