Sunoo's pov
Aku melihat Yua yang memeluk lututnya sebab rasa takut. Tiada siapa yang cuba menenangkannya jadi aku mendekatinya. Aku mengusap-usap lembut belakangnya.
"Kenapa awak baik dengan saya?" Tanya Yua tiba-tiba. "Sebab takde sesiapa yang berani dekat dengan awak..." Jawab Sunoo dengan jujur sekali.
"Saya takut kalau Lia betul-betul dah takde..." Keluhnya sambil nangis. Sunoo menyeluk setiap poketnya untuk mencari tisu lalu dia berikan kepada Yua. "Gomawo..."
"Kalau betullah ada pembunuh dalam kampus ni, kenapa diorang tak deactivated jer pagar tu supaya kita boleh keluar...? Macam mana kalau kita semua mati dalam kampus ni?" Keluh seorang pelajar perempuan.
"Kan? Aku tak faham lah sistem kampus ni... Kau rasa fakulti lain sama ke dengan keadaan kita? Aku call kawan aku dari fakulti lain, tak dapat..."
"Entahlah... Aku takut lah..."
Aku mendengar perbualan itu dengan jelas. Tidak lama kemudian, satu das tembakan bergema satu kampus ini. Sujin terus berlari mendekati ku.
Jay dan rakan-rakannya juga berkumpul di sekeliling kami. "Korang dengar ke?" Sunghoon tanya. "Dengar wehhh..." Balas Kai.
Aku menarik tangan Yua dan Sujin. "Kita kena kumpul ramai-ramai. Sini..."
"Korang nak pergi mana?" Tanya Jake. "Kita kumpul sama-sama supaya kita boleh lindungi diri sama-sama..."
Das tembakan yang kedua kali bergema lagi. Semua pelajar menjerit. Aku tidak tahu ingin berbuat apa.
Ada yang cuba melarikan diri sebab panik. Mereka semua menjadi gila dan membuatkan pening kepalaku semakin bertambah.
"YAAAHHHH!! KORANG JANGAN PANIK BOLEH TAK!!" Jerit Jay.
Wow- itu impression pertama ku setiap kali dia berbuat sesuatu yang di luar jangkaan. Beraninya Jay...
"Lebih baik korang kumpul macam yang kitorang buat. Membelakangi antara satu sama lain. Jangan panik. Tolonglah..."
"Kau main cakap jer jangan panik...? Mentang-mentang popular, kau boleh arah-arahkan kami ke?" Salah seorang pelajar lelaki memarahi Jay.
"Ni bukan pasal popular lah. Cuba pakai otak tu sikit." Tengking Jake pula.
"Kau berani marah Jay kitorang macam tu?" Tegur seorang perempuan. Sah peminat Jay.
"Korang jangan bising boleh tak?" Tengking ku sebab aku malas dengar bising. Jay dan Jake diam.
Aku baru sedar Sujin berdiri bersebelahan dengan Jake. Aku baru jer nak bagi dia pindah ke sebelah Yua tapi tak jadi. Pensyarah Rowoon dan Arin sudah kembali bersama sekuriti dan pensyarah lain.
"Maaf kitorang lambat... Kumpul sini. Kitorang nak bagi tau situasi sekarang." Arah pensyarah Rowoon.
Aku nampak kat muka dia yang dia akan tipu. Aku tengok Sujin dan Sujin angguk. Itu bermakna ada sesuatu yang tak kena.
"Jangan risau. Semuanya akan baik-baik saja sebab pagar akan dibuka sekejap lagi..."
Dia tipu. Itu benda pertama yang aku nampak di mukanya.
YOU ARE READING
WHO IS THE KILLER? (02z + Sunoo)
Fanfiction|| completed || Dua orang kembar bernama, Sunoo dan Sujin yang boleh membaca personaliti seseorang malah boleh melihat pelbagai benda yang orang lain tidak boleh lihat. Mereka saling melindungi dan melengkapi. Lebih-lebih lagi, Sunoo sangat sayang a...