Sunoo's pov
"Oppaaa!! Hati-hati!!" Sujin laju berlari ke arah figura yang cuba berjalan ke arahku dengan membawa pistol yang sudah berlumuran dengan darah.
Sujin menolak badan lelaki itu dengan badannya sehingga membuatkan mereka berdua jatuh ke lantai. Sujin melihat pistol yang masih ada di tangan individu itu.
Orang itu mengerang kesakitan. "AHHH KACAU!!" Suara dia milik seorang pelajar lelaki. Mukanya ditutupi dengan topeng jadi Sujin tidak dapat melihatnya.
Jake laju menendang tangan lelaki tadi lalu mengambil pistol tersebut. Aku tidak dapat berbuat apa-apa sebab aku baru sahaja ingin mengangkat pensyarah Arin.
"Oppa cepatlah jalan dengan Jay..." Aku mahu menggeleng tapi Jay sudah bersedia untuk mengangkat pensyarah Arin.
• • •
author's pov
"Kenapa kau serang macam tu!? Kalau dia sempat angkat pistol tu, mcm mana?" Sambil Jake menendang-nendang kepala lelaki itu, sambil itu Sujin duduk atas badan lelaki tadi.
"Errrr..." Sujin terdiam...
"Cakap! Kau siapa?!" Jake laju membuka topeng itu daripada muka lelaki itu. Kedua-duanya terkejut melihat lelaki itu.
"Kau!? Kau lagi? Kau kenapa bawa pistol yang ada darah macam ni? Kau bunuh orang ke?"
"HAHAHAHAHA....."
Lelaki tu adalah pelajar yang tadi, yang tidak percaya Sunoo dan Sujin adalah kembar. Dia tertawa terbahak-bahak.
"Bodohnya korang... Kenapa percaya antara satu sama lain? Korang tak sepatutnya percaya sesiapa sekarang... Semua orang dalam sekolah ni akan jadi gila, sanggup selamatkan diri masing-masing, macam aku-"
Sujin memandang lelaki tu dengan pandangan kosong lalu berdiri dan menarik hoodie Jake. "Tinggalkan dia, dia akan mati kejap lagi."
"Kau- kau perempuan, sepatutnya tak percaya sesiapa pun. Korang takkan dapat lari pun dari tmpat ni..." Dia ketawa lagi.
"Betul ke nak tinggalkan dia?" Tanya Jake. Sujin mengangguk. Belum sempat mereka berjalan beberapa langkah, lelaki itu mengacukan pistol ke arah mereka.
"Kalau aku mati pun, ada lagi macam aku." Dia ketawa lagi. Dia tanpa teragak-agak menembak kepalanya sendiri. Darah mula keluar daripada kepalanya.
"Sujin!! Apa patut kita buat?" Tanya Jake panik padahal Sujin diam saja. Dia sudah tahu benda itu akan berlaku.
"Kenapa diam Sujin shi!?" Tanya Jake. Sujin terus berjalan ke arah mayat lelaki itu tapi dia sempat periksa nadi lelaki tu.
"Dah mati ke?" Tanya Jake, Sujin laju mengangguk dan tanpa ragu-ragu dia mencapai pistol milik lelaki tu. "Macam mana pelajar boleh ada pistol? Diorg dapat dari mana?"
Tanya Sujin kepada Jake sambil berlari ke arahnya. "Aku tak tau. Kau buat apa dengan pistol tu? Kau pandai guna ke?" Tanya Jake dengan muka risau nya.
Sujin menggeleng. "Dahlah, jom lari... CEPAT!" Jake menarik tangan Sujin dan berlari menaiki tangga.
Sesampainya mereka di atas, Sunoo sudah menunggu di hadapan pintu dewan bilik kuliah yang satu lagi.
YOU ARE READING
WHO IS THE KILLER? (02z + Sunoo)
Fanfiction|| completed || Dua orang kembar bernama, Sunoo dan Sujin yang boleh membaca personaliti seseorang malah boleh melihat pelbagai benda yang orang lain tidak boleh lihat. Mereka saling melindungi dan melengkapi. Lebih-lebih lagi, Sunoo sangat sayang a...