Author's pov
Sunghoon, Jake, Sunoo dan Sujin termenung meratap nasib mereka yang sudah berjam-jam terperuk di dalam tempat itu. Bau hanyir darah daripada tiga orang mayat jururawat tadi membuatkan Sujin ingin muntah.
Yang lebih menakutkan lagi adalah pintu di tetak. Mereka hanya melihat pintu itu ditetak dan makin lama makin rosak.
Mereka bertatapan antara satu sama lain. "Ini mungkin terakhir kali kita akan bersama..." Ucap Sunoo. Jake hanya mengangguk.
"Mungkin... Diorang akan bunuh kita..." Ucap Sunoo lagi. Sunoo memeluk erat badan Sujin.
"Antara mati dan hidup... Aku pilih mati..." Ucap Sunghoon dan cuba untuk bunuh diri dengan memecahkan tiub kaca ke dalam mulutnya. "YAHHH!!!" Jerit Sunoo dan Jake.
Namun, dia gagal melakukan itu kerana pintu sudah terkuak luas. Mereka berempat hanya menatap beberapa orang lelaki bertopeng yang ada di hadapan pintu.
"FOUND THEM!!!!!" Jerit lelaki tu bersama gelak nya.
"Pisahkan kembar tu dan bawah mereka ke tempat yang berbeza."
"ANDWAEE!!! SUJIN AHHHH!!!" Jerit Sunoo dengan kuatnya apabila tangan Sujin terlepas daripada pegangannya.
"Kau jangan sakiti dia!" Jerit Jake pula. "DIAM!" Tengking lelaki yang sepertinya ketua di kumpulan itu.
Sunghoon hanya pasrah dengan apa yang berlaku. Dia tidak bersuara sama sekali. Dia hanya ingin nyawa nya cepat-cepat ditarik.
"Oppa..." Panggil Sujin lembut apabila mereka sudah jauh terpisah. Air matanya jatuh berlinang deras. "LEPAS!!!" Jerit Sunoo lagi.
"OPPA!! Jangan melawan. Just go... We will meet again."
"Who says korang akan jumpa lagi???" Ucap salah seorang daripada mereka. Tanpa teragak-agak, lelaki itu memukul bahagian tengkuk Sujin sehingga menyebabkan Sujin pengsan.
Sunoo yang nampak kejadian itu semakin marah dan ingin memberontak tapi lelaki bertopeng itu memukul tengkuk Sunoo juga.
Jake yang dari tadi diam cuba memerhati setiap gerak geri mereka. Dia tidak memberontak sama sekali.
.
.
.
Waktu Sujin membuka matanya, hanya ada dia seorang saja dalam ruang gelap itu. Sedar-sedar, dirinya diikat pada sebuah kerusi dan matanya ditutup.
Walaupun matanya ditutup, dia dapat tahu dia berada di mana sebab waktu dia berpura-pura pengsan, dia sempat baca memori lelaki yang membawanya masuk ke ruangan ini.
Bilik bawah tanah.
Itulah tempatnya di bawa. Sujin terdengar bunyi tapak kaki menghala ke arahnya dan juga bunyi sesuatu diseret.
"Dah bangun?" Tanya seseorang. Itu adalah suara lelaki.
"Aku tau kau dah bangun..."
"Apa kau nak?" Tanya Sujin.
"Aku ada bawa hadiah untuk kau..."
YOU ARE READING
WHO IS THE KILLER? (02z + Sunoo)
Фанфик|| completed || Dua orang kembar bernama, Sunoo dan Sujin yang boleh membaca personaliti seseorang malah boleh melihat pelbagai benda yang orang lain tidak boleh lihat. Mereka saling melindungi dan melengkapi. Lebih-lebih lagi, Sunoo sangat sayang a...