author's pov
Sunoo dan Sujin bergerak sama-sama untuk pergi kuliah mereka. Seperti biasa, mereka akan naik bas yang selalu datang ke stesen menunggu bas di kondominium itu.
Mereka tidak diterima masuk asrama walaupun mereka sudah memohon beberapa kali. Mereka terpaksa tinggal di luar. Ditambahkan dengan bayaran naik bas untuk setiap hari saja pun boleh buat mereka jadi miskin.
Sesampainya mereka di kampus, mereka berjalan bersama-sama. Seperti biasa, ya mereka tidak berjalan secara berpisah. Mereka sentiasa melekat antara satu sama lain.
Dari jauh, Jay dan rakan-rakannya berdiri di kawasan fakulti mereka. Mereka seolah menunggu Sujin sampai di kawasan mereka dan ya, Jay menegurnya.
"Sujin. Annyeong..." Sunoo melihat Jay dari atas ke bawah. Dia dapat merasakan aura yang bercampur pada Jay.
"Annyeong Jay... Ada apa?"
"Memandangkan kembar kau ada dengan kau, senang sikit nak bincang kan?"
"Bincang ape?" Tanya Sunoo.
"Seram pulak aku tengok kembar dia ni-" Ucap kawan Jay."Jangan cakap macam-macam lah Sunghoon... Diam kau." Suruh Jay.
"Ganasnya mamat ni..." Ucap Sunoo dalam hatinya.
"Sujin ada cakap hari tu, dia mesti minta kebenaran kau dulu untuk join dalam band kami... Jadi kau ada dengan dia, aku nak tnya lah ni..."
"Ohh, jadi kau lah Park Jongseong?" Jay angguk dan Sujin tengok mereka silih berganti."Kau benarkan tak dia masuk band kami? Sebab suara dia sesuai dengan lagu yang kami akan release tak lama lagi.."
"Kau akan bayar dia kan?" Sujin terkejut dengan soalan itu tapi dia tanpa sengaja memukul belakang Sunoo.
"YAAHHH?! Sengaja ke?" Ucap Sunoo terkejut.
YOU ARE READING
WHO IS THE KILLER? (02z + Sunoo)
Fanfiction|| completed || Dua orang kembar bernama, Sunoo dan Sujin yang boleh membaca personaliti seseorang malah boleh melihat pelbagai benda yang orang lain tidak boleh lihat. Mereka saling melindungi dan melengkapi. Lebih-lebih lagi, Sunoo sangat sayang a...