author's pov
[[ 10.33 PAGI ]]
Sujin yang duduk di atas simen, sibuk memungut semut-semut kecil. Jake dan Jay hanya melihat gelagat Sujin yang seperti kebudak-budakkan.
Sunoo yang sedar dengan perbuatan Jake dan Jay terus melibas-libas tangannya di hadapan muka mereka.
Jake dan Jay kemudiannya tengok di tempat lain. Mereka malu dengan perbuatan mereka sendiri.
"Lambatnya pelajar yang tadi pergi tandas, dr Lee. Dah 20 minit ni..." Ucap pensyarah Rowoon.
"Aku pergi tengok dulu. Dr Arin, tolong Dr Rowoon tengok pelajar-pelajar..." Arah Dr Lee lalu pergi.
"Ada berapa orang semua pelajar, Arin shi?" Tanya pensyarah Rowoon.
"211 orang... Saya ada cek jadual diorang. Ini termasuk pelajar tahun 1 dan tahun 3." Jelas pensyarah Arin dan pensyarah Rowoon hanya mengangguk.
Tidak lama kemudian, kedua-dua pelajar perempuan yang pergi ke tandas tadi kembali tapi dalam keadaan yang agak menakutkan. Badan mereka berlumuran dengan darah.
Seorang daripada mereka parah, mukanya penuh dengan darah.
"Miss!!" Jerit perempuan itu sambil menangis. "Sir Lee ada kat sana... Ada satu orang lelaki ni tembak dia... Dia cuba- dia cuba untuk pukul kami!! Tengok Lia, dia- dia!"
Ucapnya sambil menangis teresak-esak. Rakannya Lia sudah terbaring di atas tanah, badannya lemah mungkin sudah pengsan.
Semua pelajar berjalan mendekati mereka dan mengelilingi mereka.
"Kau gi tengok keadaan dia Sunghoon..." Suruh Jay dan Sunghoon pun pergi.
"Aku pegi tengok dulu..." Kata Sunghoon. Saat Sunghoon sampai di situ, dia terkejut. Laju tangannya mengeluarkan telefonnya dan mengambil gambar perempuan tu.
Dia laju berlari ke arah Jay dan yang lain. "Tengok wehhh..."
Kening Jay berkerut. "Muka dia hampir tak kena nampak doh..." Ucap Jay. Sunoo juga ikut sama.
"Nak tengok..." Sunghoon memberi telefonnya kepada Sunoo. "Mmm. Kesiannya, Sujin. Tengok ni... Kau ada nmpak apa-apa tak?"
"Nampak? Apa?" Tanya Jake... Sujin memerhati perempuan tu dengan teliti nya.
"Dia akan meninggal kejap lagi..." Ucapnya tanpa ragu-ragu. Sujin laju berlari ke arah kerumunan orang tu. Dia cuba meminta laluan untuk ke arah perempuan tu.
"Boleh saya lalu tak!? Pleaseee!!" Jerit Sujin yang cuba masuk ke dalam bulatan itu. Jay, Jake, Sunghoon, Kai dan Taehyun bingung melihatnya berkelakuan seperti itu.
Setelah Sujin masuk dalam bulatan itu. Dia terus memegang tangan perempuan bernama Lia itu. Bibirnya pucat dan badannya mula menjadi ungu kehitaman.
"Ada apa? Kenapa dengan dia?"
Sujin mengelipkan matanya sebab agak ragu-ragu untuk cakap. Muka pelajar itu ditutupi dengan darah yang agak banyak.
"Dia akan mati, Miss..." Ucap Sujin. "Kalau macam tu, kita bawa dia ke hospital! Tepi semua!" Jerit pensyarah Arin.
"Tak dapat miss Arin. Kan pagar semua aktif. Sudah tentu tidak boleh keluar." Ucap pensyarah Rowoon.
YOU ARE READING
WHO IS THE KILLER? (02z + Sunoo)
Fanfiction|| completed || Dua orang kembar bernama, Sunoo dan Sujin yang boleh membaca personaliti seseorang malah boleh melihat pelbagai benda yang orang lain tidak boleh lihat. Mereka saling melindungi dan melengkapi. Lebih-lebih lagi, Sunoo sangat sayang a...