BAB 1

884 30 21
                                    

MALAM tahun baru itu, tiga anak teruna Haji Ghaffar dan Hajah Nora berkeputusan untuk meluangkan masa dengan bermain alat permainan video milik si bongsu di ruang keluarga tingkat dua.

"Yes!"

Si bongsu, Rauf bersorak gembira apabila berjaya mengalahkan dua abangnya dalam permainan video tersebut. Sorakan gembira itu pastinya mendatangkan ketidakpuasan hati pada Riyadh dan Raihan.

Alat kawalan dihempas perlahan di atas bean bag oleh Riyadh. "Ish, kau tunggu aku comeback kejap lagi. Kau tunggu."

Riyadh ambil langkah keluar sebentar dari ruang keluarga. Niatnya hendak membasahkan tekak di dapur tingkat bawah. Sekaligus hendak selesaikan hajat terpenting.

"Ha, nak berasap la tu!" Kuat suara Rauf menyindir abang sulungnya. Sengaja dia berbuat begitu. Kalau boleh, biar walid dan umi dengar.

"Benda Yadh ni. Kalah sikit terus nak berasap. Main game lek lek sudahlah." Semakin banyak bebelan yang keluar dari mulut Rauf. Nama sahaja lelaki, tetapi banyak mulutnya.

Raihan yang mendengar hanya gelengkan kepala. Sementara hendak menunggu Riyadh selesai, telefon pintarnya dikeluarkan. Disebabkan malam ini malam tahun baru, banyak update dan pos terbaru yang dimuat naik di laman Instagram dan Twitter.

"Bang, kau dah get ready ke?" soal Rauf secara tiba-tiba.

Raihan mengerut kening. Kepala diangkat dari skrin telefon. "Get ready? Ready apa?"

"Mesti kau jadi target umi lepas ni. Yadh tak jadi."

"Oh..." Bayangan Rauf mula difahami. "Ready tak ready je la. Ada jodoh, kahwin. Tak ada, sambung membujang macam Yadh."

"Kesian kan Yadh? Tak ada rasa bersalah betul ex dia tu. Main curang je. Kalau tak nak kahwin, cakap je la. Nak jugak guna cara curang tu. Sakit member." Selain daripada banyak membebel, Rauf pun kuat bergosip orangnya.

"Tak ada rezeki dia. Umi pun kesian kalau nak desak dia kahwin. Biarlah dia reda dulu," balas Raihan.

Telefon pintar Raihan yang tiba-tiba menjerit kuat buatkan dua beradik itu terkejut. Melihat nama Haq yang terpapar di skrin, Raihan bangkit.

"Aku angkat call jap," pintanya. Dah menjadi tabiat sekiranya dia menjawab panggilan, dia akan bergerak jauh dari sesiapa. Raihan sememangnya seorang yang menjaga privasi.

Setelah dipastikan jaraknya dengan Rauf agak jauh, panggilan akhirnya diangkat. "Hello? Asal Haq?"

"New year. Lepak rumah aku jom."

Raihan mengerut dahi. Ada sesuatu tak kena yang dapat dia kesan dari nada suara sahabatnya. Semacam serak. Kedengaran seperti baru menangis pun ada.

"Okay... kejap lagi aku sampai." Serta-merta dia bersetuju. Mungkin Haq memang memerlukan kehadirannya sekarang.

Panggilan terus ditamatkan. Dia kembali semula ke ruang keluarga. Kelihatan Riyadh sudah berada di sana semula.

"Weh, kau orang mainlah berdua. Aku nak keluar jap," maklumnya kepada mereka berdua.

"Keluar pergi mana?" tanya Riyadh.

"Jumpa boyfriend."

"Ha?!" Terperanjat Rauf dan Riyadh yang mendengar. Sekejap, mereka berdua memandang sesama sendiri. Lalu mereka pandang pula wajah Raihan yang menayang sengih kerang busuknya.

"Yalah, 'boy friend'. Kawan lelaki. Aku nak jumpa Haq la."

Baru abang dan adik itu menarik nafas lega.

MENANTI KAMUWhere stories live. Discover now