BAB 8

134 11 11
                                    

"SIRIN! Raihan dah sampai ni!"

Sepantas kilat Sirin melangkah turun ke tingkat bawah. Jejak sahaja di lantai bawah, Puan Talia sudah menunggunya. Tangan mommy dicapai lalu disalam. Tak lupa juga untuk dia mengucup kedua pipi wanita kesayangannya.

"Bye mommy!"

"Sebelum pukul 12 ya. Ingat."

"Aye, aye ma'am!"

Sebaik dia melangkah keluar untuk menyarung kasut, kelihatan Raihan sedang berbual dengan ayahnya. Entah apa yang mereka bualkan. Selesai sahaja kasut dipakai, dia bergerak ke arah dua lelaki itu.

"Bye ayah!" ucapnya bersama senyuman lebar. Gembira apabila dia berjaya memujuk ayahnya untuk memberikan izin. Terima kasih kepada Raihan.

"Yalah, hati-hati."

"Saya gerak dulu, uncle." Tangan Tuan Solihin dijabat sekali lagi oleh Raihan sebelum pergi.

"Hati-hati bawak kereta, Raihan."

Lelaki itu angguk. Setelah pamit, mereka berdua melangkah ke arah kereta Raihan yang terletak di hadapan rumah keluarga Sirin. Sebelum sempat si gadis mencapai tombol pintu, pintu bahagian penumpang tersebut telah dibuka terlebih dahulu oleh Raihan. Dan perbuatan itu membuatkan Sirin terpaku seketika.

Gentleman. Itu yang Sirin fikir.

"Masuklah."

Gadis itu tersenyum tipis sebagai balasan. "Thank you."

Setelah dipastikan gadis itu masuk, pintu ditutup lalu Raihan masuk ke tempat pemandu pula. Tak lama kemudian, kereta mula bergerak laju membelah jalan raya malam itu.

"Sorry, tak pasal-pasal saya susahkan awak malam ni," ucap Sirin setelah beberapa minit mereka diamkan diri.

"Tak apa. Kebetulan saya free malam ni."

Sirin gigit bibir bawahnya. Dia tetap berasa susah hati walaupun Raihan setuju sahaja dengan permintaannya. Dia jangkakan lelaki itu akan menolak. Rupa-rupanya tidak. Malah Raihan menawarkan diri untuk mengambilnya di rumah dengan keretanya.

"Awak betul ke okay? Mana tahu awak tak selesa pergi tempat macam ni ke? Awak boleh je nak hantar saya, lepas tu ambik balik."

Sirin di tempat duduk sebelah dipandang sekejap. Melihat wajah si dia yang masih ragu-ragu, Raihan tersengih. "Relax, I'm fine. Kalau saya pergi balik, tak ke bazir minyak? Baik saya ikut je awak pergi sana. Lagipun, ayah dengan mommy awak dah amanahkan saya supaya teman awak. Takkan saya nak pecah amanah pulak?"

Terdiam Sirin tatkala mendengar ujaran lelaki itu. Benarlah apa yang difikir, sememangnya Raihan seorang lelaki budiman.

"By the way... you look cute tonight."

Laju kepala Sirin menoleh ke sebelah.

"I-I mean, your hair. Looks cute on you."

Spontan tangan Sirin menyentuh ikatan rambutnya. Malam ini, dia dandan rambutnya dengan gaya tocang dua. Nampaklah awet muda sikit bila buat rambut sebegitu.

"Thank you..."

"My pleasure."

Lima belas minit diambil untuk mereka sampai ke lokasi yang sepatutnya. Sebaik sahaja kereta diparkir dan enjin dimatikan, Raihan pantas keluar dari keretanya. Tempat duduk Sirin dituju lalu perkara sama dilakukan seperti tadi.

"Thank you, again." Entah berapa banyak kata terima kasih diucapkan oleh Sirin kepada Raihan malam ini. Besar rasa terima kasihnya terhadap lelaki itu.

MENANTI KAMUWhere stories live. Discover now