BAB 43

314 23 4
                                    

SEPASANG mata rubah tersebut sekadar memerhati pergerakan seorang perempuan dalam bakeri itu. Melihat si dia yang tersenyum kepada para pelanggan, automatik bibirnya terikut senyum. Tipis.

Rindunya Abri dengan senyuman di bibir merah itu. Juga si pemiliknya. Sekurang-kurangnya dengan melihat perkembangan Sirin dari jauh, rindunya serba sedikit terubat.

Abri tahu, dia bodoh. Kerana termakan dengan kata-kata sendiri. Apa yang dia harapkan? Gila jika dia ingin meraih semula cinta perempuan yang terang-terang seorang isteri kepada lelaki lain.

Masihkah ada peluang untuk hubungan ini diperbaiki? Walau atas dasar kata 'sahabat'?

Perlahan-lahan langkah kaki diatur memasuki bakeri. Ketika wanita itu perasan akan kehadirannya, Abri ukirkan senyumannya.

"Hai," ujarnya, memberanikan diri.

"Hai, selamat datang!" Walaupun agak lambat, tetap Sirin membalasnya.

"Sini... boleh tempah kek, kan?" Abri tahu tentang perkara itu. Tetapi tetap dia sengaja bertanya.

"Yup. Encik nak kek macam mana? For what kind of occasion?"

Mungkin dalam waktu kerjanya, wanita itu hendak bertindak profesional. Agak kekok bagi Abri jika Sirin memanggilnya dengan panggilan tersebut. Tapi Abri faham.

"Saya... nak tempah kek untuk birthday kawan saya." Bibir diketap. Lidahnya benar-benar kaku. Entah mengapa jarak antara mereka dirasakan begitu jauh. Sedangkan wanita itu berada di hadapannya ketika ini.

"Birthday Wadi. I want the same cake. Just like we baked two years ago," ujarnya lagi.

Mata Sirin membulat. Sebaik mendengar permintaan Abri, baru dia teringat akan hari istimewa rakan mereka. Tetapi, yang buatnya terkesima adalah kek yang diminta tersebut. Buat seketika, kenangan dua tahun lalu bermain dalam fikiran Sirin.

Walaupun fikirannya sibuk, tetap tangannya mencatat perkara yang dirasakan penting.

Hari itu, Abri lakukan kerja gila untuknya. Lelaki itu sanggup menyewa sebuah dapur selama sehari demi menjayakan misi untuk persiapan kek hari lahir sahabat mereka.

Sirin menolak rancangan Abri awalnya. Kerana, boleh sahaja kek tersebut dibuat di dapur rumahnya. Tetapi alasan Abri buatkan dia sendiri lemah.

"Please, Sirin... sesekali aku nak tengok kau buat kek. Aku janji, aku tolong apa yang patut. Lagipun dah lama kita tak spend time sama-sama. Don't you think this is the right time?"

Pujuk rayu Abri ada benarnya. Oleh itu, akhirnya dia bersetuju dengan cadangan Abri.

Abri tepati janji dengan membantunya serba sedikit dalam penyediaan bahan-bahan yang diperlukan. Mujurlah lelaki itu jenis yang cepat belajar. Jadi, mudahlah kerja Sirin. Hasilnya, mereka juga dapat hasilkan 20 biji kek cawan untuk parti tersebut.

Mereka betul-betul manfaatkan dapur yang disewa. Wang yang dikeluarkan setaraf dengan hasil yang mereka dapat.

"Blueberry Chiffon Cheesecake is done!"

Dengan penuh bangga Sirin tunjukkan hasil tangannya.

"Don't you think we should put Patrick on it?" Tiba-tiba Abri bersuara.

Serta-merta lelaki yang sedang mengacau krim itu dijeling Sirin tajam. "It will ruin the aesthetic!"

Sirin mencebik. Sejak dari awal Abri menyuruhnya menghias kek Wadi dengan kartun Patrick si tapak sulaiman. Terang-terang Sirin menolak. Dia tahu tujuan Abri sebenarnya hendak kenakan Wadi.

MENANTI KAMUWhere stories live. Discover now