BAB 26

211 14 3
                                    

"SIRIN."

Kepala ditoleh Sirin ke sebelah. Sofa yang diduduki mula terasa berat bila Raihan labuhkan duduk di sebelahnya.

"Kita keluar, jom." Dengan senyum senget lelaki itu mengajak.

"Keluar?" Serta-merta mata Sirin terarah pada jam di dinding ruang tamu. 9:00 malam.

"Bila? Sekarang?" soalnya.

"Ha'ah."

"Dah malam kot?" Sekali lagi dia toleh memandang Raihan.

"Tak apalah. Awak tu macam tak biasa keluar malam."

Sirin kecilkan matanya. Raihan sindir dia ke apa ni? "Dah keluar tengah hari tadi pun masih tak puas lagi?" balasnya, tak puas hati.

"Tak. Saya tak pernah puas kalau spend time dengan awak. Jomlah, Sirin. Esok kita dah kerja."

Tanpa malu lengan Sirin digoncang Raihan. Tak kisah kalau Sirin menganggap tingkahnya seperti anak kecil. Bukan selalu pun dia macam ni.

Sekuat mana pun Sirin menahan diri, tetap dia dengan mudah akan lemah dengan segala rayuan. Tak sampai hati orang kata. "Ish, yalah. Saya ambik handphone dengan dompet sekejap."

Dalam hati, Raihan bersorak gembira. Kebelakangan ini Sirin sememangnya mudah mengabuli kehendaknya. Langsung tidak membantah. Malah sejak mereka solat subuh berjemaah seminggu yang lalu, layanan gadis itu terhadapnya perlahan-lahan mesra kembali.

Mereka juga sudah mula menunaikan solat secara berjemaah sekiranya ada masa. Terutama sekali waktu maghrib. Walaupun bilik mereka masih lagi terasing, tetap tidak menghalang mereka untuk menunaikan kewajipan tersebut bersama-sama. Benarlah, solat jemaah itu boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Tanpa membuang masa, kunci motosikal berkuasa tinggi dicapai Raihan di atas meja. Motosikal berjenama BMW dipanaskan enjinnya sementara menunggu Sirin keluar dari rumah.

Tak sampai dua minit dia menunggu, muncul tubuh si isteri di depan pintu.

"Awak tak cakap pun naik motor?" soal gadis itu.

"Takkan awak tak dengar saya hidupkan enjin dia tadi?" ujar Raihan. Rasanya dengan bunyi enjin motosikal yang mengaum kuat, sesiapa sahaja boleh agak.

Sirin cuma geleng kepala. Baru sahaja dia hendak mengunci pintu, terdengar Raihan memanggilnya.

"Sirin, awak pakai macam tu je?"

Gadis itu menunduk ke bawah, memandang dirinya sendiri. Penampilannya tak ubah seperti tadi. Dia memakai seluar panjang bersama baju T lengan pendek berwarna putih. Cuma rambutnya sahaja disanggul longgar. Apa yang tak kenanya?

"Kan sejuk pakai baju lengan pendek," ujar lelaki itu lagi.

Ketika itu, baru Sirin tersedar akan kesilapannya. "Saya baru perasan. Kejap, saya naik atas balik."

Baru dia hendak memulas tombol pintu semula, pergerakannya dihalang Raihan. "Eh, tak payah."

"Kenapa?"

MENANTI KAMUWhere stories live. Discover now