BAB 20

185 16 14
                                    

TUT... tut... tut...

Telefon dijauhkan daripada telinga. Skrin itu dipandang sepi. Hampir seribu kali dia hubungi pun, tetap panggilan tersebut tidak berjawab.

Sejak kejadian seminggu lalu, Abri benar-benar mengelak daripadanya. Mungkin lelaki itu sudah tekad. Hubungan mereka telah capai titik noktahnya. Empat tahun yang dihabiskan bersama hanyalah tinggal kenangan. Kenangan yang kini menjadi racun dan luka dalam hati masing-masing.

Nak menangis, tetapi air matanya sudah kering. Lelah.

Galeri di dalam telefon dibuka. Sepanjang seminggu ini, aplikasi itu sahaja yang menjadi tempatnya menghabiskan masa.

Satu fail yang bernama 'Hiraeth' ditekan. Hampir keseluruhan isi di dalam fail tersebut merupakan gambar dan video mereka berdua.

Salah satu video dimainkan.

"Serene, cepatlah. Aku nak rekod ni," ujar Abri dalam video itu.

"Aku tak pandailah." Wajahnya mula cemberut.

"Aku dah ajar kan? Ala, main sikit pun jadilah."

Sirin julingkan mata ke atas. Dengan malas dia melangkah ke gitar bass milik Abri lalu diambil. Terkial-kial dia hendak mengangkat alat muzik yang berat itu.

"Macam mana kau boleh angkat benda ni pakai satu tangan? Berat kot." Mulutnya membebel kecil apabila Abri sekadar melihat dan merakam sahaja perbuatannya.

"Aku kan kuat."

Abri dijeling. Walaupun sukar, tetap Sirin berjaya meletakkan bass itu di atas pangkunya.

"Cepatlah main."

Wajah ragu-ragu dipasang Sirin. Dia masih kurang yakin untuk bermain alat muzik tersebut.

"Bass lebih kurang macam gitar. Kau pandai je la."

Dia lepaskan keluhan. "Okay, kalau sumbang jangan bebel eh?" Sempat Sirin berikan peringatan.

"Alright, miss."

Di skrin terpapar dirinya yang sedang memetik tali bass, membentuk satu melodi yang telah diajar Abri kepadanya. Kepala diangguk seiring dengan rentak yang dimain.

Addicting.

Selesai sahaja bermain, kedengaran suara Abri menyorak. "Ha! I told you. Even tak smooth, tapi masih sedap didengar lagi. Kalau macam tu, kau ganti je la aku main bass. Boleh aku goyang kaki."

Sirin terus tarik muka. Senang-senang je mamat ni nak goyang kaki.

Pecah gelak tawa lelaki itu melihat wajah teman wanitanya yang masam. "Our kids must be proud to have parents who play music."

Ujaran Abri terus buatkan dia terngaga. Tak sangka ayat tersebut bakal keluar daripada mulut lelaki itu tiba-tiba.

"Asal buat muka macam tu? Betullah kan apa yang aku cakap?"

"Why must 'kids'? Ada huruf S?" Soalan ditanya. Dari riak muka nampak sekali yang dia tak puas hati. Seringkali jika Abri buka topik sebegini, pasti lidah Sirin kelu.

"Ramai kan best. Aku nak paling kurang tiga. Macam kau. Kesianlah kalau anak kita tunggal je macam papa dia."

Sirin ketap bibir. Abri dipandang tajam. Video berakhir dengan bunyi tamparan kuat yang dia hadiahkan untuk lelaki itu.

Gadis itu tergelak kecil saat video dimainkan telah tamat. Melihat kenangan mereka, pastinya rasa rindu bertandang dalam hati. Sekarang, tiada apa yang boleh dia lakukan untuk lepaskan perasaan tersebut.

MENANTI KAMUWhere stories live. Discover now