BAB 36

186 19 4
                                    

"IS this... Diagon Alley?!"

Hampir tergelak Raihan tatkala mendengar soalan isterinya. Kelihatan kepala wanita itu dari tadi tak berhenti menoleh ke kiri dan kanan sambil mulutnya melopong. Comel sahaja reaksi teruja Sirin pada matanya.

Enam jam yang lalu, mereka selamat sampai ke Edinburgh setelah menempuh perjalanan lebih 15 jam dari Kuala Lumpur. Beberapa jam juga mereka berdua melayan jet lag disebabkan sudah lama tidak melancong ke luar negara. Apatah lagi lain benua.

Sebaik keadaan mereka sudah membaik, terus dia dan Sirin luangkan masa berjalan, mengambil angin di sepanjang Victoria Street petang ini.

Sirin masih lagi tak dapat hilangkan terujanya. Melilau matanya memandang kedai-kedai di sepanjang jalan. Lebih kurang seperti Diagon Alley, salah satu tempat yang terdapat di dalam filem Harry Potter yang ditontonnya.

"So... awak nak cari apa dulu? Wand? Robe? Or... an owl?" gurau Raihan. Dia saja mengikut rentak wanita itu. Mungkin Sirin masih lagi terbayang-bayang dengan filem kegemarannya.

"Saya nak cari tongkat dulu. Boleh buat jampi awak," balas wanita itu seraya meneruskan perjalanan mereka.

Raihan tayang sengih. "Awak nak jampi saya? You want to cast a love spell on me? Ke awak nak buat love potion untuk saya?"

Si suami dijeling. Sekelip mata lengan lelaki itu ditampar perlahan. Semakin besar gelak Raihan apabila melihat Sirin mula mencebik.

"Tak payah nak jampi bagai. I'm already obsessed with you," bisiknya di telinga Sirin.

Membulat mata Sirin mendengarnya. Sebelum sempat dia menampar lengan Raihan lagi, lelaki itu terlebih dahulu melarikan diri. Pantas Raihan dikejar. Mujurlah jalan yang mereka lalui agak lengang petang ini. Tak adalah menganggu pengunjung lain dengan aksi kejar mengejar dia dan Raihan.

Sampai saja pada suaminya, jaket Raihan pantas ditarik Sirin supaya lelaki itu tak dapat lari lagi. Turun naik dada Sirin cuba menghirup oksigen. "Mentang-mentang kaki panjang, laju je dia lari kan?"

"Ha, tengok. Kan dapat jogging free petang-petang macam ni." Masih tak serik lagi Raihan mengusik isterinya.

Sirin dah menjuling mata ke atas. Sengaja Raihan buat dia geram. Habis sahaja sesi pergaduhan kecil mereka, dua pasang kaki itu kembali menyambung perjalanan yang tadinya tergendala.

Dengan perlahan dan senyap, Raihan menyulam tangan mereka bersama. Terasa hangat tangan masing-masing dalam genggaman tersebut. Raihan cuba sorok senyumnya. Sirin juga begitu. Sambil menikmati langit jingga Edinburgh yang terpampang depan mata, semuanya terasa seperti mimpi.

"I never thought that I would be here with someone that I love the most." Perlahan lelaki itu mengungkap kata.

"Hm... siapalah 'someone' tu? She must be lucky."

Raihan usap dagunya. "Siapa ya? Dia ni orangnya, suka baking. Lepas tu, dia ni pun suka menyanyi tau. Kalau dalam bilik air tu, selalu sangatlah buat konsert free. Saya kan, paling suka bila tengok dia layan anak-anak kat yayasan. Nampaklah naluri keibuan tu. And one more thing, she loves her cats so much. Sampaikan nak tinggalkan anak-anak dia sebelum pergi sini pun, dia sempat nangis."

Sirin tarik muncung. Semestinya dia tahu siapa yang dikatakan Raihan. Mula-mula, adalah rasa nak cair. Tapi bila dah sampai ayat terakhir, sempat pula lelaki itu menyindirnya.

"Mestilah dia nangis. Dia sedih nak tinggalkan anak kesayangan dia," balas Sirin, ingin pertahankan dirinya.

Si suami tertawa kecil. Bahu Sirin dipeluknya. "Finally, I got my Sirin back."

MENANTI KAMUWhere stories live. Discover now