BAB 27

164 15 1
                                    

MEMANDANGKAN bakeri ditutup atas sebab pemilik ada hal peribadi yang tak dapat dielakkan, maka Sirin pun bercuti hari ini. Dan disebabkan kebosanan di rumah, dia mengambil keputusan untuk luangkan masa di pusat beli-belah bersama Syakilla.

Mujurlah adiknya free hari ni. Tak adalah Sirin seorang diri ketika shopping nanti.

Satu mesej ditaip kepada Raihan, memaklumkan lelaki itu yang dia akan keluar bersama Syakilla sebentar lagi. Sejak kejadian hari itu, Sirin cuba untuk maklumkan Raihan sekiranya dia pergi ke mana-mana. Tak nak buat lelaki itu risau lagi.

Setelah mesej dihantar, terus dia menyiapkan diri. Sepuluh minit kemudian, kedengaran bunyi notifikasi dari telefon miliknya.

Okay.
Do you have the card?

Kening Sirin berkerut. Jari mula menaip di papan kekunci.

Card?

The one that I gave you.

Baru Sirin teringat yang Raihan ada berikannya sekeping kad kredit beberapa hari yang lalu. Awalnya, dia menolak. Tetapi Raihan tetap berkeras. Lelaki itu menyuruhnya menganggap sebagai salah satu cara pemberian nafkah untuknya. Terus Sirin tak mampu bantah lagi.

Oh... ada.

Use it.
Tahu pin dia kan?

Tahu.

Ada satu perkara yang entah kenapa buatkan Sirin berasa sesuatu. Macam ada rama-rama yang bertebangan dalam perutnya bila lelaki itu nyatakan nombor pin kad tersebut adalah tarikh hari di mana mereka berdua disatukan.

Okay, enjoy your shopping.
Love you.

Sirin beliakkan matanya. Tak pernah dia sangka pula Raihan akan membalas seperti itu. Serta-merta balasan lelaki itu dibiarkan tergantung.

Sebaik sahaja urusannya selesai, dia bergerak pergi ke rumah Tuan Solihin untuk mengambil Syakilla. Hanya lima belas minit masa diambil untuk sampai ke sana. Sampai di depan pagar, kelihatan Syakilla sudah pun menunggu di depan pintu. Adiknya pantas meluru masuk ke dalam kereta.

"Wah... kereta baru ke?" soal Syakilla teruja sebaik dia labuhkan duduk di tempat penumpang di sebelah. Tak lama, kereta mula menelusuri jalan raya tengah hari itu.

Sirin angkat keningnya. "Kereta baru apanya? Ini kan kereta Raihan."

Hari ini Sirin terpaksa memandu Honda Civic Raihan disebabkan kereta miliknya berada di pusat servis sejak semalam. Lelaki itu yang menyuruhnya. Dan pagi ini Raihan bergerak ke tempat kerja dengan menunggang motosikal BMWnya.

"Ala, saja nak pancing. Kereta Kak Sirin mana?" tanya Syakilla lagi.

"Servis."

"Oh..." Syakilla angguk-anggukkan kepalanya.

"Kita nak shopping kat mana ni?" Soalan itu ditanya Sirin.

Laju kepala Syakilla menoleh ke sebelah. "Lah, ingatkan dia dah tahu nak pergi mana."

"Saja nak guna cadangan Killa. Killa kan kaki rayau."

MENANTI KAMUWhere stories live. Discover now