BAB 34

231 18 6
                                    

BILA seorang isteri dapat tahu kisah silam pasangannya, dan masa silam itu pula yang tak pernah disangka, hati pastinya robek.

Tetapi bagi Sirin, marah dan kecewanya tak lama. Malah rasa kasihan begitu membuak-buak dalam diri. Dia juga kagum dan bangga bila Raihan akhirnya memberanikan diri untuk berterus terang. Lebih baik begitu daripada rahsia tersebut ditutup sampai bila-bila.

Lebih baik juga dia tahu kisah silam Raihan daripada tuan badannya sendiri.

Dalam hubungan mereka yang masih dianggap baru, komunikasi antara pasangan sangatlah penting. Sirin cuba sedayanya untuk wujudkan perkara tersebut antara dia dan Raihan.

Cuma sekarang, komunikasi mereka semakin kurang sejak malam itu. Sirin jelas dapat menghidu hubungan mereka yang kian renggang.

Raihan memberinya ruang dan waktu. Tetapi ruang dan waktu yang diperlukan olehnya tidaklah selama yang difikirkan. Fikirannya sudah cerna dan baik buruk lelaki itu diterima sebaiknya.

Sirin reda. Seperti yang dia kata, sebagaimana Raihan menerima dirinya kala dia serba kekurangan, dia juga akan menerima diri Raihan seadanya.

Ada sesuatu yang buatkan Sirin terkilan dengan Raihan. Sejak Raihan berterus terang tentang kisah lamanya, kenapa suaminya seolah ingin mengelak darinya? Jika seorang isteri yang berbuat begitu, mungkin boleh difikirkan lagi sebabnya kenapa.

Adakah Raihan beranggapan yang dia memandang lelaki itu buruk? Memikirkannya, buat kepala Sirin runsing. Tak ada benda lain yang keluar selain keluhan.

Akhirnya, kaki Sirin melangkah ke arah beranda tingkat dua. Daripada pintu gelangsar yang terbuka, telinga menangkap bunyi air kolam yang berkocak di situ. Melihat Raihan yang sedang berendam di dalam kolam sendirian, bibirnya tersenyum tawar.

Kebiasaannya sebelum ini, pasti si suami akan memintanya untuk menemani. Sekarang, tanpa berkata apa-apa, Raihan akan pergi sendiri.

Nampak seperti hal remeh. Tapi Sirin tahu, itu salah satu cara Raihan menghindar darinya.

Ketika dia melangkah ke kolam renang dan labuhkan punggung di tepi, tubuh Raihan tegak. Wajah lelaki itu seakan terkejut melihat kehadirannya di situ. Sirin agak, mungkin Raihan akan keluar dari kolam untuk melarikan diri. Nasibnya baik bila lelaki itu masih lagi tetap di tempatnya.

"Nasib baik awak tak lari," ujarnya. Senyuman cuba dimaniskan.

Raihan diam. Dalam hati, sebenarnya lelaki itu sudah berasa serba salah. Seminggu selepas kejadian malam itu, dia memang sengaja mengelakkan diri daripada Sirin.

"You try to avoid me, Raihan. Obviously."

"Sorry." Hanya kata itu yang mampu si dia jawab. Kepala Raihan menunduk. Pandangan dilarikan.

Tak lama, Raihan keluar dari kolam. Sepantas yang mungkin Sirin bertindak sebelum lelaki itu. Tuala yang berada di kerusi panjang serta-merta dicapai lalu diserahkan kepada suaminya.

Raihan tersentak, tetapi tuala tetap bertukar tangan. Tubuh yang basah dilap. Bila Raihan bergerak ke balkoni, Sirin mengikut. Lelaki itu halakan pandangan pada langit malam, tetapi Sirin halakan pandangannya ke wajah Raihan. Sengaja dia tenung lama tepi wajah itu.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Akhirnya Raihan bersuara setelah sekian lama. Kekok tak dapat dihalang bila Sirin merenungnya bagai nak tembus.

"Tak suka ke saya tenung suami sendiri?" Soalan dibalas dengan soalan.

Mata mereka bertentang. Buat masa yang lama. Tiada kata yang diluah. Cukuplah daripada renungan mata, mereka tahu maksudnya.

"Kenapa awak mengelak dari saya, Raihan?" Sekali lagi soalan yang bermain di dalam benak, dipersoalkan si isteri.

MENANTI KAMUWhere stories live. Discover now