BAB 5

177 12 13
                                    

MALAM yang hening dan berangin sungguh buatkan hati si teruna dan dara diselubung damai. Sekiranya Abri ada pertunjukan atau latihan untuk event yang akan datang, sememangnya rutin Sirin menemani lelaki itu sehingga selesai.

Selesai sahaja urusan di gig, mereka berdua akan luangkan masa di sebuah padang atas bukit sekaligus merehatkan segala urat badan yang lenguh seharian. Seperti sekarang.

"Hm... bomboloni kau memang tak pernah tak sedap, tahu tak?" ujar Abri sambil mengunyah bomboloni gebu yang berintikan Nutella tersebut. Tak lupa juga kopi susu hangat air tangan Sirin yang menjadi kegemarannya.

"Of course! Magic hands," balas Sirin sambil mengangkat kedua tangannya, menunjuk ke arah Abri.

Lelaki itu hanya tersengih. Suka dia melihat gadis pujaannya yang tak pernah berhenti mengukir senyum. Senyuman yang sering membuatkan dia sentiasa lena dibuai mimpi indah di malam hari.

Punya rupa paras yang manis.

Perwatakannya yang ceria.

Sifatnya yang baik hati dan mesra.

For him, she's an angel.

Hati sentiasa dipenuhi debunga bahagia tatkala bersama dengannya. Semua yang ada pada Sirin, sempurna di mata Abri. Anggapannya, mereka melengkapi antara satu sama lain.

"Kau tunggu sini jap," ujar Sirin dan tak lama, gadis itu beredar sebentar untuk singgah ke keretanya yang diparkir tidak jauh dari tempat mereka duduk.

Beberapa saat kemudian, Abri dapat lihat Sirin kembali dengan sesuatu di tangannya. Terbeliak mata lelaki itu melihat sangkar yang dijinjing oleh Sirin. Wajah si gadis dipandang tak percaya.

"I brought Mr. Lucky here!"

Sangkar diletakkan di tepi lalu dibuka pemiliknya.

"Meow..." Seekor kucing keluar dari sangkar tersebut.

"Lucky!" Tubuh kucing itu diangkat Abri. Sudah agak lama sejak kali terakhir dia berjumpa Lucky. Kucing yang dahulunya kecil, sudah semakin gebu dan gemuk.

"Eii, makin gebulah kau! Mama bagi makan apa ni?" Digomolnya kucing jantan bercorak tompok tersebut sehingga puas. Geram!

Tak lekang senyuman yang terukir di bibir merah Sirin. Lucky langsung tidak takut kepada Abri. Mungkin kucing itu masih lagi ingat siapa penyelamatnya dahulu.

Beberapa bulan lalu, dia dan Abri menjumpai Lucky ketika berjoging bersama-sama di sebuah taman rekreasi. Lucky yang ketika itu masih lagi kecil, terjatuh ke dalam longkang yang agak dalam. Disebabkan tak sampai hati, Abri sendiri yang turun masuk ke dalam longkang, menyelamatkan anak kucing itu. Kasihan mereka melihat Lucky yang ketika itu turut dijangkiti kudis.

Sebaik memberikan rawatan yang sepatutnya, mereka berdua membuat keputusan untuk membela dan memberi nama anak kucing tersebut, Lucky. Sirin dengan rela hati ingin menjaga sekaligus Lucky boleh menjadi teman Chewie, kucing baka British Shorthair miliknya di rumah.

"Patutlah aku macam dengar bunyi kucing mengiau tadi. Kau tak bawak Chewie sekali ke?" soal Abri setelah sekian lama.

"Tak. Chewie waktu malam macam ni dah tidur."

Abri angguk, faham. Tak berhenti tangannya membelai Lucky dalam pelukan.

"Kau ingat tak? Masa first time kita jumpa dulu?" soal Sirin tiba-tiba.

Kepala ditoleh pada Sirin di sebelah. Mata mereka bertentang seketika. "Ingat. Masa tu kita audition nak masuk pertandingan nyanyi kat kolej. Kau tak ada pen nak isi borang. Lepas tu, kau pinjam aku."

MENANTI KAMUWhere stories live. Discover now