BAB 35

216 14 7
                                    

"LAMB chops for two. Have a good meal, sir, madam," ucap pelayan lelaki itu lalu meletakkan dua pinggan hidangan ke atas meja mereka.

"Thank you," balas mereka berdua.

Air liur semakin tak tertahan tatkala melihat dua hidangan utama mereka malam ini. Bauan harum yang membelai hidung semestinya membuatkan perut berkeroncong, meminta untuk diisi.

"Shall we?" Suara garau itu akhirnya berkata.

Sirin tersenyum. Tanpa membuang masa, dia angguk. Akhirnya setelah hampir setengah jam menunggu, mereka mula menjamu selera. Mata Sirin tertutup ketika sepotong daging disuap masuk ke dalam mulut. Rasa masam, manis dan pedas bergabung menjadi satu.

Sempurna.

"Hm... lembut. Juicy," komennya.

Jika hidangan tersebut boleh membuatkan dia menjilat jari, sangat berbaloi Raihan membawanya makan di restoran mewah itu malam ini. Dengan melodi piano yang bermain di latar belakang, menambah dan menghangatkan lagi suasana romantis. Dapat Sirin rasakan mereka umpama karakter-karakter utama dalam sebuah filem.

It's a dream come true, to be honest.

Tetapi, ada sesuatu membuatkan Sirin berkerut dahi. Malam ini, kawasan restoran tersebut kelihatan begitu lengang. Atau lebih tepatnya lagi... kosong. Sirin perasan yang hanya dia dan Raihan sahaja pelanggan di situ. Tak mungkin restoran ini bankrap, bukan?

"Raihan."

"Hm?" Lelaki itu angkat kepalanya.

"Kita berdua je ke dalam restoran ni?" Soalan itu ditanya.

Ternaik hujung bibir Raihan. Dia sangka yang Sirin tak akan perasan. "Don't you think it's romantic? Having a candle light dinner without anyone looking at us."

"Yes... but this is a restaurant. Tak mungkin ada kita dua je."

"Saya sewa restoran ni."

"What?" Melopong mulut Sirin mendengar jawapan bersahaja Raihan.

Sewa sebuah restoran semata-mata hanya untuk mereka berdua?

Buat seketika Sirin kagum.

"Tapi... macam mana?"

"Jangan risau, bayaran yang mereka dapat malam ni setanding dengan apa yang mereka patut dapat selama sebulan."

Malam ini, lelaki itu benar-benar menunjukkan kemewahan yang dia punya.

"Lagipun, I'm their boss. Remember?" sambung Raihan lagi.

Baru Sirin teringat. Raihan membawanya ke salah sebuah restoran mewah di pusat beli-belah bersebelahan Regency. Jadi, tak peliklah.

Seorang Raihan memang sukar untuk ditebak tingkah lakunya. Sekiranya para gadis melihat sisi lelaki itu yang sebegini, pasti buatkan cita rasa mereka terhadap seorang lelaki menjadi semakin tinggi.

Dan sekali lagi diingatkan...

Wanita seperti Sirin sangat beruntung miliki seorang Raihan Mahfuz dalam dunia ni.

"We haven't had our honeymoon yet."

Hampir tersedak jus yang diminum Sirin kala mendapat soalan mengejut daripada Raihan. Lelaki di hadapannya dipandang. "Honeymoon?"

Raihan angguk. "Kenapa? Awak tak nak ke?"

"Bukan tak nak... tapi..."

"Awak malu? Bukannya kita tak pernah..."

MENANTI KAMUWhere stories live. Discover now