BAB 25

199 16 3
                                    

GADIS itu hanya mengikut jejak langkah si lelaki dari belakang. Kini, mereka berdua berada di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.

Raihan kata, dia sengaja ingin luangkan masa bersama dengannya memandangkan dalam masa seminggu ini mereka sibuk menguruskan hal masing-masing. Sirin sekadar ikut. Tiada kuasa untuk menolak. Lelaki itu ingin hilangkan tekanan barangkali.

Langkah terhenti apabila mereka sampai di sebuah gelanggang yang besar dan luas. Sirin kerutkan dahinya. Kepala sudah mendongak, memandang Raihan di sebelah.

"Ice skating?" soal Sirin.

"Yup. Saya dah lama tak main. Jom." Sebelah tangan Sirin ditarik Raihan tetapi niatnya untuk bergerak terbatal bila tubuh gadis itu mengeras di tempatnya.

"Kenapa?" Soalan ditanya.

"Awak main sorang je, boleh? Saya tak pandailah nak main ice skating ni."

Raihan tersenyum. "Awak betul tak nak main? Rugi tau. Sekali-sekala cuba benda baru."

Wajah ragu ditayang Sirin. Dia tak yakin. "Kalau jatuh macam nangka busuk macam mana? Malulah."

"Saya kan ada? Saya ajar. Jomlah, Sirin. Please..." Bagaikan anak kecil, sedaya upaya Raihan memujuk. Dia tahu Sirin ni jenis yang tak sampai hati.

Sirin gigit bibir bawahnya. Lemah sungguh bila ada yang merayu. Terus keluhan dilepaskan. Betul kata Raihan, sekali-sekala dapatkan pengalaman baru.

"Okay, saya ikut. Tapi jangan biar saya sorang-sorang eh? And, jangan biarkan saya jatuh." Jari telunjuknya sudah tepat ke muka Raihan.

Makin melebar senyum Raihan bila si isteri bersetuju. Terus dia tarik tangan Sirin supaya mengikutnya ke dalam.

Setelah dua pasang kasut luncur berada di tangan mereka, Raihan menyuruh Sirin untuk duduk di atas bangku yang disediakan.

"Duduk."

Sirin angkat keningnya. "Buat apa?"

"Duduk je."

Tanpa banyak kata, dia pun duduk. Kasut yang berada di tangannya diambil Raihan. Tiba-tiba, lelaki itu bercangkung di depan kakinya.

Sirin tak dapat sembunyi terkejutnya bila sneakers miliknya dibuka oleh Raihan. Kemudian, kasut luncur berwarna putih disarung di kaki Sirin. Tak sampai dua minit, Raihan selesai mengikat tali kasut tersebut.

"Done! Selesa?"

Gadis itu angguk sebagai jawapan. Selesa.

"Great. Saya pakai kasut saya sekejap."

Setelah Raihan selesai dengan urusannya, mereka mula bergerak ke gelanggang ais.

"Sarung tangan dah pakai, kan?" tanya Raihan, memastikan.

Sirin sekadar angkat tangannya, menunjukkan kedua-duanya telah disarung dengan sarung tangan berwarna hitam.

"Now, pegang tangan saya." Raihan hulurkan tangannya.

Tanpa banyak kata, Sirin sambut huluran tangan tersebut. Baru setapak dia melangkah di atas gelanggang, hampir-hampir dia hilang keseimbangannya.

"Eh!"

Tapi sebelum sempat dia jatuh, Raihan sigap menangkapnya.

"Awak! Macam mana ni?" Sirin mula membebel. Takut kalau dia betul-betul jatuh. Semestinya dia tak nak menanggung malu.

Raihan sudah mahu tergelak melihat reaksi isteri sendiri tetapi sedayanya dia cuba kawal. Tak pasal-pasal kecil hati Sirin nanti.

"Iya, awak jangan risaulah. Kan saya pegang ni. Kita main-main kat tepi dulu, okay?"

MENANTI KAMUWhere stories live. Discover now