BAB 17

147 8 11
                                    

SEPANJANG dua minggu mereka bergelar suami isteri, tiada apa yang berubah bagi Raihan. Rutin hidup dijalani seperti biasa. Mereka lebih banyak habiskan masa dengan lakukan hal masing-masing.

Bukan 'mereka'.

Tetapi Sirin.

Dia perasan akan perubahan yang berlaku pada gadis itu. Sirin seolah sedaya upaya mengelak daripada bertembung dengannya dalam rumah ini. Seperti sekarang.

Cepat-cepat Sirin habiskan makan malam disebabkan tak nak sepasang mata birunya dari terus merenung si gadis ketika di meja. Sebaik urusan gadis itu selesai, Sirin angkat kaki, beredar ke singki.

Tanpa sengaja keluhan keluar dari mulut Raihan. Kadangkala, Raihan rasakan hubungan mereka sebelum ada ikatan jauh lebih baik daripada sekarang. Sejak mereka berkahwin juga, Sirin jarang menampakkan senyum manisnya yang paling Raihan dambakan.

Oh, bukan.

Bukan sejak mereka berkahwin.

Tetapi sejak gadis itu nyatakan keputusan untuk berkahwin dengannya.

Mengapa jurang yang dibina terlalu jauh? Bagaimana cara pun Raihan lakukan, tetap terlalu sukar untuk dia sendiri gapai. Mungkin dah tiba masa dia perlu luruskan semua ini.

Raihan bangkit dari duduknya. Pinggan kotor turut sama dibawa. Saat dia melihat Sirin yang masih berdiri di situ, perlahan-lahan Raihan cuba merapat. Dia tahu Sirin leka dan tak sedar akan kehadirannya di situ.

"Awak memang betul-betul mengelak dari saya, Sirin?"

Prang!

Terjatuh pinggan mangkuk yang dibasuh Sirin ke dalam singki. Serta-merta tubuh si isteri kaku.

"You really treat our marriage just like..."

"Apa yang awak harap Raihan?"

Tak sempat Raihan menyambung, terus Sirin mencelah. Kepala menoleh ke kiri, cuba menatap mata itu.

Rahang diketap Raihan. Tak pernah dia sangka soalan tersebut akan keluar dari mulut isterinya. Kelu lidahnya untuk menjawab. Sepi memenuhi ruang antara mereka.

Melihat lelaki itu hanya membisu, Sirin pantas membilas segala pinggan mangkuk yang telah disabun tadi. Selesai sahaja urusannya dan baru beberapa saat dia bergerak keluar dari dapur, namanya dipanggil Raihan.

"Sirin."

Gadis itu berhentikan langkahnya.

"Tunggu kat ruang tamu. Saya nak cakap sesuatu."

Tanpa bantahan, Sirin bergerak ke ruang tamu seperti yang diminta Raihan. Dengan sabar dia duduk dan menunggu. Tak lama, si lelaki muncul lalu duduk berhadapan dengannya.

Lama mereka diam di sofa itu. Banyak perkara yang bermain di fikiran Raihan. Dia perlu berfikir sebaiknya sebelum nyatakan persoalannya.

Sirin berpeluk tubuh. Hembusan dilepaskan apabila Raihan masih kaku di depannya. Boleh pula lelaki itu termenung.

"Raihan."

Seolah baru tersedar dari lamunannya, Raihan panggung kepala.

"Awak nak cakap apa?"

Raihan telan liur. Entah kenapa begitu sukar kata-kata tersebut hendak keluar dari mulutnya. Adakah disebabkan dia tak bersedia hendak mendengar jawapan daripada Sirin?

"I want to ask you something." Riak tenang cuba dikawal oleh Raihan. Sedangkan dadanya seperti hendak pecah ketika ini.

"Tanyalah."

MENANTI KAMUWhere stories live. Discover now