BAB 13

144 13 27
                                    

DARI luar kaca, dia boleh nampak gadis itu yang sedang duduk di mejanya. Dapat dia perasan Sirin yang seakan gelisah. Wajah yang sebelum ini penuh dengan senyum manisnya, pudar. Mata yang dulunya bersinar, menjadi semakin redup. Hatinya tak senang melihat keadaan Sirin yang telah berubah 180°.

Perlahan-lahan Raihan aturkan langkah masuk ke dalam kafe. Tempat duduk yang terletak di penjuru kafe dituju. Mungkin gadis itu memilih tempat sebegitu supaya mereka lebih selesa untuk berbincang berkenaan hal tersebut sebentar lagi.

"Sirin."

Nama si gadis dipanggil dan automatik Sirin mengangkat kepalanya.

"Raihan... duduklah."

Sebaik mendapat izin, dia menarik kerusi lalu punggung dilabuhkan berhadapan Sirin. "How are you?" Soalan tersebut ditanya terlebih dahulu.

Senyum tawar terukir di bibirnya yang kini agak pucat daripada biasa. "Not totally fine, maybe. Macam yang awak nampak."

Kepala dianggukkan. Faham. "Jadi... pasal semalam?"

Sirin mula duduk tegak. Dadanya berdebar bila mata biru itu merenungnya dalam. "Semalam..." Gadis itu mengetap bibirnya. Dia tak tahu nak mulakan dari mana. Gemuruh yang melanda terlalu kuat menguasai diri.

"Kenapa tiba-tiba awak nak kahwin dengan saya?" Raihan berterus terang. Masa berjalan dan dia perlukan penjelasan.

"Awak tak nak ke kahwin dengan perempuan yang awak cinta? Awak suka saya, kan?" Entah dari mana kekuatan datang buatkan Sirin berani mengajukan soalan tersebut.

Matanya membulat. "Awak tahu?"

"Entah sebab saya buta atau apa. Saya memang tak pernah sedar. Tapi bila ada orang tunjuk, baru saya tahu."

Hujung bibir Raihan ternaik. Dia menunduk. Mungkin perasaannya terlalu jelas. Tak tahulah mengapa dia berasa terkilan. Walaupun dia tahu Sirin sudah berpunya, tetap sukar untuk Raihan sembunyikan perasaannya terhadap si dia. Dan... dia berasa dirinya jahat, disebabkan perkara itu.

Raihan itu hanyalah sekadar orang ketiga dalam hubungan mereka.

"Give me solid reasons. Why should I marry you, Sirin Wafia?"

Gadis itu hembus nafas berat. Seberat jawapan yang bakal dia ungkapkan. "Baik, saya jujur. Umi dan walid awak dah banyak tolong keluarga saya. Kebajikan rumah yayasan terjamin, terima kasih pada orang tua awak. Anggaplah saya kahwin dengan awak ni, sebab saya nak balas budi mereka yang dah banyak membantu."

Raihan memeluk tubuh. Dia seolah tak percaya dengan apa yang baru dikatakan Sirin. Sepatutnya dia gembira bila gadis yang dia cintai ingin berkahwin dengannya. Tetapi... kalau boleh, dia ingin perasaan cinta itu sendiri hadir dalam diri si dia. Dia tak mahu menikahi gadis itu dalam keadaan tak rela.

"Are you sure? Saya tak nak awak buat semua ni sebab terpaksa."

Sirin terdiam. Bila mendengar pernyataan Raihan buatkan kepalanya semakin serabut. Apa maksud Raihan? Kenapa lelaki itu berkata sedemikian? Adakah Raihan tak mahu berkahwin dengannya?

"Awak tak nak kahwin dengan saya?" Mata yang berkaca cuba merenung ke dalam anak mata berwarna biru si lelaki. Entah kenapa dia terasa ingin menangis. Dia teringat kata Syahir. Jika Raihan sendiri menolak, apa yang perlu dia lakukan? Nasib anak-anak di rumah itu bagaimana?

"Sirin..." Terkesima Raihan kala melihat air mata yang mengalir di pipi mulus itu. Pada matanya, Sirin kelihatan begitu terdesak.

"R-Raihan, please... saya tahu, mesti saya nampak terdesak pada mata awak sekarang. Tapi saya betul-betul perlukan bantuan awak. Kalau awak tolak, saya dah tak tahu nak buat apa. Nasib yayasan sekarang ada kat tangan saya."

MENANTI KAMUWhere stories live. Discover now