BAB 41

195 17 3
                                    

PERBUATANNYA terhenti saat satu bunyi notifikasi menangkap perhatiannya. Dia pasti notifikasi tersebut datang dari telefon Sirin. Skrin yang menyala di sebelahnya menandakan tekaan Raihan betul. Tanpa sengaja, matanya terarah pada notifikasi yang baru naik sebentar tadi.

It took me time to decide whether I should send you this text or not. I can't get it out of my head, so... I think I should go for it. Today is your special day. Happy birthday to the most beautiful soul I've ever met. There is nothing more that I could wish for besides thanking you for coming into my life. I'm still grateful for knowing you.

When we were together, you always used to talk about those big dreams of yours. I hope you never stop chasing those dreams. May you live to become the person you always dreamed of becoming. Even without me.

Happy birthday again, Serene.

Ucapan daripada seseorang yang pernah menjadi sebahagian berharga dalam hidup isterinya. Tak pernah Raihan jangka yang lelaki itu akan muncul kembali dalam hidup mereka. Fikirnya, kisah lelaki itu sudah lama tamat dalam buku mereka.

Sukar untuk Raihan tafsirkan perasaannya saat ini. Terasa kalah? Tak, untuk apa dia berasa begitu? Sejak Sirin sudah utuh menjadi miliknya, Raihan tahu yang dia bakal menang pada akhirnya.

Kisah hidupnya bersama Sirin semakin terang jalannya. Jadi, tiada yang perlu dia bimbangkan atau goyah dengan perkara seperti itu. Lelaki tersebut sekadar masa lalu Sirin.

Dan dia... adalah masa depan wanita itu.

Itu yang lebih penting.

Raihan bangkit dari duduknya. Kakinya diatur langkah menuju walk-in closet mereka. Dari pintu, Raihan memerhatikan Sirin yang sedang berdiri di hadapan drawer. Mata isterinya tunak melihat sebuah kotak segi empat sama di atas drawer tersebut. Dua jam yang lalu, Raihan yang letakkan kotak hadiah itu di situ.

Penuh senyap Raihan berdiri di belakang lalu tangan kanan dengan mudah merangkul pinggang wanitanya. Sesekali hidungnya menghidu wangian yang datang dari kepala Sirin. Mengingatkan pesanan yang dia nampak beberapa minit lalu, buatkan sikap posesif menebal dalam diri. Semerta pelukan semakin dieratkan.

Dia tak akan goyah. Sirin miliknya. Dan akan sentiasa menjadi miliknya. Posesif atas seseorang yang dia cintai? Lebih-lebih lagi seseorang tersebut adalah isterinya.

Salahkah?

"Abang..."

"Hm..."

"Hadiah apa lagi ni?" Sirin angkat kepala, memandang Raihan.

"Just a simple present. Open it."

Bentuk kotak itu yang tipis buatkan Sirin tertanya-tanya. Di atas kotak tersebut tiada sebarang petunjuk atau jenama. Kosong. Kepalanya sudah berteka-teki. Kelihatan daripada bentuk kotak... mungkin Raihan nak bagi rantai baru?

Bayangkan sahaja dah buat senyumnya melebar.

Perlahan-lahan kotak dibuka. Sekejap, Sirin terdiam. Isi kotak tersebut benar-benar tak seperti apa yang disangka.

"Sirin?"

Senyap.

"Sirin?"

"Y-ya?"

"You don't like it?" Senyum tawar terukir di bibir lelaki itu. Raihan boleh faham sekiranya hadiah tersebut bukanlah menjadi kesukaan Sirin.

Berkali-kali Sirin gelengkan kepalanya, menafikan. "No! Bukan Sirin tak suka. Cuma... Sirin tak sangka."

Pandangannya kembali terarah pada hadiah Raihan. Jemari menyentuh kelembutan kain tersebut. Tatkala lipatan kain dibuka, tiba-tiba ada satu rasa menjentik tangkai hatinya saat melihat.

MENANTI KAMUWhere stories live. Discover now