Bab 7

412 10 1
                                    

Adam

Harini genap 3 minggu Adam bekerja sebagai doktor di bahagian kecemasan di Hospital De Lanz. Mungkin sebab hospital ini hanya orang-orang yang kaya hartanya sahaja menjadi pesakit, bahagian kecemasan tidak lah terlalu sibuk.

Buk.

Terasa kepalanya diketuk membuat amarah Adam tiba-tiba muncul. Baru ingin dijerkah si keparat yang ketuk kepalanya, liur diteguk apabila matanya menangkap si pelaku.

"Aku tahu kau fikir apa. Tapi aku bagi warning, jangan sesekali kau keluarkan apa yang dalam kepala kau. Benda macam tu dikira 'curse' dalam bahagian kecemasan ni." ucap Doktor Faizul selaku specialist di bahagian wad kecemasan ini. Doktor Faizul lah yang sekarang memegang jawatan sebagai 'indirect supervisor' untuk Adam sepanjang dia di sini. Direct supervisor nya adalah Professor Ramesh, ketua untuk 'emergency department'.

"Tapi betullah. Mungkin sebab ni hospital orang kaya, so wad kecemasan ni tak busy sangat kan?" ujar Adam menghiraukan amaran Doktor Faizul.

Tick tock tick tock.

Bunyi jam berdenting. Keadaan di wad kecemasan teramat sunyi sehingga bunyi jam kedengaran sangat kuat. Tiada seorang pun yang mengeluarkan suara. Semua yang berada di wad itu terdiam. Tergamam dengan ucapan Adam yang seolah-olah akan meramalkan apa yang akan mendatang.

'Malaikat lalu ke? Mungkin, sebab ni kan wad kecemasan. Maybe ada pesakit yang dah meninggal.' bisik Adam yang perasan wad kecemasan tiba-tiba menjadi sunyi.

Doktor Faizul hanya mampu menepuk dahinya. Kenapa? Kenapa dia kena jaga budak ni? Dah medical officer, buat housemanship kat oversea dah pun still bengap. Apa orang sana tak ajar ke ucapan macam tu haram diucap dalam wad kecemasan, marah Doktor Faizul.

Belum sempat Doktor Faizul memarahi Adam, bunyi deringan telefon di kaunter jururawat kedengaran. Sekali lagi semua tergamam. Salah seorang jururawat laju mencapai gagang telefon sambil mata tidak lepas merenung tajam ke arah Adam.

Adam dan Doktor Faizul dapat melihat dan mendengar dengan jelas apa yang jururawat tersebut berkata.

"TA (traffic accident) involving 3 cars and a lorry. Half of the passengers are heavily injured." kata jururawat tersebut selepas meletak telefon.

"3 with broken legs and suspected broken ribs, 3 are unconscious suspected due to high impact on the head and the other 3 are mildly injured. The lorry driver was found dead on the site." sambung jururawat itu.

"All the patients are from Brunei's Royalty, doctors. They're all coming here." ujar jururawat setelah menyampaikan keadaan semua pesakit yang akan diterima kepada dua doktor di hadapannya.

Doktor Faizul angguk kepala sejurus mendengar apa yang disampaikan oleh jururawat bernama Atikah itu. Inilah yang dikatakan 'curse'. Sekali sebut, bersusun yang datang.

Adam hanya mampu termangu di tempatnya. Takkan lah sebab dia sebut perkataan 'tak busy' tu tiba-tiba dah dapat emergency macam ni.

Otak terus berputar menganalisa maklumat yang dia dapat. Broken ribs, might cause pneumonia and high impact on the head might lead to concussion sebab patients are unconscious already.

Shit!

©️ | Awan LangitWhere stories live. Discover now