Bab 39

400 13 0
                                    

"Dr Adam tu dah sah kahwin dah pun, Hani. Give up la." ujar suara di sebalik telefon.

"Tak. Kau lupa, kuota lelaki boleh kahwin sampai empat? Aku akan pastikan Dr Adam jadi suami aku, then senang lah aku nak get rid of his first wife." balas Tihani kepada rakannya.

"Berdosa runtuhkan masjid orang, Hani. Bawa mengucap." tegur suara itu.

"Alah! Kau jangan nak baik sangat. Bukan aku tak tahu, wife Dr Adam tu, perempuan yang kau benci kan?" duga Tihani pada rakannya.

Tihani sengih sinis apabila rakannya terdiam.

"Kau jangan risau, Fai. Aku akan lunaskan benci kau. Aku kan kawan yang baik." terkekeh Tihani apabila mengujarkan kata-kata itu.

"Dah lah, tak payah nak gunakan nama aku semata nak dapatkan Dr Adam tu." tegur rakannya dan terus mematikan panggilan tanpa mendengar balasan dari Tihani.

"Huh! Pura-pura baik konon. Kau tu tukang sebar fitnah, Faizatul." jerit Tihani pada telefonnya yang sudah gelap.

꧁༺༻꧂


Hospital De Lanz, ICU

"Encik sedar ke encik kat mana sekarang?" tanya Dr Teoh kepada pesakitnya.

Syukur dipanjatkan kerana pesakitnya kini sudah sedar dan mampu bertutur kata.

"Hospital. Dah berapa lama saya kat sini?" tanya pesakit itu.

"Almost 2 months encik koma." terang Dr Teoh.

Pesakit itu hanya angguk kepala. Tiba-tiba dia memegang erat lengan Dr Teoh.

"Mana isteri dan anak saya?" tanya pesakit itu sambil mata merenung tajam Dr Teoh.

Dr Teoh tersentak. Dia terdiam seketika dan terus mengalihkan tubuhnya, memberi ruang kepada pesakitnya untuk melihat ruangan di sebelah.

Pesakit itu melihat ke arah ruangan sebelah dan seketika matanya membulat besar. Jelas di penglihatannya, isterinya sedang terbaring kaku dengan wayar yang berselirat.

"Encik Tarmizi." panggil Dr Teoh.

Encik Tarmizi perlahan-lahan kalihkan pandangannya ke arah doktor cina di hadapannya.

"Your wife and daughter arrived at the same time as you. However, kecederaan both of them were way too worse than you." jelas Dr Teoh perlahan dan jelas.

Encik Tarmizi terdiam. Seketika, otaknya kembali mengimbas apa yang telah terjadi. Haikal! Menantu tak guna!

"Saya dah call anak encik, beritahu encik dah sedarkan diri. Encik akan dipindahkan ke wad biasa selepas ini." ujar Dr Teoh.

Encik Tarmizi mengerutkan dahi dan memandang doktor cina itu.

"Anak?" tanya Encik Tarmizi.

"Ya, your son. Encik Hasrul."

Mendengarkan nama yang telah kian lama tidak disebutnya membuatkan Encik Tarmizi terdiam. Hasrul. Satu-satunya anak lelaki dalam keluarga mereka. Anak lelaki yang membenci keluarga sendiri kecuali kembarnya.

꧁༺༻꧂


"Aku kalau boleh tak nak ganggu kau dengan Adam. Tapi kalau aku tak bagitau ni kat kau, confirm kau akan marah aku." ujar Hasrul kepada Hawa melalui telefon.

Dia tahu Hawa mesti penat kerana baru sahaja selesai majlis resepsi sebelah keluarga Adam. Namun, berita ini dia sudah rahsiakan selama tiga hari. Sudah tiba masanya dia maklumkan kepada Hawa.

©️ | Awan LangitWhere stories live. Discover now