Bab 48

411 14 0
                                    

Adam melihat ke sekitar Tanah Perkuburan Islam ini. Hanya ada beberapa sahaja yang hadir. Keluh dilepaskan. 

"Adam! Kita turun!" jerit Hasrul. Adam angguk kepala. Terus melompat turun ke dalam kubur yang menanti untuk menjadi rumah baharu jasad tidak bernyawa itu.

Mata merenung jasad berkafan itu sayu. Allah, ajal itu pasti!

Perlahan Adam dan Hasrul menyambut jasad tidak bernyawa itu, masuk perlahan-lahan ke liang lahad. Hasrul membuka sedikit kain kafan yang menutup wajah jasad itu. Direnung seketika dan terus membalikkan tubuh jasad itu, menghadap ke dalam.

Naik nya Adam dan Hasrul dari kubur itu, terlihat dari dua lagi kubur di sebelah, turut melakukan yang sama. Lalu, dikambus kubur itu. 

Hasrul menatap sayu ke arah ketiga-tiga kubur di hadapannya. Tidak menyangka, kemalangan yang menimpa Encik Tarmizi, Puan Khalijah dan Asiyah, meragut nyawa ketiganya di tempat kejadian.

Terpejam mata Hasrul mengingatkan keadaan mayat Asiyah. Hancur digilis lori. Dia sendiri yang mengutip cebisan daging Asiyah yang merata di jalan raya, yang berlumuran dengan darah. 

Ayah dan uminya juga meninggal dalam keadaan yang teruk. Hancur lengan dan kaki, perut dan tekak ditikam cermin kereta yang pecah. Allah!

Hasrul tersentak apabila bacaan talkin dimulakan. Telinga menangkap setiap bait talkin dan hatinya meraung sakit.

Adam pejam mata, mendengar dan mencerna bacaan talkin. Setiap bait dihadam jauh ke lubuk hatinya.

"La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah"

Maksud: "Tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."

Pengakuan setiap manusia, sebelum dilahirkan ke dunia sementara.

꧁༺༻꧂


Hawa lepas lelah di dapur rumah keluarganya. Kini, genap dua minggu Encik Tarmizi, Puan Khalijah dan Asiyah kembali ke rahmatullah. Hari ini juga merupakan hari terakhir tahlil dilakukan.

Segenap rumah yang dia tinggalkan hampir dua tahun itu dilihat. Bagai terngiang-ngiang saat dia masih tinggal di rumah ini.

Senyum pahit terukir di bibir Hawa. Cuba diingat dan dicari andai ada kenangan manis dan gembira yang berlaku di dalam rumah ini. Sedarlah Hawa, hanya kesakitan dan kesedihan yang menyelubungi dirinya selama dia di sini.

"Awe."

Hawa tersentak dari lamunannya saat mendengar namanya dipanggil. Hasrul berdiri tegak di hadapannya. Belum sempat Hawa berkata, Hasrul menarik Hawa merapat dan dipeluk erat tubuh badan adiknya. Tiada kata terzahir dari Hawa dan Hasrul. Hanya pelukan erat dan hangat dari abang untuk adik kesayangannya.

"Along."

"Hmm?"

"Kau dah maafkan ayah, umi dengan Iya?"

Bungkam. Hasrul terkedu mendengar pertanyaan adiknya. Sudahkah dirinya memaafkan mereka bertiga yang sudah memfitnah dan menghalaunya keluar?

Hasrul yang berdiam diri itu membuatkan hati Hawa menangis sayu. 

"Hm. In shaa Allah, aku dah maafkan." kata Hasrul perlahan tapi cukup untuk didengari oleh Hawa.

Hawa menolak tubuh Hasrul dan mata naik mencari mata hitam abangnya, ingin melihat andai abangnya ini menipu demi menjaga hatinya.

Hasrul tergelak perlahan melihat wajah Hawa yang cemberut.

"Buruk la kau ni!" katanya seraya menolak dahi Hawa dan terus melangkah keluar.

Hawa terdiam. Apa dia cakap tadi?

"It's okay, sayang cantik," kata Adam pada Hawa. 

Sudah lama dia berdiri di sudut dapur itu, tidak ingin mengganggu Hasrul dan Hawa. Hampir terletus tawanya saat melihat riak keliru Hawa bila Hasrul katanya buruk.

"Ish! Abang tengok la along tu," adu Hawa pada Adam. Adam geleng kepala dan terus menarik kerusi, dilabuhkan duduk di sebelah Hawa.

Jelas di matanya, kelelahan terlukis di segenap wajah cantik isterinya. Senyum pahit terlakar di bibir Adam. Terus ditariknya Hawa, membiarkan kepala Hawa terlentok elok di bahunya.

"You okay?" tanya Adam setelah berdiam diri seketika, melayan perasaan.

Hawa membisu, tahu makna di sebalik pertanyaan Adam. Kemudian, kepala dijatuhkan berkali-kali.

"In sha Allah. Hawa redha dan ikhlas," ujar Hawa, yakin.

Tidak menafikan, hatinya sakit dan sedih saat mengetahui ketiganya meninggal dunia di tempat kejadian. Luluh hatinya saat melihat keadaan ayah dan uminya di bilik mayat. Hancur raganya apabila mengetahui seksa Asiyah saat ajal menjemputnya.

Namun, Hawa redha. Ajal itu pasti. Sudah sampai ajal mereka bertiga. Tidak akan putus doa Hawa kepada mereka, agar ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

꧁༺༻꧂


"Are you sure, sayang?"

Hawa toleh, melihat wajah sayu suaminya. Kepala diangguk.

"Dah tiba masa Hawa balik Indonesia. Masih berbaki dua semester, abang," kata Hawa lembut. Melihat wajah cemberut Adam, hampir terletus tawa Hawa, namun cepat-cepat ditahannya.

"Kalau abang rindu, macam mana?"

"Skype kan ada."

"Kalau abang nak peluk, macam mana?"

"Peluklah baju Hawa tu." kata Hawa dengan nada mengusik.

"Ish! Abang serius ni!"

Tanpa dapat ditahan, akhirnya Hawa tergelak jua. Aduhai, suami. Terus Hawa mengusap kedua pipi Adam dan ditatap dalam mata Adam.

"Nanti, tiap kali cuti, Hawa balik. Bukan lama pun flight tu, dua jam lebih je." pujuk Hawa.

Merah hidung Adam, menahan tangis yang ingin menonjolkan diri. Matanya juga sudah berair, menunggu masa sahaja untuk hujan.

"Nanti abang rindu."

"Iye, abang sayang. Hawa pun akan rindu abang."

Adam dan Hawa membisu seketika. Hawa erat memeluk Adam dan Adam melentokkan kepalanya di atas bahu Hawa.

"Janji dengan abang, jaga diri baik-baik."

"In shaa Allah. Abang doakan Hawa, eh."

"Always, sayang. Always."

©️ | Awan LangitWhere stories live. Discover now