Bab 23

366 14 2
                                    

Surah al-Baqarah Ayat 10:

فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌۭ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضًۭا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌۢ بِمَا كَانُوا۟ يَكْذِبُونَ

"Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)."

Sudah hampir seminggu Hawa berjumpa dengan Dato' Dr Ismail dan dia masih lagi tiada jawapan. Tidak pernah sekalipun Hawa berhenti solat istikharah. Hanya Hawa seorang sahaja yang mengetahui perkara ini. Tidak ingin memberitahu kepada sesiapa pun selagi dia tiada jawapan.

Hawa termenung melihat langit. Sungguh, nikmat mana lagi yang ingin didustakan. Itulah fikiran Hawa setiap kali dia menatap dada langit. Ciptaan Allah yang indah dan menenangkan. Ralik Hawa diganggu apabila kedengaran deringan telefon. Terpampang di skrin telefonnya nama Gerald, staf receptionist yang bertugas di kaunter receptionist hospital ini.

"Yes, Ger?" ujar Hawa lembut sejurus menjawab panggilan.

"Kak Hawa, you have guests. A woman and a man. Do you have any appointment for today?" tanya Gerald inginkan kepastian. Semua tetamu atau pelawat harus ditapis terlebih dahulu. 'Confirmation from the person requested have to be obtained before letting the guests pass through', salah satu peraturan Hospital De Lanz.

"I don't think so. Can I have their names?" balas Hawa.

"......." terdengar dari sebalik sana perbualan Gerald dan 'tetamunya'. Hawa tersentak apabila mendengar nama 'tetamu' yang datang. What are they doing here?

"They said it's Asiyah and Haikal, Kak Hawa. Do you know them?" tanya Gerald apabila diketahui nama kedua manusia yang agak menjengkelkan di hadapannya ini. Nasib muka dapat dikawal. Kalau tak, dah lama dia juling mata ke atas. Kerek nau!

"I'm coming. Tell them to wait at the guests room." ujar Hawa tanpa menjawab soalan Gerald dan ditutup panggilan. Apa lagi yang dua makhluk ini mahukan? Serasa Hawa, dia tidak pernah menghubungi sesiapapun dari sana setelah kejadian itu. Langkah terus diatur menuju ke lobby. Tak betah ingin membiarkan dua orang itu berlama di tempat kerjanya. 

Hatinya tidak senang!

꧁༺༻꧂


"Assalamualaikum. Buat apa kat sini?" tanya Hawa kepada dua makhluk Allah itu setelah masuk ke bilik tetamu.

"Saja. Nak tengok hebat takat mana kerja kau sampai berlagak sangat taknak tolong adik sendiri." balas Asiyah dengan bersahaja. Haikal pula hanya berdiam diri sambil merenung Hawa. Jujur, dia rindukan Hawa. Kalau bukan kerana Asiyah, sudah tentu dirinya dan Hawa akan berkahwin dalam masa kurang dari sebulan.

"Kau nak apa, Asiyah? Aku tengah banyak kerja." tanya Hawa dengan keluhan. Dia tidak ada tenaga untuk melayan dua makhluk ini sekarang.

"Berlagak kau ye sekarang. Mentang-mentang kerja kat hospital besar ni, keluarga sendiri kau buang! Tak malu ke? Dasar anak derhaka!" dengan bongkak Asiyah menjerit kepada Hawa. Sudah hilang hormatnya kepada si kakak yang telah banyak berkorban untuknya hanya kerana seorang lelaki.

Hawa lepas keluh perlahan. Ingin sahaja dikata bodoh kepada adiknya tapi dia tak ingin mengeluarkan kata-kata tidak sopan.

"Balik Asiyah. Aku dah tak ada apa-apa yang nak berbincang dengan kau." ujar Hawa tanpa melihat sedikit pun kepada Haikal. Kaki terus diatur melangkah keluar. Tak ada niat ingin menunjuk jalan kepada mereka berdua. Pandai datang, pandai balik.

"Kau ingat kau hebat, Hawa?! Jangan lupa kau tu hanya perempuan yang dibuang oleh tunang sendiri!" jerit Asiyah kepada Hawa. 

Tidak puas hati apabila dilihat Hawa tidak ada apa-apa reaksi bila dia datang dengan Haikal. Tiada satu pun biasan di riak muka Hawa menunjukkan dengki. Dia tidak puas hati. Kalau Hawa tidak menurunkan egonya dan perlihatkan kecemburuan atas kebahagiaan dia dan Haikal, akan dipermalukan Hawa kepada rakan sekerjanya! Baru hatinya puas.

Hawa yang sudah pun berada di lobby itu tersentak mendengar jeritan Asiyah. Dilihat sekeliling beberapa orang staf hospital, pesakit dan pelawat turut berada di situ. Semua mata sedang merenung ke arahnya. Seolah sedang menonton drama yang menarik.

Hawa tarik nafas perlahan. Terasa tenggorokannya sakit. Dadanya sesak. Ya Allah Ya Tuhanku.

Hawa kalih badan menghadap Asiyah yang merenungnya tajam. Mata dikerling sekilas kepada Haikal yang hanya berdiri di belakang Asiyah. Mana tulang belakang lelaki ini, dibiarkan sahaja isterinya menjerit sesuka hati. Diberi isyarat kepada Haikal untuk menarik Asiyah balik.

"Kau jangan gatal sangat Hawa! Abang Haikal dah jadi hak milik aku! Kau tu cuma sampah yang dibuang Abang Haikal!!"

Hawa hanya memandang kosong ke arah Asiyah. Dapat dilihat beberapa staf yang selalu mencari pasal dengannya sudah pun berada di situ. Ahh, sudah tentu ini yang mereka inginkan. Gosip berkenaan Hawa! Hawa pejam mata, dia sudah pun penat apabila dapat mengagak perkara yang akan jadi seterusnya.

"Lagi satu. Apa yang kau dah bagi pada keluarga mertua aku sampai diorang tak pandang pun muka aku ha?! Kau dah guna-gunakan diorang ke taknak bagi diorang terima aku sebagai menantu?!"

"Patutnya aku dah dapat agak perangai busuk kau macam ni. Kau tu cuma pakai tutup aurat semata sebab nak tutup kebusukan hati kau tu! Dasar syirik! Bomoh mana kau pergi jumpa ha?!"

"Patutlah umi dengan ayah tak pernah anggap kau sebagai anak. Mesti diorang dat tahu kan perangai kau macam mana. Memang patut pun kau kena buang!"

Semua orang yang ada di lobby tergamam. Tidak disangka apa yang diucapkan oleh wanita yang sedang menjerit ke arah Hawa itu. Semua mula memandang Hawa serong. Tidak disangka, pemakaian yang menutup aurat tapi hati busuk! Patutlah dibuang tunang sendiri.

Hawa renung Asiyah tajam. Sudahlah. Budak ini dah melampaui batas. Hawa mengatur langkah ke arah Asiyah. Cuba bertenang tapi dapat dirasakan tangannya menggeletar hebat menahan amarah.

"Kalau aku syirik, kau apa? Menjalang dengan bakal kakak ipar sendiri, buat seks bebas dengan tunang kakak kau dan akhirnya kena tangkap khalwat. Kalau aku syirik, kau apa? Sundal? Jalang?" ujar Hawa perlahan dan tenang tapi masih dapat didengar oleh semua orang di situ.

Asiyah dan Haikal tergamam. Tidak menyangka yang Hawa akan membalas ucapan Asiyah. Setahu mereka, Hawa seorang yang sangat menjaga aib. 

Nur Hawa sudah berubah!

©️ | Awan LangitWhere stories live. Discover now