Bab 25

390 16 0
                                    

Adam termenung di taman hospital. Tempat di mana perbualan pertamanya dengan Hawa, sang bidadari langitnya. Kata-kata jururawat yang bertugas malam itu terngiang-ngiang di halwa telinganya.

"Tak perasan ke dah lama tak nampak Hawa? Kak Tasha yang selalu lunch sekali dengan si Hawa tu pun sekarang lunch sorang je."

"Itulah, I pun perasan."

"Entah-entah, sebab kes adik dia tu, Hawa kena pecat?"

"Takkanlah. Bukan salah dia pun."

"Memang bukan salah dia. Tapi kan hospital ni sangat menjaga imej. Kira adik Hawa tu dah burukkan nama hospital la!"

Terus terdiam jururawat perempuan itu apabila mendengar kata-kata rakannya. Ada betulnya juga. Kalau betullah Hawa dipecat kerana adiknya, sungguh kasihan! Bukan salahnya tapi dia yang kena tanggung akibat.

Adam lepas keluh berat mengingati perbualan dua jururawat itu. Betul ke Hawa kena pecat? Kalau betul, di mana Hawa sekarang? Ke mana dia? Sudah adakah tempat kerja baru? Sungguh hatinya galau!

"Kau kenapa? Jauh termenung." tegur satu suara kepada Adam. Dr Ikhwan dan Dr Teoh. Doktor yang sama-sama bertugas malam dengannya hari ini.

Adam geleng kepala.

"Aku ada dengar yang Hawa kena pecat. Kesian." kata Adam setelah sekian beberapa minit berdiam diri.

Dr Ikhwan dan Dr Teoh yang mendengar kata-kata Adam sontak kalih memandang Adam. Kena pecat? Hawa? Dr Ikhwan dan Dr Teoh berpandangan antara satu sama lain. Dr Ikhwan teleng kepala dan Dr Teoh angkat kening. 

"Bedah mana yang bagitau kau budak Hawa tu kena pecat, mat?" tanya Dr Ikhwan. Dr Teoh yang mendengar pertanyaan Dr Ikhwan ketawa geli hati. 

Adam kerut dahi dengar kata-kata Dr Ikhwan. Bedah? Mat? Huh? Dikalihkan kepala memandang Dr Ikhwan dan Dr Teoh. Jelas Adam lihat Dr Teoh yang pegang perut sambil gelak. Sakan cina ni!

"Benda kau cakap ni?" tanya Adam balik.

"Betullah. Sapa yang bagitau kau Hawa kena pecat? Angin mana kau pakai ni?" tanya Dr Ikhwan lagi sekali.

"Haih. Aku dengar nurse depan tu tengah borak. Kesianlah Hawa sebab adik dia buat kacau, dia yang kena." Adam lepas keluh berat.

Dr Ikhwan tepuk dahi. Ni lagi sorang! Duk pergi percaya nurses yang suka sebar gosip palsu tu apahal!

"Patutlah kau kata Hawa kena pecat. Rupanya kau pakai angin kentut. Memang sampai kesudah la tak tahu cerita sebenar. Yang sampai cuma busuk je." bebel Dr Ikhwan dengan nada perli.

Dr Teoh yang baru sahaja dapat berhenti ketawa kembali gelak. Angin kentut! Wah peribahasa melayu ke ni! Terbahak Dr Teoh gelak.

Dr Ikhwan hanya geleng kepala melihat Dr Teoh yang sakan gelak. Cina ni kang, aku debik apa tak dapat!

Dr Adam panggung kepala, cuba memproses ayat Dr Ikhwan. Jadi, Hawa tak kena pecat la? Assa!! Tapi, kenapa dah lama dia tak nampak Hawa? Sudah seluruh pelusuk hospital dicarinya Hawa, namun bayang Hawa pun tak kelihatan.

"Habistu kau tahu ke apa jadi? Aku dah lama tak nampak Hawa." tanya Adam ingin kepastian.

Dr Ikhwan menatap dalam mata Adam. Budak ni, sejak bila sibuk sangat pasal Hawa? Memang la takkan nampak Hawa. Hawa tu mlt, tempat kerja dia nun di sana, jauh. Time lunch hour atau ketika kehadiran Hawa diperlukan di kawasan ini sahaja baru akan kelihatan kelibat Hawa. Hmmm, there's something wrong somewhere, getus hati Dr Ikhwan.

©️ | Awan LangitWhere stories live. Discover now