Bab 14

378 10 0
                                    

"Assalamualaikum, Hawa."

"Ya, doktor? Ada apa boleh saya bantu?"

Adam geleng kepala. Dia senyum ke arah Hawa dan kalihkan badannya menghadap ke hadapan. Jarak dijaga agar Hawa tidak merasa tidak selesa dengannya.

"Boleh saya tahu, kenapa haritu awak bertegas nak ikut undang-undang Brunei tu? Walhal kalau jadi apa-apa, awak boleh cakap yang Prof Raihan dan Dr Fizatul yang arah kan awak untuk proceed?" tanya Adam pada Hawa. Soalan ini sudah seminggu berlegar di benak fikirannya.

Hawa hanya lah mlt. Paling tinggi jawatan yang disandang oleh Hawa adalah sebagai lab manager, itu sahaja. Kalau nak diikutkan, Hawa tiada kuasa untuk menentang arahan dari staf yang lebih tinggi jawatan daripadanya.

Hawa pandang Adam sekilas sebelum dikalihkan kembali ke arah langit. Senyum nipis terukir cantik di bibir Hawa.

"Sebab saya tak biasa langgar undang-undang. Undang-undang termaktub untuk diikuti bukan dilanggar tanpa sebab." balas Hawa dengan mudah.

Ya, dia tak biasa melawan arus undang-undang. Mengikut dan mematuhi undang-undang yang tertulis sudah menjadi tabiatnya, tabiat yang telah terpasak jauh ke tulang sum-sum. Andai kata dia melawan arus, bagaikan boleh dilihat, dirasa dan dialami kesakitan rotan atau tali pinggang ayahnya yang akan menghinggap ke batang tubuhnya.

Adam yang mendengar balasan Hawa angguk perlahan. Ya, dia sudah pun mengetahui hal yang satu ini tentang Hawa.

Sebaik sahaja Adam mengetahui akan kewujudan seorang Nur Hawa di hospital ini, dalam diam Adam mencari tahu tentang Hawa. Banyak yang diketahuinya, tapi satu yang sentiasa diucap oleh staf lain apabila berkaitan dengan Hawa.

Hawa yang patuh akan rules & regulations, Hawa yang menurut rules & regulations, Hawa yang tidak pernah melanggar undang-undang dan procedures sepanjang
bekerja di sini. Hawa yang tertib dan sopan.

Oleh sebab sikap Hawa yang satu inilah, walaupun ramai yang senang bekerja dengan Hawa, tetap masih ada segelintir yang tidak menyukai Hawa. Bagi mereka, Hawa bersikap sebegini hanyalah satu kepura-puraan, ingin mengambil hati orang atasan. Walau hakikatnya, Hawa tidak sebegitu.

Adam dan Hawa masing-masing berdiam diri. Pandangan keduanya masih setia menghadap ke langit.

"Tak penat ke dengan hidup awak yang sentiasa ikut peraturan?" tanya Adam setelah sekian minit berdiam diri.

Soalan kedua yang ingin ditanya kepada Hawa selepas mengenali seorang Nur Hawa dari mulut orang lain.

"Penat tapi peraturan ni la yang banyak selamatkan saya." balas Hawa.

"Tak rasa dikongkong?"

Hawa senyum nipis.

"Terlalu banyak jasa peraturan yang saya abadikan dalam diri ke atas diri saya untuk saya buang semua ni."

Adam kalih pandangan melihat Hawa yang senyum. Senyuman yang nipis tapi cukup menawan di matanya.

Pandangan dibuang ke arah yang sama Hawa sedang melihat. Langit yang membiru, awan yang memutih. Tenang. Dan...

Indah.

Senyuman itu dan pemandangan ini.

Mulai dari hari itu, Adam akui dirinya telah jatuh cinta. Jatuh cinta kepada seorang Hawa, sang bidadari langit.

Biarlah Hawa tunangan orang sekalipun, Adam tiada niat untuk mengejar Hawa. Hawa berhak mendapatkan yang lebih baik darinya. Akan disimpan rasa ini jauh ke dalam hati dan akan dilupakan bila tiba saatnya nanti.

Kalini, dia yakin, Adam bukan untuk Hawa dan Hawa bukan untuk Adam.

©️ | Awan LangitWhere stories live. Discover now