Bab 24

377 14 1
                                    

"Kalau aku syirik, kau apa? Menjalang dengan bakal kakak ipar sendiri, buat seks bebas dengan tunang kakak kau dan akhirnya kena tangkap khalwat. Kalau aku syirik, kau apa? Sundal? Jalang?"

Adam yang mendengar kata-kata Hawa tergamam. Dia yang baru sahaja balik dari makan tengah hari terkedu apabila disajikan dengan pemandangan ini. Hawa putus tunang! Baru sahaja hatinya ingin melonjak gembira, terasa nafasnya tersekat apabila ucapan dingin Hawa terdengar jelas pada halwa telinganya.

Adam merenung Hawa dari jauh. Dapat dilihat dari gerak geri tubuh badan Hawa, dia sedang menahan amarah. Hawa! Hanya itu yang ada di benak fikirannya.

"Balik, Asiyah. Cukup apa kau dah buat."

 Adam dapat mendengar kata-kata Hawa setelah beberapa minit suasana sekeliling hening dek kerana ucapan Hawa.

"Bawa isteri kau balik, Haikal. Tak guna jadi suami kalau tak reti nak kawal dan tegur isteri." sambung Hawa dingin tanpa melihat Haikal mahu pun sekilas. Matanya tajam merenung Asiyah seolah memberi amaran, 'not another word and get the fuck out of here'.

"Balik. Sebelum aku suruh guard call polis heret kau berdua keluar dari sini. Both of you are disturbing the patients and I, as a staff here have rights to do so." Hawa memberi amaran kepada Asiyah dan Haikal.

Asiyah yang mendengar amaran Hawa mendengus marah. Tidak disangka Hawa yang dahulunya akan diam sahaja walaupun dirinya dilempar dengan kata-kata tohmahan dan cacian kini mampu membalas balik. Asiyah melangkah keluar dari hospital dengan menhentak kedua belah kakinya kegeraman. Dasar perempuan bodoh! jeritnya dalam hati. Haikal yang melihat Asiyah berjalan keluar terus membuntuti langkah Asiyah sebelum dia tiba-tiba berhenti tepat di hadapan Hawa.

"Hawa, you know I'll always loves you right?" tanya Haikal sambil menatap mata Hawa. Berharap agar Hawa masih mencintainya dan akan merayu padanya untuk kembali.

"Fuck off." balas Hawa merenung dalam mata Haikal. Semata ingin membuat Haikal faham bahawa sudah tiada rasa yang tinggal dalam hatinya untuk lelaki durjana ini. 

Hawa terus melangkah pergi. Haikal yang mendengar Hawa mencarut buat pertama kali tergamam dan terkejut. Dia tidak menyangka Hawa akan mengeluarkan kata-kata kesat itu. Mata Haikal mengikut langkah Hawa sehingga Hawa tiada lagi di pandangannya. Haikal terus keluar dari hospital dengan perasaan yang berbaur-baur.

Adam yang melihat dan mendengar setiap interaksi antara Hawa dan kedua manusia itu melepaskan keluhan berat. Hatinya gembira bukan kepalang apabila mengetahui Hawa bukan lagi tunangan orang tapi tidak dinafikan hatinya sakit apabila mengetahui sebab putusnya pertunangan itu. Kalau dia orang luar sahaja sakit apabila mengetahui, sahkan empunya badan. Patutlah dilihat seakan Hawa agak lemah semangat kebelakangan ini.

Mungkin ada peluang untuk Adam dan Hawa.

꧁༺༻꧂


Adam mengeluh berat. Tidak habis-habis! Fikirnya, apabila bekerja di hospital yang berprestij tinggi, dia tidak akan mendengar gosip-gosip tentang hal orang. Namun sangkaannya meleset. Lihat lah! Sudah tiga hari adegan Hawa dengan adiknya berlalu, tapi masih ada mulut-mulut yang liar berbicara perihal orang.

"Tak penat ke buat dosa?" tegur satu suara pada kelompok jururawat yang sedang asyik bergosip di salah satu meja kafeteria itu. Adam dan kelompok itu dongak kepala melihat gerangan suara. Dr Teoh.

"I thought in your religion kalau mengumpat pasal saudara seagama, itu ibarat memakan daging mentah. Right, Dr Ikhwan?" sambung Dr Teoh dengan nada perlian. Dia sendiri penat apabila asyik mendengar staf hospital ini tidak berhenti bergosip tentang Hawa. Orang tu tak buat apa pun, yang sibuk buat dosa dah kenapa?

©️ | Awan LangitWhere stories live. Discover now