Bab 13

385 11 0
                                    

Baru sahaja Adam dan Doktor Faizul ingin bergegas ke kaunter jururawat kerana pesakit dari England itu, telefon bimbit Doktor Faizul berbunyi.

Sambil kaki masih melangkah laju, telefon dijawab.

"Yes?" ujarnya.

"Doctor Faiz, Prof Ramesh said both of you didn't have to come. The patient from England passed away just now due to heart complications." ujar jururawat di seberang telefon sana.

Allah... Doktor Faizul berhenti melangkah sambil tangan kirinya merapu muka. Sungguh, ajal di tangan Allah SWT. Baru sahaja tadi dia melihat pesakit itu daftar masuk dengan senyuman.

Adam yang melihat Doktor Faizul berhenti, turut menghentikan langkahnya.

"Kenapa, doktor?" tanya Adam setelah Doktor Faizul menyimpan telefonnya dalam poket semua.

"Patient passed away just now. Prof said we don't have to go anymore." Doktor Faizul lepas keluh perlahan sebaik menjawab pertanyaan Adam. Adam terdiam. Sungguh dia tak jangka. Patient itu ketika ingin mendaftar masuk, mukanya terbias dengan senyum manis. Namun, siapa sangka ajalnya sudah tiba.

Jantung Adam berdegup laju tanpa Adam ketahui sebab. Dia sudah lali dengan kematian secara tiba-tiba ini. Akan tetapi, entah mengapa, khabar kematian kali ini membuatnya tidak keruan. Petanda apakah ini, bisik Adam.

Adam cepat-cepat menepis sebarang anasir yang akan membuatkan tidak keruan.

"Kau pergi lah mana-mana kau nak. Aku nak gi tidur kejap. Ke kau nak tidur sekali?" tanya Doktor Faizul kepada Adam yang sedari tadi hanya berdiam diri.

Adam kerut dahi. Jadah dia nak gi tidur lepas dengar khabar macam ni. Adam geleng kepala.

"Kau pergi lah. Aku nak pergi ambik angin." balas Adam. Doktor Faizul angguk kepala. Suka hati lah.

"Kat belakang sana, kawasan tengah ada taman. Taman biasa je tapi okay la kalau takat nak rilek. Time-time macam ni confirm takde orang." kata Dr Faizul dan terus melangkah pergi tanpa menunggu balas dari Adam.

Adam angguk kepala dan kaki terus menuju ke arah yang ditunjuk oleh Dr Faizul.

Setibanya Adam di taman buatan manusia itu, Adam dapat melihat bayangan seseorang. Kaki tanpa sempat dihalang oleh akal fikiran terus melangkah laju menuju ke arah bayangan tersebut. Hatinya berdebar hebat, seolah di sana ada sesuatu yang hebat.

Kaki berhenti melangkah apabila mata sudah menangkap gerangan di sana. Mata dikerdip beberapa kali bagi memastikan gerangan itu bukan ilusi. Terpampang di matanya, gerangan itu sedang duduk dengan tegap dan sopan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

'Hawa', bisik Adam dalam hati.

Adam melangkah dengan perlahan menghampiri Hawa dan dapat dilihat Hawa ralit merenung ke arah langit.

"Assalamualaikum, Hawa." ucapnya setelah Hawa seperti tidak perasan akan kehadirannya walaupun dia telah pun berada di sini lebih kurang 10 minit.

©️ | Awan LangitWhere stories live. Discover now