Bab 43

410 16 0
                                    

"I'm sorry, sayang."

Hawa kalih melihat Adam. Muka Adam yang jelas kelihatan serba salah itu menggamit pandangannya.

"What for?"

"For everything yang jadi harini," perlahan sahaja Adam menuturkan kata-katanya.

Hawa senyum dan tangan naik mengusap dagu Adam yang berjanggut nipis. Mata memandang lama mata Adam yang sudah pun berair.

"Not your fault," pujuk Hawa lembut.

"But I should've ended this dari awal lagi."

Hawa berdehem perlahan. Ada sesuatu yang Dr Ikhwan beritahunya sebelum mereka pulang.

"Dr Ikhwan told me, abang tak pernah layan Dr Tihani tu lebih dari rakan sekerja and that abang dah berterus-terang dengan dia yang abang nak kahwin," ujar Hawa. Adam tersentak. Ikhwan bagitahu Hawa pasal tu?

"So it't not your fault," sambung Hawa lagi. Hawa mengusap pipi Adam perlahan, ingin meredakan gusar di hati suaminya ini.

Adam terus tarik Hawa masuk ke dalam pelukannya. Ya Allah, aku bersyukur Kau kurniakan isteri sebaik Hawa.

"Dah, tak payah ingat lagi benda ni. From now on, you have to be more careful. And make sure you win the case. Okay, abang sayang?" kata Hawa lembut.

Adam ukir senyum bahagia. Kepala dijatuhkan berkali-kali. Sungguh, dia beruntung.

꧁༺༻꧂

Hospital De Lanz

"Hawa dah kahwin?!" jerit Puan Khalijah.

Pertanyaan dibalas dengan anggukan. 

"Dengan jantan mana?" tanyanya lagi, tidak berpuas hati.

"Salah seorang doktor kat sini."

"Seriously, ayah?!" giliran Asiyah yang bertanya.

"Hmm."

"Tak guna. Aku yang sengsara kahwin dengan Haikal, dia boleh bahagia!"

Tiba-tiba pintu wad yang menempatkan Asiyah dibuka kasar. Terpacul wajah yang mereka sudah lama tidak melihat.

"Boleh tahan bangang gak kau ni, Asiyah. Kau yang goda dan merampas Haikal. Dah nak mampus pun, masih nak salahkan Hawa?" tanya suara garau itu.

Ketiga-tiga mereka bagaikan terkedu. Terkejut dengan kehadiran lelaki ini secara tiba-tiba dan terkesan dengan kata-kata yang baru dilontarkan.

"Dosa buat zina, dosa memfitnah, dosa pecahbelahkan keluarga," katanya dengan mata memandang tajam ke arah Asiyah.

"Dosa memutuskan silaturrahim dengan anak, dosa tidak memperlakukan anak dengan adil, dosa menutup perbuatan zina dan dosa memfitnah anak sendiri," sambungnya dengan mata kini menatap kedua orang tua di hadapannya.

"Kalau rasa time koma tu belum cukup azab untuk korang, make sure bersedia kat Padang Mahsyar. Aku sendiri akan pastikan, setiap dari korang, merangkak cari Hasrul dengan Hawa." katanya lagi. 

Dadanya sungguh berasa sesak. Dirinya datang dari jauh, dengan niat ingin melawat. Apa-apa pun, mereka ini masih keluarganya. Namun, mendengarkan kata-kata mereka yang menyalahi Hawa, hatinya menggelegak.

"Thariq," seru Encik Tarmizi perlahan.

"Kau, Tarmizi dengan Khalijah. Jangan ingat aku taktahu apa yang korang dah buat pada Hasrul dengan Hawa. Aku tahu semua."

"Ikutkan hati aku, memang aku nak bawa lari je diorang. Aku boleh jadi bapa diorang."

"Bukan macam kau, laki bini. Tak pernah berhenti seksa anak sendiri."

©️ | Awan LangitWhere stories live. Discover now