Bab 41

387 15 0
                                    

Uhuk uhuk!

"Kau gila ke apa, Tihani?!"

"Eleh, rilek la Fai. Apa susah. Mana pernah lelaki tak tergoda, bila aku, Tihani yang goda," ujar Tihani angkuh.

Faizatul geleng kepala. Perempuan ni dah gila!

"Kau jangan buat kerja gila, Hani. Kalau kena tangkap, kau kena buang tau tak!" tegur Faizatul.

Tihani hanya gelak sinis mendengarnya.

"Kau lupa, ayah su aku salah seorang BOD kat De Lanz?" kata Tihani.

Faizatul terkedu. Dia lupa akan perihal itu. Ayah saudara Tihani adalah salah seorang pengarah dekat De Lanz. Sekali lagi dia geleng kepala, tetap tidak setuju akan rancangan Tihani.

"Lagilah. Kau jangan buat main. Dato' Ismail tu strict kau tahu!" nasihat Faizatul lagi.

Memang ayah saudara Tihani adalah salah seorang pengarah De Lanz, tapi pangkat Dato' Dr Ismail lagi tinggi. Dan, sangat berkuasa.

"Halah! Takyah risau. Pandailah aku bodek orang tua tu. Dah tua bukan reti nak duduk rumah, sibuk kerja!"

Tatkala itu, Faizatul merasakan ada orang sedang memerhati perbualan mereka. Sontak kepala diangkat dan mata merayau segenap ruang cafe itu.

"Kau kenapa?" tanya Tihani pada Faizatul yang dilihatnya seperti tidak keruan.

Faizatul memandang Tihani semula dan kepala digeleng. Mungkin hanya perasaannya.

"Kau jangan sesekali babitkan aku. Aku dah larang, dah nasihat, kau yang taknak dengar,' ujar Faizatul dan terus bangkit dari duduk ingin cepat-cepat beredar. Hatinya merasa tidak tenang untuk terus berada di situ.

꧁༺༻꧂


"Aku tahu."

"......"

"Jangan risau."

"......"

"Hmm. Assalamualaikum."

Mata merenung telefon yang sudah gelap. Kepala digeleng. Kerana cinta, manusia boleh jadi bodoh. Dan, obses!

"Tak habis-habis nak musnahkan hidup orang. Masuk neraka, padan muka!"

Terus dia keluar dari biliknya, menuju ke arah bilik majikannya.

Dia, sebagai mata-mata di De Lanz, bertanggungjawab untuk menjaga keharmonian hospital ini.

Dari segi pesakit, pelawat mahupun staf hospital.

"Huh!" dengusnya dan kaki laju menuju ke tempat tujuannya.

꧁༺༻꧂


"Hmm. Thanks for the information, doctor. You've help us, alot," puji suara tua itu.

"That's my job, Dato'," balasnya pada majikannya, Dato' Dr Ismail.

"Well, I guess, it's time to show people, not to mess with my staffs. Isn't right, niece?" tanyanya sambil mata memandang seorang lelaki yang duduk atas sofa di pejabatnya.

Lelaki itu hanya mengangguk. Fikirnya, dia mahu menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Tidak mahu lagi meleretkan perihal ini. Masih ada kerja lain yang harus diselesaikan.

"Then, turn on all CCTV in the room. Make sure no blind spot," arah Dato' Dr Ismail kepada orang suruhannya.

"Baik, Dato," arahan diterima dan mereka terus melangkah keluar, ingin segera melaksanakan arahan majikan mereka.

©️ | Awan LangitWhere stories live. Discover now