Bab 44

372 11 0
                                    

3 bulan kemudian

Pejam celik pejam celik, sudah tiga bulan masa berlalu. Tiga bulan juga Adam dan Hawa hidup selayaknya sebagai pasangan suami isteri yang gembira. Sepanjang tiga bulan itu, tiada apa yang terjadi melainkan kes saman Adam dan Dr Tihani.

Al hasil dari kes itu, Dr Tihani telah dibuang kerja dan digantung lesen perubatannya untuk 20 tahun. Kalau diikutkan, pergantungan lesen itu tak akan berlaku hanya kerana kes Adam dengannya. Namun, siapa sangka, ada perkara yang Dr Tihani sembunyikan.

Jawatan doktor pelatih yang disandang olehnya, mengaburi akal fikiran warasnya. Hanya sekadar doktor pelatih, tapi Dr Tihani telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai doktor. 

Mencuri ubat-ubatan, menjual ubat-ubatan ke pasar gelap, menganiaya pesakit dan mengabaikan rawatan yang sepatutnya pesakit perolehi. Menggunakan titlenya sebagai anak saudara pengarah, Dr Tihani menyalahgunakan tanggungjawabnya.

Semua bukti telah didapatkan oleh Dato' Dr Ismail dan dibantu oleh Encik Thariq. Rupa-rupanya, mereka sudah lama bersahabat dan Dato' Dr Ismail meminta bantuan Encik Thariq berhubung perjualan haram ubat-ubatan itu.

Encik Tarmizi, Puan Noraini dan Asiyah juga sudah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang. Adam dan Hawa hanya mengetahui berita itu daripada Puan Sri Noraini kerana Hasrul dan Pak Ngah melarang mereka untuk terus bertemu dengan ketiga-tiganya.

꧁༺༻꧂

"I'm back, bitches."

Rongga hidung dibuka seluas mungkin, menghirup udara di Malaysia. Dia ukir senyum sinis. Kaki melangkah laju keluar dari bangunan itu.

"It's time for payback."

"Wait for meh!"

Apabila melihat kereta orang suruhannya, dia melangkah ke kereta dan terus dibuka pintu lalu masuk.

"Hi, boss. Welcome back," ujar pemandu merangkap orang suruhannya.

"Hm. How're they?"

"All good, healthy and happy," balas lelaki itu lalu terus menghidupkan kereta dan memandu keluar dari perkarangan bangunan putih itu.

"Where to, boss?"

"Home. Let's get some rest before we start."

Dia tarik senyum jahat. Sudah tiba masanya orang-orang yang tidak layak untuk bahagia itu kekal gembira. Akan dipastikan, mereka menderita sama sepertinya.

꧁༺༻꧂


Hawa tiba-tiba menggeletar kesejukan. Digosok belakang lehernya, membuang rasa gemuruh yang tiba-tiba menjengah.

"Sayang?"

Hawa kalih badan apabila mendengar suara Adam. 

"Eh? Bila abang balik?" tanya Hawa bersama kerutan di dahi. Adam tarik senyum. Apa yang mengelamun sapai suami sendiri balik pun tak sedar?

"15 minutes ago. Abang bagi salam, tapi Hawa tak dengar. Abang naik masuk bilik dulu. Mandi tukar baju apa semua," ujar Adam sambil perlahan menghampiri Hawa. Adam mengambil tangan Hawa dan digenggamnya erat.

"Mengelamun apa hm?"

Hawa angkat bahu dan geleng kepala. Dia tak tahu. Tapi hatinya berasa gusar.

"Not sure tapi Hawa rasa tak sedap hati," balas Hawa jujur.

"Tiba-tiba?" tanya Adam dan hanya dibalas dengan anggukan.

"In shaa Allah, we'll be fine," pujuk Adam seraya memeluk Hawa erat.

꧁༺༻꧂


"Pak ngah sure ke?"

"100% sure."

"But, kenapa dia masuk situ?"

Encik Thariq angkat bahu menandakan dia juga tidak tahu. Ingatkan tiga bulan yang senyap ini akan berkekalan, namun dia sendiri dapat rasakan ada sesuatu akan terjadi. Sesuatu yang besar dan akan merubah segalanya.

Hasrul lepas keluh berat. Kepalanya berdenyut-denyut saat Encik Thariq memberitahunya berita itu. Kenapa dia masuk ke situ? Apa yang sudah terjadi?

"Do we need to tell Hawa and Adam, pak ngah?"

"I'm not sure. Pak ngah cuma nak Hawa hidup gembira, Arul. Cukuplah budak tu menderita," kata Encik Thariq perlahan.

Hasrul hanya mampu angguk kepala. Kenapa adiknya tidak pernah berhenti diuji sebegini? Kenapa adiknya seolah tidak layak untuk gembira?

Seketika Hasrul tersentak dan dia terus beristighfar. Dia teringat akan ayat al-Quran yang sentiasa dibaca oleh Hawa kepadanya tiap kali dia bersedih waktu difitnah dan dihalau dahulu.

Firman Allah SWT :

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ

Maksudnya : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji lagi?". (Surat al-Ankabut, 29 : 2)

Hawa, adiknya seorang yang baik. Baik dari segi akhlak, perangai dan agamanya. Segalanya tentang Hawa menyejukkan hatinya.

Hawa saja tidak pernah mengeluh. Apa haknya untuk mempersoalkan ketentuan Ilahi? Sepertimana Hawa tidak pernah berhenti mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan hidupnya dahulu, kini gilirannya untuk mendoakan Hawa.

Allah SWT berfirman:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادۡعُوۡنِىۡۤ اَسۡتَجِبۡ لَـكُمۡؕ اِنَّ الَّذِيۡنَ يَسۡتَكۡبِرُوۡنَ عَنۡ عِبَادَتِىۡ سَيَدۡخُلُوۡنَ جَهَنَّمَ دَاخِرِيۡنَ 

Maksudnya: "Dan Tuhanmu berfirman, 'Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina." (QS Ghafir: 60)

Doa, satu senjata yang kuat dan berkuasa dalam hidup seorang mukmin.

©️ | Awan LangitWhere stories live. Discover now