Bab 16

377 11 3
                                    

Sunyi yang mencengkam jiwa. Itu yang dirasai Raisya sejak dia dan Hawa tiba di rumah parents Hawa. Hawa yang diam memandang kosong ke arah Haikal, tunangnya.... bekas tunang mungkin dan Asiyah, perempuan yang ditangkap khalwat bersama Haikal serta ibubapa Hawa yang dari tadi hanya beriak kosong seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sekarang, mereka tengah tunggu kedatangan keluarga Haikal. Raisya duduk jauh di ruang tempat makan memerhati situasi itu. Tiada seorang pun yang membuka mulut.

"Dah berapa lama?" tanya satu suara setelah lama berdiam diri. Hawa menatap kosong Asiyah yang hanya tunduk kepala menanti sebarang hukuman mungkin.

"Aku tanya dah berapa lama kau buat kerja menyundal ni, Nur Asiyah?" ulang Hawa sekali lagi dengan nada tegas. Bungkam, semua di situ sontak mengangkat kepala merenung Hawa. Terkejut sebab itu adalah pertama kali Hawa berkata kasar.

Belum sempat Asiyah menjawab, Hawa terasa pijar di pipi kanannya. Tangan kanan terus diangkat mengusap lembut pipinya dan kepala ditoleh ke kanan melihat gerangan yang menamparnya. Siapa lagi kalau bukan ibu tercinta.

"Aku tak pernah ajar kau sebut benda-benda kotor macam tu, Hawa!" jerit Puan Khalijah. Hawa senyum tawar. Perit dan pedih di pipinya tak setanding sakit di hatinya.

"Memang umi tak ajar. Tapi ada betulnya kan? Hawa ada baca dan dengar yang perempuan yang merampas hak orang tu ada nama panggilan diorang sendiri dan perbuatan tu siap ada kata kerja lagi. " jawab Hawa.

"Sundal dan menyundal." sambung Hawa dengan mata menatap tajam ke arah Asiyah. Belum sempat Puan Khalijah ingin naik tangan ke arah Hawa, Hawa menyambung.

"Tapi apa agaknya panggilan yang sesuai dengan Asiyah ye? Adik yang kena tangkap khalwat dengan tunang kakak dia sendiri. Hm? Umi tahu?" tanya Hawa dengan pandangan dialih ke arah Puan Khalijah. Pandangan yang kosong.

Hawa lepas ketawa perlahan. Sakit di dada diabaikan. Dia masih lagi tak habis fikir. Terasa dunianya runtuh apabila tunang yang dikasihinya dan pernah menjanjikan kehidupan bahagia bersama setelah berkahwin bertindak mengkhianatinya dengan adiknya sendiri. Adik yang ditatang bagai minyak penuh, yang diberi semua kemahuannya, yang Hawa sentiasa mengalah tega menikam belakangnya dengan bermain dengan sang tunang, cinta hatinya.

"Assalamualaikum." salam didengar di muka pintu menandakan tiba tetamu yang ditunggu. Bibik Ina cepat-cepat melangkah ke pintu dan dibuka daun pintu memberi kebenaran tetamu untuk masuk.

Hawa yang duduk terus bangun. Haikal dan yang lain turut berbuat demikian.

Buk! Belum apa-apa Haikal sudah tergeletak di lantai. Asiyah mula menangis kencang seolah dia yang ditumbuk.

"Hawa sayang." tegur satu suara sebelum memeluknya erat.

"Mama." balas Hawa sambil membalas pelukan Puan Sri Noraini, mama Haikal. Terasa ada satu pasang tangan lagi memeluknya, Hawa angkat muka dan memandang gerangan terbabit. Hani. Aduhai, habis comot muka si adik dengan bekas tangisan.

"Tergamak Haikal malukan papa dengan mama?! Tergamak?! Dah la kena tangkap khalwat, berkhalwat dengan adik tunang sendiri! Kau gila ke apa?!" marah Tan Sri Syed Yusuf. Hati tuanya amat kecewa apabila dia ditelefon dan dimaklumkan Haikal ditangkap khalwat dengan bakal adik iparnya sendiri dengan berkeadaan telanjang. Bukti nyata yang tidak boleh disangkal lagi!

Haikal hanya tunduk berdiam diri. Sungguh dia tidak menyangka semua ini akan berlaku. Kenapa tiba-tiba ada pegawai agama yang datang menyerbu tempat kegiatannya dengan Asiyah tadi? Kalau tak, semua ni takkan terjadi!

"Tan Sri, saya rasa ada baiknya kita terus nikahkan mereka berdua. Bukti kukuh sudah ada, saksi pun dah ada. Elok kita nikahkan sahaja." ujar salah seorang lelaki yang turut berada bersama dengan keluarga Haikal.

"Kau siapa nak suruh aku kahwin denganperempuan ni ha?!!" jerit Haikal kepada lelaki terbabit. Sungguh dia tak ingin berkahwin dengan Asiyah. Dia hanya cintakan Hawa. Nur Hawa seorang yang layak untuk Syed Haikal.

"Saya? Saya Ustaz Zakri, salah seorang ustaz yang menjadi saksi atas perlakuan awak dengan perempuan di sana." ujarnya Ustaz Zakri dengan tenang. Sungguh dia sudah lali menghadap situasi ini. Time buat, sedap, tak ingat dosa pahala. Dah kena tangkap baru reti nak meroyan!

Haikal terus terdiam. Hawa hanya merenung kosong ke arah bekas tunangnya. Semuanya dah pun terjadi. Jodoh dia bukan dengan Haikal. Bukan namanya yang berada disamping nama Haikal di Luh Mahfuz. Asiyah yang sedang menangis di pelukan Puan Khalijah dipandang. Pelukan yang dia tak pernah dapat. Usapan Encik Tarmizi di bahu Asiyah turut dipandang. Juga usapan yang dia tidak pernah dapat. Ha! Hawa lepas ketawa perlahan.

"Hawa macam mana? Hawa okay ke?" tanya Syed Yusuf lembut kepada Hawa. Allah, sungguh kasihan gadis baik di hadapannya ini. Bukan dia tidak melihat tatapan sendu Hawa pada tiga manusia di hujung sana. Dia tahu yang Hawa tidak pernah merasai kasih sayang dan suasana keluarga yang sebenar. Niatnya, setelah Hawa menjadi menantunya, ingin diberi kasih sayang dan perhatian yang tidak pernah Hawa perolehi. Tapi sayang, takdir berkata lain.

"In sha Allah, Hawa okay. Benda dah jadi, dah tak boleh buat apa." balas Hawa dengan lembut. Tiada lagi yang ingin dia pertahankan. Sudahlah. Biarlah. Nak marah pun tidak berguna. Sabar, sesungguhnya sabar itu separuh dari iman. Pujuk Hawa.

"Haikal taknak!! Haikal nak kahwin dengan Hawa seorang sahaja!" bantah Haikal. Tidak mungkin dia ingin berkahwin dengan Asiyah. Budak murahan yang menggoda tunang kakaknya sendiri. 

"Apa abang Haikal kata ni?! Abang cakap abang akan kahwin dengan Iya!" jerit Asiyah. Hawa kembali duduk setelah sekian lama berdiri. Dia penat untuk menonton drama ini.

"Bila masa aku cakap aku nak kahwin dengan kau ha budak?!"

"Abang yang cakap abang cintakan Iya dan akan kahwin dengan Iya!"

"Kau percayakan aku? Weh budak, aku hanya cintakan Hawa. Nur Hawa seorang sahaja yang layak untuk aku! Bukan kau, perempuan murahan!!"

"Cintakan Hawa? Abang yang cakap Hawa tu membosankan, kaku, keras, bendul, naif, bodoh! Perempuan yang macam tu Abang nak kahwin? Tak takut ke kalau nanti abang mati pucuk sebab terlalu bosan hidup dengan perempuan membosankan macam Hawa ni?!!" jerit Asiyah sambil menunding jarinya pada Hawa.

Hawa yang mendengar terus mengangkat kepala merenung Asiyah. What did she said just now?

"Kenapa? Terkejut? Memang patut pun abang Haikal pilih aku dari kau. Kau tu bosan, tak reti nak berlembut sikit. Konon wanita Islam, pakai tutup aurat." perli Asiyah apabila dilihatnya Hawa sedenag merenungnya.

Hawa beristighfar perlahan. Apa yang adiknya sedang katakan ini?

"Kau Hawa, tak layak langsung untuk abang Haikal. Kau tak pandai nak melayan lelaki sebab tu lah tak sampai seminggu abang Haikal jadi tunang kau, dia terus cari aku!" sambung Asiyah lagi.

Allah.

©️ | Awan LangitWhere stories live. Discover now