Bab 29

345 13 0
                                    

Sepertiga malam, kedengaran alunan bacaan al-Quran di rumah banglo itu. Sayup kedengaran dengan lantunan bacaannya yang indah dan berlagu.

"Sadaqallahul azim." bacaan ditamatkan setelah selesai membaca. Ditutup dan dibawa al-Quran ke bibir, dikucup penuh syahdu.

Adam meletakkan al-Quran itu di atas meja bacaannya dan kopiah di kepala diletakkan bersebelahan Quran. Mata melirik ke arah jam dinding. Lagi 30 minit akan azan subuh. Adam melangkah masuk ke bilik air ingin membersihkan diri. 

Sesudah membersihkan diri, Adam terus melangkah keluar dari bilik. Sejak Adam bertekad ingin berhijrah, dia tidak lagi tinggal di kondonya. Takut andai dia sendirian, dia akan kembali ke waktu jahilnya. Kini, Adam sudah pun tinggal bersama dengan ibubapanya. Mudah baginya ingin belajar kerana babahnya sendiri adalah seorang guru agama.

"Dah siap Am?" tanya Encik Hilman sejurus melihat ank terunanya turun dari tingkat atas.

"Sudah, babah. Jom, nanti takut lambat sampai ke masjid." balas Adam dan segera mengatur langkah ke pintu rumah.

Encik Hilman tersenyum bangga akan perubahan Adam. Sejak empat bulan lepas, Adam mula mengikutinya ke masjid untuk solat subuh, maghrib atau isyak setiap kali dia ada waktu terluang. Walaupun pada mulanya, agar sukar untuk Adam istiqamah, tapi lihatlah. Adam sekarang yang sendiri ingin cepat-cepat sampai ke masjid.

Alhamdulillah, bisik hati Encik Hilman dengan penuh kesyukuran.

꧁༺༻꧂


"Assalamualaikum, Dr Adam." tegur satu suara, lembut. 

Adam, Dr Teoh dan Dr Ikhwan terus angkat kepala. Ketiganya kemudian lepas keluh perlahan apabila melihat wajah yang memberi salam kepada Adam.

"Waalaikummussalam. Ya, Dr Tihani. Ada apa-apa ke?" tanya Adam. Matanya kembali meneliti patient's chart di tangannya. 

"Ni, saya ada buat makanan lebih. Ambillah, Dr. Sebagai makanan untuk lunch nanti." ujar Dr Tihani dengan suara yang dibuat-buat lembut.

Naik geli telinga Dr Ikhwan yang mendengar suara Dr Tihani. Berasa tangannya ditepuk perlahan, Dr Ikhwan kalih kepala melihat rakannya, Dr Teoh. Dr Teoh menunjuk ke arah lengannya. Ternampak bulu-bulu roma Dr Teoh naik mencanak. Hmm, sampai naik bulu roma doktor cina ni dengar suara gedik perempuan ni, getus Dr Ikhwan.

"Terima kasih, doktor. Tapi saya puasa harini." ujar Adam. Bukan ingin berdalih, tapi betul hari ini dia berpuasa. Puasa sunat hari Isnin.

Dr Tihani yang mendengar terkedu. Malu seketika namun terus dibuang perasaan yang satu itu. Tak mengapa, masih ada cara lain!

"Kalau macam tu, doktor ambillah. Buat sebagai bekal buka puasa." desak Dr Tihani. Dia ingin Dr Adam mengambil makanan yang dimsaknya itu walau apa cara sekalipun.

"Tak mengapa. Saya balik rumah nanti, saya makan masakan ibu saya." kata Adam.

Dr Ikhwan dan Dr Teoh yang mendengar alasan Adam tersenyum geli hati. Gila apa budak ni, nak makan masakan ibu konon!

"Ala, tak apa. Masakan ibu doktor tu bila-bila boleh makan. Ni first time tau saya masakkan untuk doktor." ujar Dr Tihani. Dr Ikhwan dan Dr Teoh yang mendengar menjeling Dr Tihani. Orang dah kata taknak tu, jangan dipaksa.

Adam lepas keluh. Kuat agar doktor perempuan di hadapannya ini mendengar dengan jelas bahawa dia sungguh terganggu dengan desakannya itu.

"Dr Tihani, kalau bukan saya, anak ibu saya yang makan masakan ibu saya, siapa lagi. Saya sebagai anak wajib menyenangkan hati ibu saya, lebih-lebih lagi saya ni anak lelaki. Awak nak bertanggungjawab ke andai kata ibu saya terasa hati dengan saya kalau dia tahu saya makan makanan perempuan yang bukan mahram dan bukan masakan dia?" tegur Adam. Lembut tapi tegas. 

Dr Tihani terdiam.

"Lagipun, ada saya bagitahu awak yang saya nak makan masakan awak? Yang saya suruh awak masakkan lunch untuk saya?" tanya Adam lagi.

Dr Tihani tegun berdiri di hadapan Dr Adam, Dr Ikhwan dan Dr Teoh. Dirinya terasa hati dengan teguran Dr Adam. Tanpa aba-aba, dia terus melangkah pergi. Adam yang melihat hanya geleng kepala.

"Kau tak takut ke nanti dia guna-gunakan kau?" tanya Dr Ikhwan. Yelah, perempuan kan. Kalau hati inginkan sesuatu, pasti akan didapatinya dengan apa cara sekalipun.

"Jangan suudzon. Tak baik." tegur Adam. 

Dr Ikhwan telan liur pahit. Mata merenung Adam dalam. Budak ni, sejak Hawa pergi setahun lepas, terus berubah jadi pak ustaz! Tak suka! Hmph!

Dr Teoh geleng kepala dan melanjutkan aktiviti membaca carta pesakit di tangannya. 

꧁༺༻꧂


Adam termenung di taman hospital itu. Matanya leka memerhati awan putih yang bergerak di dada langit. Hatinya merindui seseorang. Seseorang yang jauh di seberang sana. Seseorang yang namanya sentiasa ada dalam doanya.

"Assalamualaikum, Dr Adam."

"Waalaikummussalam, Dr Tihani. Ada apa?" tanya Adam setelah melirik sekilas ke wajah doktor pelatih di sebelahnya.

"Harini, doktor busy ke?" tanya Dr Tihani seraya duduk di sebelah Adam.

Adam yang merasa sebelahnya telah dihuni, terus mengangkat punggung dan berdiri sambil mata tidak lepas memandang langit.

"Harini saya on duty macam biasalah." jawan Adam pendek, tidak berminat ingin bertanya lanjut.

"Bukan. Maksud saya, lepas doktor habis kerja harini, doktor ada nak ke mana ke?" tanya Dr Tihani dengan mata tidak lepas memandang Adam. Ingin sahaja ditarik lengan Adam agar berhadapan dengannya. Apa yang menarik sangat langit tu pun tak tahulah! dengus Dr Tihani.

"Ada. Nak jumpa buah hati saya. Saya minta diri dulu." balas Adam dengan tegas dan terus berlalu pergi tanpa menunggu balasan dari Dr Tihani.

Dr Tihani yang mendengar kata-kata dari 'crush'nya itu terkedu. Buah hati? Dr Adam ada kekasih?

©️ | Awan LangitWhere stories live. Discover now