Bab 8

426 13 0
                                    

Hawa

Keadaan di cafeteria hospital agak lengang dari kebiasaan. Mungkin sebab waktu lunch hour sudah pun sejam berlalu. Hawa mengeluh perlahan. Harini dia lunch lambat lagi. Sejak kejadian kemalangan kerabat Brunei 3 hari lepas, inilah rutin Hawa. Lunch lambat. Terlalu banyak paperwork yang perlu diselesaikan kerana pesakit kali ini adalah dari luar negara.

Sedang Hawa duduk di meja, kedengaran TV yang dipasang di cafeteria memutarkan berita. Hawa angkat kepala apabila telinganya menangkap ayat 'kerabat dari Brunei'.

Kemalangan jalan raya yang meragut 4 orang mangsa, seorang adalah pemandu lori dan 3 lagi mangsa adalah pemandu bagi kereta-kereta yang dinaiki kerabat dari Brunei telah mengejutkan seluruh Malaysia.

Pemandu lori yang meninggal dunia di tempat kejadian telah dilaporkan mempunyai kandungan alkohol yang banyak dalam sistem badannya. Hal ini mrngakibatkan dia gagal mengawal pemanduannya dan merempuh 3 buah kereta yang dinaiki kerabat Brunei yang akhirnya meragut nyawa ketiga-tiga pemandu kereta tersebut.

Hawa yang mendengar berita tersebut kembali tunduk dan fikirannya terus melayang kepada kejadian 3 hari lepas.

Flashback

Deringan telefon berbunyi kuat di dalam pejabat Hawa. Terus diangkat gagang telefon dan tanpa sempat memberi salam, jururawat di sebalik sana memintanya untuk segera ke bilik conference. 'Red code, Hawa'. Dengar sahaja red code, Hawa bergegas ke bilik conference tanpa bertanya lanjut. Red code = emergency.

Sebaik tiba, Hawa terus mengetuk pintu sebelum daun pintu ditolak. Kelihatan beberapa orang professor dan doktor telah pun berada di situ.

"Hawa, we got TA from Brunei's Royalty coming in 5 minutes. We have to get ready with extra blood for surgery." ujar Professor Ramesh.

Hawa terkedu. Brunei's Royalty. Negara yang amat mementingkan undang-undang.

©️ | Awan LangitWhere stories live. Discover now