Bab 20

437 13 0
                                    

Adam

Sudah hampir empat jam Adam berada dalam Cardiothoracic Operation Theater (COT). Kalau diikutkan, pembedahan ini tidaklah terlalu sukar untuk Professor Ikhtiar yang sudah banyak pengalaman. Akan tetapi, pesakit adalah kanak-kanak yang berumur 10 tahun. Jantung pesakit yang lebih kecil berbanding orang dewasa sedikit menyukarkan proses.

Masing-masing sedang tekun melihat ke arah mesin jantung. Semua menanti untuk melihat detakan jantung pesakit itu supaya kembali normal.

"Alhamdulillah." kedengaran ucapan syukur terlahir di sebalik topeng muka Professor Ikhtiar apabila melihat kadar jantung pesakit semakin lama semakin stabil. Semua staf pembedahan menarik nafas lega dan turut mengucap syukur.

"Let's finish this off and tell the family the good news." sambung Professor Ikhtiar kepada semua stafnya. Adam angguk kepala. Selaku doktor yang assist Professor Ikhtiar kali ini, Adam harus sentiasa sedia membantu Professor Ikhtiar sebelum, semasa dan selepas pembedahan.

Setelah hampir empat jam setengah, pembedahan ditamatkan dan Professor Ikhtiar serta Adam keluar dari COT menuju ke keluarga pesakit. Semua yang terjadi di dalam COT harus dimaklumkan kepada keluarga pesakit tanpa meninggalkan sedikit maklumat sekalipun bagi mengelakkan sebarang 'medical mistake'.

꧁༺༻꧂


Adam menghempas badannya ke atas katil di dalam bilik rehat untuk doktor jabatan kardiologi. Dirinya terlalu penat. Sejak malam dia bangun terkejut, sudah hampir dua minggu dia tidak dapat tidur dengan lena. Semuanya kerana dia bermimpikan benda yang sama. Tapi apabila sedar dari tidur, semua mimpinya hilang dibawa malam hari. Tiada satu pun mimpi yang dia ingat. Cuma satu yang kekal di hatinya. Rasa sakit yang mencengkam jiwanya.

Sejak dari itu, dia tidak lagi menjejakkan kaki ke kelab malam. Arak juga sudah hampir seminggu tidak diminum. Adam takut andai kerana arak, dia terbawa-bawa akan ilusi itu. Sudahlah dirinya penat dengan kerja, balik ingin berehat tapi tiap malam bangun terkejut dek kerana mimpi yang dia sendiri tidak ingat.

Dek kerana penat, mata Adam perlahan-lahan terkatup. Ingin melelapkan diri sebentar sebelum kembali meneruskan tugasnya. Walaupun kerjanya di sini tidak sesibuk semasa sedang praktikal di London, tapi tetap banyak kerja yang perlu dibuat.

Ringggg!

Bunyi deringan telefon mengejutkan Adam. Terkujat Adam bangun dari hampir lena dan terus menggagau mengangkat telefon.

"Dr! Tengku Azriha collapse!" jerit suara di sebalik telefon.

"I'm on my way." balas Adam dengan cepat. Dia kena cepat. Tengku Azriha adalah pesakit kanak-kanak yang baru menjalani pembedahan tempoh hari. Sepatutnya keadaannya sudah semakin membaik tetapi apa-apa sahaja boleh terjadi.

Kaki diatur laju menuju ke bilik pesakit. Kelihatan jururawat sedang berusaha menstabilkan keadaan.

"Away! Let me!" jerit Adam sejurus tiba. 

Jururawat terus mendongakkan kepala pesakit apabila tiada respon daripada pesakit. Adam mendekatkan telinga ke mulut pesakit untuk melakukan pemeriksaan pernafasan. Apabila tiada tindakbalas, tangan terus diletak ke dada pesakit dan ditekan. Berulang dengan hembusan. Kiraan dmulakan dalam kepala. Tepat dua minit, Adam memeriksa denyutan jantung dengan meletakkan dua jari pada nadi karotid. Sangat perlahan!

Mesin jantung dilihat sekilas dan kadar jantung pesakit menurun! 

"What's going on?!! What's happening to my child?!!" jerit satu suara.

Adam kalih ke suara tersebut. Tajam matanya melihat ke arah jururawat baharu yang seakan keras ditempatnya.

"What the fuck are you doing?! Get her out of here!" arah Adam pada jururawat itu. Jururawat itu tersentak dan terus menarik wanita yang diyakini ibu pesakit itu keluar.

©️ | Awan LangitWhere stories live. Discover now