Bab 18

380 14 4
                                    

Allah swt berfirman dalam surat al-Baqarah [2] ayat 286 yang berbunyi:

لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ اِنْ نَّسِيْنَآ اَوْ اَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهٗ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهٖۚ وَاعْفُ عَنَّاۗ وَاغْفِرْ لَنَاۗ وَارْحَمْنَا ۗ اَنْتَ مَوْلٰىنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ ࣖ ٢٨٦

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir." (QS. Al-Baqarah [2]: 286).

Pagi jam 7 pagi, Hawa sudah pun keluar dari biliknya. Niat Hawa ingin meminta izin kedua ibubapanya untuk kembali ke rumah sewanya. Tidak betah untuk tinggal berlama di sini sejak Asiyah dan Haikal telah pun diijabkabulkan semalam selepas semua kejadian jerit-menjerit. Kaki diatur ke dapur, ibubapanya pasti sudah bangun dan berada di dapur. Namun, langkahnya terhenti mendadak apabila dengan namanya disebut oleh Puan Khalijah.

"Apa nak jadi dengan Hawa tu, bang? Memang lah saya ajar dia untuk jadi elok, tapi takde pulak saya kata jangan tak layan si Haikal tu. Tengok, ni padan muka akhirnya Iya jugak yang kahwin dengan Haikal. Saya dari dulu lagi rasa Hawa tu tak padan langsung dengan Haikal. Iya lagi sesuai." ujar Puan Khalijah pada suaminya. 

Encik Tarmizi hanya berdehem menyetujui kata-kata sang isteri. Jauh di lubuk hatinya, dia kasihan akan Hawa, tapi apa yang dikata oleh isterinya dan Asiyah ada betulnya. Andai kata Hawa pandai melayan Haikal, tak adanya Haikal akan tergoda dengan Asiyah.

"Tapi bang, abang rasa keluarga belah sana tahu ke kita dah lama tahu pasal hubungan Haikal dengan Iya?" tanya Puan Khalijah tanpa mengetahui Hawa yang berada di situ.

Hawa yang mendengar remuk hatinya. Jadi, kedua ibubapanya telah mengetahui tentang hubungan mereka berdua? Bukan dihalang tapi makin disokong? Ya Allah Ya Tuhanku.

"Kalau awak dengan Iya tak cakap, takkan ada orang tahu. Sudah, tak payah cakap lagi. Kejap lagi budak Hawa tu datang. Tak pasal dia tahu." balas Encik Tarmizi.

Kata-kata ibubapanya sudah berjaya menghancurkan sekeping hati Hawa. Tergamak ibu ayahnya berbuat sedemikian. Anak mereka hanya Asiyah sajakah? Dia bukan anak mereka, anak kandung? Bukankah? Hawa melangkah kembali ke biliknya. Hatinya sudah hancur lebur dengan pengkhianatan keluarganya sendiri. Keluarga yang dia sayang dan cinta sepenuh jiwa raganya. Sungguh, serasa ujian kali ini sangat hebat. Terasa direntap seluruh rohnya, tidak meninggalkan sisa sedikitpun.

Hawa berteleku di biliknya. Cukuplah, sudah tiada apa lagi yang menghalangnya. Cukup sampai di sini pengorbanan yang Hawa lakukan demi keluarga ini. Sedangkan, tidak ada seorang pun yang menghargainya. Telinganya menangkap telefon yang berdering. Dipegang telefon melihat si pemanggil.

"Assalamualaikum." salam diberi dan disambut oleh gerangan di sebelah sana.

"......"

"Kau tahu dari mana?"

©️ | Awan LangitWhere stories live. Discover now