Bab 31

337 12 0
                                    

"Assalamualaikum, Hawa. Sihat?" ujar satu suara garai di balik telefon.

"Waalaikummussalam. Sihat. Kau sihat, long?" balas Hawa pada Hasrul.

"Alhamdulillah. Kami semua sihat. Kau macam mana kat sana? Semua okay? Duit belanja semua cukup?" tanya Hasrul bertubi-tubi.

Hawa lepas ketawa perlahan. Gamaknya abang dia lupa yang Hawa bukan datang sini sekadar melanjutkan pengajian. Hawa juga bekerja.

"Along, aku kerja sekali lah kat sini. Alhamdulillah, duit belanja aku cukup." ujar Hawa dengan sisa tawa.

"Oh, aku lupa." Hawa dapat dengar dari balik telefon Hasrul menepuk dahinya. Sah, memang lupa.

"Kenapa call?" tanya Hawa.

Hasrul mendengus geram. Salahkah dia menelefon adiknya seorang ini untuk bertanya khabar? Asyik disoal sahaja apabila dia menelefon Hawa. Nama sahaja kembar, tapi langsung tidak memahami.

"Aku call pun salah ke?" 

"Pffft. Tu pun nak marah. Tanya je."

"Apa-apa je lah. Ni, kau dalam masa terdekat ni agak-agak boleh balik tak?"

"Kenapa? Ada apa-apa jadi ke?" tanya Hawa risau. Tiba-tiba dia teringat akan mimpinya minggu lepas. Digeleng kepala menghalau anasir-anasir fikiran.

"Boleh balik ke tak?" soalan dibalas soalan. Hawa mendengus geram mendengar soalan Hasrul.

"Tengoklah macam mana. Sekarang pun tengah cuti mid sem, so aku hanya kerja je lah."

"Hm. Kalau macam tu, try kau apply cuti dalam masa terdekat ni. Balik kejap. Tak lama pun tak apa."

"Kenapa?"

Hasrul terdiam di balik telefon. Ditarik nafas dan dihembus perlahan. Isterinya yang setia berada disisinya dilihat dan digenggam tangan isterinya meminta medikit kekuatan.

"Ayah, umi dengan Asiyah masuk hospital. Koma. Haikal tikam diorang."

Hawa terkedu. Dada diburu rasa sesak. Allah, jadi mimpi itu adalah petanda!

꧁༺༻꧂


"Alhamdulillah." ucap Hawa sejurus dia selamat mendarat di tanah airnya ini. Kaki terus diatur laju menuju ke balai ketibaan. Tidak sabar ingin berjumpa dengan rakan-rakannya yang menjemputnya di KLIA ini.

Setibanya di balai ketibaan, mata meliar mencari rakan-rakannya. Kata dah sampai? Mananya, tak nampak pun? dengus Hawa.

"Assalamualaikum, Awe." tegur satu suara yang amat dikenalinya. Raisya! Sontak Hawa kalih badan menghadap Raisya dan matanya membulat melihat gerangan di hadapannya ini.

"Rai...sya?" gagap Hawa menegur gerangan yang indah bertudung litup di hadapannya.

Raisya yang melihat wajah berkerut Hawa terkekeh ketawa. Sudah dia agak reaksi Hawa. 

"Kalau ye pun terkejut, jawab la salam dulu Hawa oii." tegur lagi satu suara. Dan sekali lagi, mata Hawa terbuntang luas. Di hadapannya kini jelas ada tiga wanita yang elok bertudung litup dan memakai pakaian yang menutup aurat. Bukan lagi kebiasaan membalut aurat.

"Kau jangan la duk tegak berdiri tengah tu, Awe. Orang nak lalu ni ha, kau jadi penghadang part time pulak." tegur lagi suara ketiga.

Di hadapannya kini, Raisya, Feza dan Aynur yang jauh berubah dari hari terakhir Hawa melihat mereka setahun lebih lepas. Bertudung litup dan memakai pakaian yang longgar. Tak dapat diungkapkan kata-kata akan perasaannya kini.

"Cantiknya korang semua." kata Hawa perlahan dengan nada terharu.

Sontak ketiga-tiga rakannya melepaskan tawa.

"Dah, dah. Nanti-nanti kita open table. Sekarang, ayuh." ujar Raisya sambil menarik tangan Hawa untuk melangkah ke kereta. Kalau dibiarkan, ada yang pasang khemah kat airport ni!

꧁༺༻꧂


Hawa menghempas tubuhnya ke atas katil. Terkebil-kebil Hawa menatap siling putih. Seketika terlepas ketawa dari bibir Hawa. Ketawa gembira dan bersyukur.

Tidak tersangka, sepanjang setahun Hawa di Indonesia, Raisya, Feza dan Aynur masing-masing ada sesuatu yang terjadi. Sesuatu yang akhirnya membuatkan ketiga-tiga mereka berhijrah untuk menjadi yang lebih baik. Hamba Allah yang lebih baik.

Seketika hatinya berasa sedikit geram. Andai kata Hawa hanya balik ke Malaysia selepas dua tahun, gamaknya dua tahun tu dia tak akan tahu menahu apa-apa tentang ketiga rakannya.

Namun, Hawa tidak salahkan mereka. Niat mereka smua baik-baik. Tidak ingin menganggu Hawa yang sedang belajar dan bekerja. Dan, mereka sendiri sibuk untuk berubah jadi yang terbaik.

Kini, Raisya bukan lagi dengan Aizat. Sungguh dia terkejut apabila Raisya memberitahu sebab dia putus dengan Aizat. Bukan jodoh mereka, getus Hawa.

Aynur pula, sedang belajar untuk ikhlas memaafkan golongan yang menyakitinya dahulu. Kalau dahulu, benci dan dendam menguasai seluruh pelusuk badan Aynur tapi tidak lagi. Alhamdulillah.

Dan Feza. Hawa lepas keluh perlahan. Tidak menyangka sahabatnya yang seorang ini mempunyai rahsia yang disimpan rapi. Sungguh Hawa terkilan apabila mengetahuinya. Berasa seperti sahabat yang tidak berguna.

Tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya ketiga sahabatnya kini sedang menuju bahagia. 

Kau bila lagi, Hawa?

©️ | Awan LangitWhere stories live. Discover now