Bab 50 [ TAMAT ]

687 27 3
                                    

5 tahun kemudian

Hawa menitiskan air mata melihat pemandangan di hadapannya. Mencurah-curah air matanya, seakan tidak mahu berhenti.

Subhanallah!

"Sayang."

Hawa kalih melihat suaminya yang memakai pakaian ihram. Hawa senyum. Sekali lagi dia mengalihkan pandangan melihat Kaabah di hadapannya. Senyum bahagia terukir. Akhirnya, sampai jua dia ke sini!

Hatinya meruntun. Merindui pemandangan ini, seakan dia sudah berkali-kali datang. Sedangkan, ini pertama kali dia jejakkan kaki ke sini.

"Subhanallah!" kata Adam dengan mata masih melekap Kaabah di hadapannya.

Jeda.

Kedua-duanya bagaikan dipukau. Hati mereka berlagu sayu. Sayu yang indah. Sayu yang gembira. Sayu yang bermakna.

"Jom, sayang," ajak Adam pada isterinya yang masih merenung Kaabah.

Hawa angguk kepala. 

Adam dan Hawa melangkah bergandingan bahu, menuju ke arah orang ramai. Menuju ke Kaabah. Tempat dambaan setiap mukmin.

Adam dan Hawa kini berada di bumi Makkah, mengerjakan kewajiban setiap mukmin iaitu umrah.

꧁༺༻꧂

"Hawa rindu anak-anak." ujar Hawa pada suaminya yang leka merenung seni bina Masjid Nabawi.

Anak-anaknya dengan Adam. Kembar sepasang. Muhammad Furqan Bin Muhammad Adam dan Nur Adawiyah Binti Muhammad Adam.

Adam senyum mendengar kata-kata Hawa. Ikutkan hati, memang dia merancang ingin membawa sekali anak-anak mereka. Namun, ditegah oleh babah, ibu dan Encik Thariq. Kata mereka, biarlah Adam dan Hawa melakukan ibadah dengan tenang.

"Abang pun rindu."

Hening.

Kedua mereka hanya berdiam diri melayan perasaan. Hawa yang merenung langit biru dan Adam yang melihat manusia-manusia dari segenap pelusuk dunia mengunjungi Masjid Nabawi ini.

"Sayang."

Hawa toleh melihat Adam yang kini merenung wajahnya.

"Ye, abang?"

Adam ukir senyum lembut. Kepala Hawa ditarik lembut dan bibir mengucup lama dahi isterinya. Kemudian Adam melekapkan dahinya pada dahi Hawa dengan mata terpejam.

"Thank you, for accepting me as your husband." ucap Adam syahdu. Belum sempat Hawa membuka mulut, jari telunjuk Adam melekap pada bibir Hawa.

"Thank you for existing."

"Thank you for being my wife."

"Thank you for being the mother of our children."

"Terima kasih, sebab jadi bidadari langit untuk seorang Adam."

Hawa yang mendengarkan itu perlahan menitiskan air matanya. Tangan naik mengusap kedua belah pipi Adam lalu dikucupnya lembut.

"Terima kasih buat abang yang sudi menjadi bidadara Hawa."

"Terima kasih sebab bahagiakan Hawa dan anak-anak."

"Terima kasih sebab sudi terima Hawa dalam kehidupan abang."

"Terima kasih sebab tunjukkan Hawa bahagia yang sebenar."

"And, terima kasih sebab jadi Adam untuk Hawa."

Adam tergelak perlahan. Lalu ditarik Hawa masuk ke dalam dakapannya.

"Adam sentiasa untuk Hawa, dan Hawa sentiasa untuk Adam."

"Macam kisah Nabi Adam AS dan isterinya, Siti Hawa?"

Adam angguk kepala.

"Siti Hawa diciptakan oleh Allah SWT untuk menghilangkan kesepian Nabi Adam dan melengkapkan Nabi Adam. Begitulah sebaliknya juga."

"Samalah macam Hawa. Nama Muhammad Adam telah pun tertulis di sebelah nama Nur Hawa di Luh Mahfuz. Abang melengkapkan sayang dan sayang melengkapkan abang."

Adam menolak tubuh Hawa perlahan dan merenung lembut mata hitam cantik isterinya. Tangan mengusap kedua belah pipi Hawa.

"Adam untuk Hawa." kata Adam pada Hawa.

"Dan Hawa untuk Adam." sambung Hawa.

TAMAT

☁ ☁ ☁ ☁ ☁

31/7/2022

Awan Langit melabuhkan tirai.

Terima kasih sudi terbang merentas awan di langit bersama ADAM dan HAWA.

Kata Hawa: Jika sedih atau gembira, dongaklah melihat langit.

Kata Adam: Langit tak akan lengkap tanpa awan dan awan tak akan sempurna tanpa langit.

Kata saya: Langit itu luas dan awan menghiasi langit agar kelihatan indah. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang Kamu dustakan?" (Ar-Rahman: 13)

Lapangkan dada dan lihatlah langit. Nescaya, Allah SWT juga sedang melihatmu.

©️ | Awan LangitWhere stories live. Discover now