Bab 37

360 15 0
                                    

"Kau tahu Dr Adam nak kahwin?" 

Dr Tihani yang mendengar topik perbualan nurse pada kali ini mendadak menghentikan langkahnya. Telinganya menangkap satu berita ataupun gosip, yang entah betul atau tidak. Terus dipasang telinganya bagi mendengar perbualan antara nurse itu dengan lebih jelas.

"Tahu. Baru je tadi aku tengok dalam group Whatsapp MO jemputan kahwin elektronik Dr Adam." ujar salah seorang jururawat.

"Tapikan, tak sangka la pulak yang dia akan kahwin dengan Hawa." sampuk seorang lagi jururawat.

"Kan. Entah bila lah diorang start berhubung. Kan Hawa pergi Indonesia." tambah jururawat yang memulakan topik perbualan itu.

"Jodoh diorang, tak boleh kata apa." 

"Itulah. Cantik jugak kan bila difikir. Adam dan Hawa. Sepadan. Nama dan orang."

Seraya terdengar gelak ketawa kelompok jururawat itu, seakan bersetuju akan pernyataan rakan mereka. Ya, Adam dan Hawa. Secocok dari segi nama dan orang.

Dr Tihani yang mendengar perbualan kelompok jururawat itu mendengus marah. Bodoh! Takkan lah Dr Adam tu akan kahwin dengan orang lain? Habis tu, dia ni apa? Tunggul? Dah sahlah itu hanya berita palsu. Sejurus itu, terus kakinya melangkah laju, ingin mengadu kepada Dr Adam akan gosip yang tidak masuk akal ini.

꧁༺༻꧂


"Cepat kau buat kerja, mat." perli Dr Ikhwan pada Adam dengan senyuman mengejeknya.

Manakan tidak, mahu melompat jantungnya apabila pagi-pagi lagi Adam sudah menghantar jemputan kahwin elektronik dalam group Whatsapp MO Hospital De Lanz. Dia yang baru sahaja habis shift itu rasa bagaikan dalam dunia mimpi. Angin tak ada, ribut lagilah, tiba-tiba Adam akan kahwin. Malah, dengan orang yang sangat dikenali., Hawa!

"Buat cepat, lagi better." kata Adam tenang.

Dr Ikhwan hanya mencebikkan bibirnya. Tahulah buah hati idamannya dah balik, tapi gelojoh mat. Orang tu balik tak sampai sebulan pun lagi.

"Tapikan, parents dengan adik dia still koma?" tanya Dr Ikhwan yang kemudian dibalas dengan anggukan dari Adam.

"Pasal tu, aku ada tanya abang Hawa. Sebab ye lah, kira abang dialah penjaga Hawa sekarang. Abang dia sendiri kata, tak apa. Dia akan tanggungjawab." terang Adam.

Dia sendiri pun kalau diikutkan, rasa tidak sedap hati dengan keadaan keluarga Hawa. Namun, Hasrul berjaya memujuknya untuk teruskan sahaja majlis akad nikah dan resepsi belah keluarga Adam.

Dr Ikhwan hanya angguk kepala. Dia tidak tahu keadaan keluarga Hawa bagaimana. Biarlah. Keluarga orang, jangan dijaga tepi kain mereka.

Tiba-tiba, kedua-duanya tersentak dari lamunan masing-masing apabila kedengaran pintu dibuka kuat dan terus kalih kepala melihat ke arah pintu. Sontak, keduanya lepas keluh perlahan.

"Kau kalau datang elok sikit, tak boleh ke? Buat pecahnya pintu tu, ada duit nak ganti?" tanya Dr Ikhwan dengan nada perli. 

Dr Tihani hanya masuk laju tanpa menghiraukan Dr Ikhwan yang merenungnya tajam. Manakala Dr Ikhwan dah membara dalam hati. Mentang-mentang dia saudara kepada salah seorang pengarah kat sini, suka hati mak bapak dia je buat hal sendiri.

"Dr Adam. Saya rasa Dr Adam kena betulkan keadaan. Tak tahu siapa yang buat hal, tapi ada orang fitnah Dr Adam yang doktor akan kahwin." ujar Dr Tihani dengan nada gedik.

Dr Ikhwan yang mendengar tujuan kedatangan doktor pelatih gedik ini ke dalam bilik MO ini tergelak kuat. Bodoh mat minah ni!

Dr Adam hanya geleng kepala melihat Dr Ikhwan gelak terbahak-bahak. Adalah tu yang dikutuknya pasal doktor pelatih ni dalam hati.

"Bukan fitnah atau gosip atau ada orang yang nak pedajalkan saya. Memang saya akan kahwin." kata Adam tenang dengan mata melihat ke arah Dr Tihani. Bukan mata ke mata, mata Adam hanya melekat di kawasan tengah antara mata Dr Tihani.

Jeda. Keadaan dalam bilik itu sunyi sepi, hanya bertemankan bunyi penghawa dingin. Tiba-tiba kedengaran letusan ketawa lembut. Bukan, bukan ketawa lembut tapi gedik.

"Ish, Dr Adam ni. Janganlah gurau macam tu. Ke, doktor nak buat saya jeles?" kata Dr Tihani dengan kegedikan yang amat menyerlah.

Adam yang mendengar kata-kata Dr Tihani hanya geleng kepala. Sudahlah, dia akan bagi budak ni faham akan maksud penolakan. Adam tarik senyum nipis sebelum mata betul-betul memandang dalam mata Dr Tihani. 

"Dr Tihani. Saya, Muhammad Adam tidak pernah sedikitpun menyimpan perasaan romantik kepada doktor. Dari pertama kali saya menapak ke dalam hospital ini, sehingga di saat sekarang, hanya ada satu nama yang terpahat kuat pada hati saya. Wanita itulah yang saya seorang cintai dan akan mengahwininya." ujar Adam dengan mata masih melekat pada mata Dr Tihani. Wajah Dr Tihani yang berubah itu diabaikan. Dia hela nafas sekali lagi.

"Sekali lagi saya ulang. Saya tidak pernah sedikitpun menyimpan perasaan romantik terhadap doktor. Dan saya yakin, saya tidak pernah melayan doktor lebih dari seorang doktor pelatih di sini." ujar Adam dengan nada tegas dan terus meminta diri untuk beredar. Tidak betah lagi untuk terus di sini. Dia harus cepat-cepat menyelesaikan tugasnya kerana esok dia sudah mulai bercuti dan lusa adalah hari akad nikahnya dengan Hawa.

Dr Ikhwan hanya melihat dari ekor mata Adam melangkah keluar sebelum matanya menatap Dr Tihani. Jelas dibibir mata Dr Tihani air mata seakan berlumba-lumba ingin keluar. Kasihan, tapi tu lah, bengap dan bodoh. Orang dah reject banyak kali pun still tak boleh terima kenyataan. Lalu, Dr Ikhwan turut melangkah keluar, membiarkan Dr Tihani melayan perasaannya.

꧁༺༻꧂


"Betul ke along apa kita buat ni?" tanya Hawa kepada Hasrul. 

Semua persiapan perkahwinan telah pun selesai. Semestinya kelam-kabut sebab hanya dua minggu masa diberi. Kini, tinggal dua hari sahaja lagi sebelum dirinya sah menjadi isteri kepada Dr Adam. 

Rakan-rakannya dan pasangan mereka yang membantu. Walaupun Hawa baru sahaja mengenali ketiga-tiga jejaka itu, mereka sudah menganggap Hawa sebagai rakan karib dan adik sendiri.

"Apa yang betulnya, Hawa?" tanya Hasrul kepada adiknya yang elok termenung menatap dulang-dulang mas kahwin.

"Kahwin tanpa restu ayah dengan umi." ujar Hawa.

Hasrul lepas keluh berat, memahami maksud Hawa.

"Tak apa. Sekarang ni, aku ni ha sebagai penjaga kau. Aku yang akan jadi wali kau. Dan sebagai penjaga dan wali kau, yang sah dari sudut undang-undang negara mahupun agama, aku dah bagi restu pada kau kahwin untuk dengan Adam." dengan jelas Hasrul menatap dalam mata Hawa agar adiknya ini faham akan setiap bait perkataannya.

Hawa ukir senyum lembut dan kepala diangguk. Betullah apa yang Hasrul katakan. Hasrul yang akan jadi wali nikahnya keranaa tuk ayah dari belah ayahnya sudahpun meninggal tiga tahun lepas.

"Dah, jangan fikir bukan-bukan. Nanti kalau Adam tahu, mahu menangis air mata darah budak tu." kata Hasrul sedikit sinis.

Hawa lepas gelak perlahan. Terus diusir segala buah fikiran yang negatif.

©️ | Awan LangitWhere stories live. Discover now