Bab 27

352 15 1
                                    

"Tak penat ke buat dosa?"

Adam kalih melihat seorang doktor wanita menghampiri kelompok itu bersama dengan dua lagi doktor perempuan di belakangnya. Siapa? tanya Adam dalam hati.

"Dr Jannah, Dr OBGYN. Yang free hair tu Dr Lyn dan sorang lagi tu Dr Farah." ujar satu suara. Sontak Adam kalih ke belakangnya dan terpampang muka Dr Ikhwan dan Dr Teoh yang elok tersengih melihat Adam. Dua ekor ni lagi!

"Kenal pulak kau." kata Adam yang telah pun mengalihkan pandangan ke arah kelompok itu.

"Hehe. Dr Lyn tu, crush aku." naik geli Adam mendengar suara miang Dr Ikhwan.

"Gila!" getus Adam.

Kini, Adam, Dr Ikhwan dan Dr Teoh mula memasang telinga ingin mendengar perdebatan wanita-wanita itu. Doktor hospital ni memang gembira betul hidup! Siap boleh bergosip tak kira waktu!

"You cakap apa ni, Jannah?" tanya Professor Raihan.

"Aih. Buat dosa banyak sangat ke sampai telinga dah jadi pekak?" sindir Dr Jannah.

Belum sempat Professor Raihan ingin membalas, Dr Jannah memotongnya dahulu.

"Tak penat eh duk borak pasal orang yang tengah bahagia hidup sekarang?"

"Budak Hawa tu elok je hidup senang-lenang, kat sini korang semua tak habis-habis duk kutuk dia."

"Untung Hawa, bahu dia confirm dah berat. Agak budak tu dah jatuh ke tanah gamaknya sebab tak boleh nak tampung berat bahu kanan dia." ujar Dr Jannah dengan sengihan yang mengusik. Dr Lyn dan Dr Farah hanya ketawa perlahan sahaja.

"Lagipun, I guess you didn't know since higher ups tak terfikir nak bagitau you kan?" tanya Dr Jannah kepada Professor Raihan.

"Tahu apa ni?" berkerut dahi Professor Raihan mendengar kata-kata Dr Jannah. Apa yang orang atasan tak beritahu kepadanya?

"I guess you are not important enough to know then." terkekeh Dr Jannah apabila dilihat wajah bingung wanita di hadapannya ini.

"Apa yang...." belum sempat Professor Raihan menghabiskan ayatnya, Dr Jannah terlebih dahulu buka bicara.

"Hawa kat Indonesia sekarang. Sambung study sambil bekerja kat sana. Dr Ismail sendiri yang inform her about the offer." ujar Dr Jannah.

Semua yang berada di situ terbuntang luas mata terkejut dengan berita yang baru didengari mereka. Professor Raihan dan Dr Faizatul lagilah, bagaikan dipanah petir, tegun berdiri tak bergerak.

Dr Jannah terus melangkah pergi meninggalkan manusia-manusia pendengki apabila dia telah selesai menyampaikan berita. Puas hatinya! Baru padan muka semua. Seronok sangat mengata orang. Padahal orang tu dah jauh nuh sana sedang belajar menambah ilmu.

Professor Raihan yang bagaikan tersedar terus buka langkah dan pergi dengan tergesa-gesa. Dia perlu bertanya pada sumber yang sahih tentang hal itu!

"Itulah oghang habaq, nak borak ka apa ka, pastikan benda tu benda betui. Ni duk kata macam-macam pasai Hawa, apa pun tak betui." kata Dr Farah sambil gelak sinis memandang staf di hadapannya.

"Ni nak tanya, hampa duk kutuk Hawa tu, pahala hampa semua ni dah banyak ka? Confirm dah masuk syurga?" sambung Dr Farah lagi.

"Ingat nah, aku habaq. Dosa dengan Allah, hampa buleh gi buat solat taubat, mohon ampun. Ni dosa dengan manusia, dosa hampa ni duk kutuk Hawa, duk tabuq fitnah pasai dia, lagumana?"

"Buatnya si Hawa tu meninggai ka, hampa yang kena cabut nyawa dengan malaikat Izrail ka, baru gheti nak menggelupoq mintak nyawa. Merangkak la hampa caghi Hawa kat padang mahsyar sana nuh." tambah Dr Farah lalu terus melangkah pergi. Kepala digeleng. Nama sahaja seagama, tapi duk makan daging sedara sendiri.

©️ | Awan LangitWhere stories live. Discover now