Bab 01

1.2K 27 0
                                    

"Nas, tunggu la saya..."
.

.

.

"Nas, janji jangan tinggalkan saya tau..."
.

.

.

"Nas, saya sayang awak..."
.

.

.

Kringgg!!!

"Arghh!" sungguh dia menjerit. Nafas ditarik dan dihela laju. Jantungnya berdetak seakan dirinya baru sahaja menghabiskan larian pecut jarak jauh. Peluh didahi dan sekitar leher diseka kasar dengan belakang tangannya.

"Sial la. Apahal aku mimpi dia lagi?" soalnya sendiri. Sudah lama sebenarnya dia tidak terganggu dengan mimpi itu. Namun, sejak kebelakangan ini semakin kerap dirinya disapa wajah itu dalam lenanya. Sungguh dia tidak suka.

Tangan kanan laju mencapai telefon dari bawah bantal. 6:50 minit pagi. Melihatkan itu, terus dia bingkas bangun dari katil, menyambar tuala yang sedia tergantung dan membawa dirinya ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Seusai itu, terus dia menilik pakaian yang sudahpun menjadi pilihan sejak semalam. Top blouse putih, slack dan selendang yang berona hitam. Solekan? Tak perlu kerana baginya, cukup hanya bedak Carry Junior dan lip balm menjadi penyeri wajah.

"Okay Nas... today will be another good day for us. Just trust the process," katanya sambil menepuk dada perlahan. Kunci rumah dan beg galas dicapai serentak lalu membawa diri kearah pintu. Setelah itu, dia terus turun ke tingkah bawah menggunakan lif.

Baru sahaja kaki panjangnya melangkah keluar dari kotak lif, telefonnya menjerit menandakan ada panggilan. Sempat dia mengeluh kecil. Bukannya dia tak tahu siapa...

"Hah hello, nak apa?"

"Amboi... assalamualaikum ya sahabat. Bagusnya adab kau," sinis, tapi langsung tidak berbekas padanya.

"Nak apa?" soalan diulang. Bukan boleh dilayan sangat.

"Salah ke aku call kawan aku? Aku nak tanya khabar kau je. Kau macam mana hari ni?"

"Tak salah, tapi kau dikira salah jugak sebab call aku salah timing. Aku nak pergi kerja la Suria," jelasnya. Sempat dia mengerling jam ditangan kirinya.

Terdengar keluhan kecil dari sebelah sana. Terangkat kening Nas apabila mendengarkan itu. 'Ceh, merajuk la tu.'

"Haihh, aku sihat je ni. Sakit kepala semalam pun dah okey sebab kau suruh aku makan ubat. Tak payah risau la," kuat perkataan suruh itu disebut Nas. Suruh la sangat... padahal paksa.

"Betul ni kau okey? Tak sakit dah kepala tu?"

"Hmm, betul."

Tangan sudah mencapai kunci motorsikalnya. Sedia untuk memulakan perjalanan. Tapi, selagi minah ni tak letak telefon...

"Kalau kau sakit lagi, kau kena bagitahu aku. Aku tak suka kalau kau sakit, nanti aku susah hati. Kau tu bukannya boleh percaya sangat. Tak ada apa-apa tapi..." see? Dah mula sesi pesan-memesan. Aihh!

Tanpa ragu-ragu, terus Nas mematikan talian. Serba salah? Ngeh! Nas, mana tahu serba salah. Yang dia tahu, selagi Cik Suria Atheanna itu membebel memang tak akan sampailah dia ke tempat kerja. Mentang-mentanglah dia bos, boleh la lambat pergi kerja pun.

Her Real Mate | CWhere stories live. Discover now